01/08/2020
Cawangan Muar.
Minimum umur kemasukan 16 tahun
Assalamuaikum sahabat-sahabat page Tahfiz As-Siddiq, semoga sentiasa didalam lindungan Allah. Kini cawangan Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah telah dibuka di Muar. Boleh like page kolej tersebut untuk mengetahui sebarang kemaskini.
https://m.facebook.com/Kolej-Pengajian-Tinggi-Islam-Al-Insaniah-Caw-Muar-103052274842471/
17/08/2015
Assalamualaikum kepada semua rakan fb yang di rahmati Allah swt.
Ahad 16 , August 2015 Madrasah Tahfiz Assiddiq telah dikunjugi sekumpulan remaja datang dari Batu Pahat Johor.
Ziarah kemesraan ini telah disambut oleh anak-anak Tahfiz kita dengan bergotong royong meyediakan juadah makan tengahari . Diikuti dengan solah Asyar berjemaah dan kemudian disusuli dengan taklim dan sedikit tazkirah dari ustaz dari Tahfiz Assiddiq.
Semuga mereka ssma-sama mendapat menefaat darinya.
Bagi pihak pegurusan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz-ustaz, anak-anak dan yang lainnya yang terlibat memasak dan melayan tetamu kita.
Terima kasih juga kepada tetamu kita yang sudi berkunjung.
16/07/2015
Dari warga Madrasah Tahfiz Assiddiq kami mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan FB yang dirahmati Allah. Maaf zahir dan batin.
Selesai sebulan berpuasa moga bulan Ramadhan Al-Mubaraq yang kita tinggalkan penuh dengan rahmat dan moga amalan kita diterima Allah SWT.
Moga dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik dapat kita bertemu semula do Ramadhan yang akan datang.
16/07/2015
Madrasah Tahfiz Assiddiq sunyi dari laungan Al-Quran.
Selamat bercuti anak-anak. Pesan dari utaz agar terus istikomah menjalankan ibadah harian sebagaimana biasa.
15/07/2015
Assalamualaikum kepada semua dari warga Madrasah Tahfiz Assiddiq.
Alhamdulillah dengan azam dan kekuatan beserta dengan izin Allah SWT, seorang lagi anak dari Tahfiz Assiddiq telah berjaya mengrealisasikan cita-citanya untuk menghabiskan khatam Al-Quran didalam Bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini.
Tamat menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada minggu lepas, sambutan telah diadakan bersempena majlis Iftar bersama ibu-bapa di perkarangan Madrasah.
Ucapan Tahniah dan pelukan erat dari ibunya Puan Siti Zaleha yang merupakan seorang Guru Penolong Kanan disebuah Sekolah Kerajaan . Adik IZWAN BIN ISMAIL 14 tahun, seorang yang berdisiplin tinggi dan dihormati dikalangan rakan-rakannya.
Bagi pihak Pengurusan kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau dan Encik Ismail dan isteri Puan Siti Zaleha.
Semuga adik Izwan dapat meneruskan pengajian nya.
Semuga dengan ini juga dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak yang lain nya.
11/07/2015
Assalamualaikum kepada semua.
Majlis Iftar anak-anak Madrasah Tahfiz Assiddiq bersama ibu-bapa dan AJK semalam Jumaat July 10 , 2015. Bertempat di perkarangan Madrasah.
08/07/2015
Assalamualaikum kepada semua.
Sedikit update tentang anak-anak dari Madrasah Tahfiz Assiddiq.
Alhamdullillah ucapan syukur yang tidak ada batasnya kehadrat Illahi, dengan Izin Allah SWT, baru-baru ini seorang lagi diantara anak-anak kita ini telah berjaya menghafaz dan khatam 30 juzuk Al-Quran. Tahniah dari kami bagi pihak Pengurusan kepada anak-anak kebanggaan Tahfiz Assiddiq Alor Gajah Melaka.
Dari kiri:
Ismail Danish bin Ibrahim 10 tahun,
Haikal Ammar bin Ibrahim 13tahun ( abang kepada Ismail Danish).
Lokmannulhakim bin Razali , 14 tahun.
Ketiga-tiga mereka sedang giat mengulangi dan melancarkan bacaan mereka untuk dapat berSyahadah pada Hari Raya Haji akan datang.
Bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT supaya mereka berjaya dan dipermudahkan segala urusan bersyahadah yakni membaca 30 juzuk Al-Quran dalam masa sehari dengan maksima 3 kesilapan.Hanya dengan pertolongan dari Allah yang Maha Berkuasa segalanya akan berjaya. Ameen..
Ketiga-tiga mereka bercita-cita untuk meneruskan pengajian Alim . Semuga cita-cita murni ini tercapai. Insyaallah.
Tahniah kepada ibu dan bapa mereka dan kepada semua kaki -tangan yang terlibat.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.!
07/07/2015
Assalamualaikum kepada semua.
Semuga kita sama- sama dapat terus meninggatkan amal ibadah kita 10 malam terakhir Ramadhan ini. Sentiasa mendapat rahmat Allah swt . Sihat dan bersemangat, Sama-sama kita mengejar dan dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Semuga Allah menerima amalan kita semua..Ameen.
Salam dari kami warga Madrasah Tahfiz Assiddiq.
05/07/2015
Program Bersama Masyarakat.
Anak-anak MadrasahTahfiz Assiddiq menghadiri Masjlis Kesyukuran didua tempat yang berasingan pada hari yang sama di Kuala Lumpur dan Kajang.
Kehadiran mereka menambah seri majlis dengan bacaan Yasin, Asmaul Husna dan diiringi dengan bacaan doa.
Alhamdulillah.
04/07/2015
Memperbanyakkan amalan kita di bulan Ramadhan Al-Mubaraq...kita tidak pasti samada kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi ditahun hadapan.
"Dan juga mereka ( yang diredhoi Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidaklah melampaui batas dan tidak bakhil atau kedekut; dan ( sebaliknya ) perbelanjaan mereka adalah sederhana diantara kedua-dua cara (boros dan bakhil)"
(Al-Furqan:67)
04/07/2015
Salam Nuzul Quran Kepada Semua rakan FB yang dirahmati Allah. Dari kami warga Madrasah Tahfiz Assiddiq Alor Gajah Melaka.
"Tahfiz Assiddiq bakal melahirkan anak-anak yang berakhlakkan Al-Quran Insyaalah"