Persatuan Profesion Eksekutif Halal Malaysia - PEHMA

Persatuan Profesion Eksekutif Halal Malaysia - PEHMA

Share

Halal - Profesional - Global

Komited untuk memperkasakan industri halal melalui pengwujudan khusus jawatan eksekutif halal yang membangunkan sistem kawalan dan jaminan halal dalaman melalui pembangunan polisi, pengauditan, pemantauan dan dokumentasi.

Photos 20/10/2016

*INSTRUMEN FIQH SADDUDZ–DZARI'AH DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA*

Terdapat teori Usul fiqh - سَدُّ الذَّرِيعَةِ (Saddudz-Dzari’ah) merupakan kaedah dan metod para ulama’ dalam menetapkan fatwa dan hukum yang berasal dari ungkapan kata ‘Saddun’ yang bermaksud menutup atau sekatan, dan manakala kata "Dzari’ah" p**a adalah jalan, maka apabila dihimpunkan dari kedua kata ini dikatakan Saddudz Dzari’ah ia membawa erti penutupan jalan-jalan atau pintu-pintu (keburukan).

Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sebagai contoh, sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan dikalangan umat Islam. Dengan prinsip ini , maka adalah lebih baik dicegah terlebih dahulu daripada terjadinya suatu yang terlarang. Antara dasar kaedah ini diambil melalui Hadith Nabi Sallahu ‘alaihiwasallam dalam riwayat menyatakan, “Naha Rasulullah ‘anil kholwah bil ajnabiyyah”. Ertinya: Rasulullah Saw 'melarang bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram”.

Pada dasarnya, lelaki dan perempuan bertemu, berbincang-bincng yang berkaitan mu'amalah, tidak dilarang. Tetapi dikhuatiri nanti akan terjadi hal-hal yang melanggar ketentuan agama, maka lebih baik perbuatan (berdua-duaan lelaki-perempuan yang bukan mahram) ini dicegah terlebih dahulu. Kerana dalam riwayat lain, disebutkan p**a, kalau berdua-duaan lelaki-perempuan yang bukan mahram, maka yang ketiganya adalah syaitan.

Dalam isu berkaitan halal diklasfikasikan tiada penghujung. Seringkali berlaku beberapa kekeliruan pengguna Muslim dalam membuat pilihan barangan produk makanan, minuman, kosmetik dan barangan harian lain atas faktor nama atau jenama. Hal ini disumberkan antaranya daya tarikan pengeluar kepada pengguna dalam suatu urusan muamalah. Islam melarang berlakunya unsur penipuan dan kecelaruan didalam urusan mu’amalah antaranya berkaitan pembelian atau urusniaga.

Persijilan Halal Malaysia mempunyai standard halal tersendiri dalam membuat patuhan bagi pengusaha dan penguna dalam mendapatkan sijil dan logo halal Malaysia. Antaranya iaitu dengan mengunakan Malaysian Standard dan Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua). Terdapat di Malaysian Standard - MS 1500 : 2009 , point klaua 3.7.4 menyatakan bahawa :

“Makanan halal dan bahan perasa tiruan halal, hendaklah tidak menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan atau merujuk kepada makanan tidak halal seperti ham, bak k*t teh, bacon , bir rum dan sebagainya”.

Kemudian ditambahkan lagi hal yang sama dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2011 (semakan Kedua) iaitu klausa no.6 : Keperluan–keperluan lain bagi semua kategori (proses) iaitu :

“Produk halal hendaklah tidak menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan atau merujuk kepada makanan tidak halal seperti ham, bak k*t teh, bacon, bir, rum, hotdog, siew mai dan sebagainya;

Tujuan dan matlamat sumber rujukan halal adalah bagi menjaga kepentingan umat Islam dan penguna amnya dalam berlaku kekeliruan didalam urusan mu’amalah barangan produk serta pemahaman istilah yang berunsur kepada benda tidak halal dan syubhah. Sebagai contoh, dari segi bahasa "hotdog" secara mudahnya bermaksud anjing panas yang pada asalnya makanan berasaskan daging yang tidak halal. Perkataan "ham" bermaksud daging di bahagian paha babi, manakala "bacon" adalah daging babi yang diperap dengan garam dan "beer/ale" yang merujuk kepda arak hasil fermentasi gandum atau barli. Manakala perkataan "bak k*t teh" juga merujuk kepada daging babi dalam makanan tradisi masyarakat China dan perkataan "wine" adalah nama yang berpengaruh kuat kearah khamar, produk yang diharamkan oleh Islam, yang bermaksud hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur walaupun perkataan sahaja yang merujuk kepada benda haram tetapi kandungannya ternyata halal, namun dikhuatiri akan membuat umat menjadi dekat, akrab lalu terbiasa dengan ungkapan dan menjadi perbuatan yang dilarang Islam.

Jesteru bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan bagi umat Islam dan pengguna amnya dari suatu benda yang syubhah dan haram, maka Standard Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal menjadi satu sandaran bagi pengusaha dalam mematuhi piawaian halal. Standard dan manual yang diterapkan ini melalui prinsip Saddudz-Dzari’ah diperlukan dalam menghasilkan klausa dan rujukan halal. Wallahu ‘alam.

Penulisan oleh Ahli PEHMA.

Photos 01/10/2015

BENGKEL LATIHAN EKSEKUTIF HALAL SIRI 4

12 & 13 OKTOBER 2015
8.30 PAGI - 5.00 PTG
UPM GOLF COURSE, UPM SERDANG

Penyertaan masih dibuka, tempat terhad!

Photos 14/09/2015

Bengkel Latihan Eksek*tif Halal (Siri 4)
21 & 22 September 2015
UPM Golf Course
Penyertaan adalah Terhad !!!

Untitled album 02/06/2015

Bengkel Latihan Eksek*tif Halal (Siri 3)
15 & 16 Jun 2015
UPM Golf Course

Penyertaan adalah Terhad !!!

Mobile uploads 23/05/2015

TAMAR15: Wakil Pehma berkongsi pengalaman kerjaya dalam industri bersama adik2 mahasiswa hari ini sempena Tamar.

Photos from Persatuan Profesion Eksek*tif Halal Malaysia - PEHMA's post 21/05/2015

BENGKEL KERJAYA INDUSTRI HALAL
23 MEI 2015 (SABTU)
DEWAN SEMINAR MASJID AR-RAHMAN

. TEMASYA MASJID AR-RAHMAN ..

Photos from Persatuan Profesion Eksek*tif Halal Malaysia - PEHMA's post 16/03/2015

Majlis Perasmian Kongres Eksek*tif Halal Malaysia (KEHMA 2015), 10hb. Mac, 2015 di Auditorium Kejuteraan, UPM

Photos 12/03/2015

Anugerah Inovasi Syariah - Anugerah Tokoh Eksek*tif Halal - (KEHMA 2015)

Photos 12/03/2015

Keratan Akhbar Harian Metro - KEHMA 2015

25/02/2015

PromoKEHMA15: Kenal LSG? Kenal Brahims Airline? Selalu terbang pakai Malaysia Airlines? Beliau antara org kuat halal di Brahims Airline Catering Sdn Bhd. InsyaAllah Tn Hj Abdul Aziz Mohamad akan berkongsi tentang AMALAN PENGURUSAN JAMINAN HALAL DALAM INDUSTRI di KEHMA nanti. Belum daftar? Sila layari www.pehma.org.my untuk dapat maklumat dan borang pendaftaran.

Persatuan Profesion Eksek*tif Halal (PEHMA) - Utama Persatuan Profesion Eksek*tif Halal Malaysia (PEHMA), PEHMA, Halal International, Halal Directory, Halal Clusters, Halal, Halal Hub

24/02/2015

PromoKEHMA15: Speaker Tan Sri Muhammad Ali Hashim akan hadir berkongsi menyampai pembentangan bertajuk "SURVIVAL USAHAWAN BUMIPUTERA DALAM INDUSTRI HALAL".

Tan Sri Muhammad Ali Hashim PRESIDEN DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA

Want your business to be the top-listed Furniture Store in bandar baru bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

NO. 32-1-1B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9
Bandar Baru Bangi
46350,BANGISELANGOR