Masjid Al Muttaqin

Masjid Al Muttaqin

Share

Masjid Al Muttaqin ,Beta Hulu Kelantan telah mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam Kelantan pada 12 Mac 2023 (MAIK.D231/8/70603-25/13).

Masjid yang dianggarkan bernilai RM 5 juta akan dibina di tapak seluas 3 ekar yang telah disediakan oleh pewaqaf

19/02/2025

BERHATI-HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN

1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

2. Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.

3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.

4. Pendapatan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang.

5. Ilmu semakin tinggi, emosi semakin rendah.

6. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.

7. Pengetahuan semakin bagus, keadilan semakin berkurang.

8. Perzinaan semakin rancak, kesetiaan semakin pupus.

9. Semakin banyak kawan di dunia maya, tapi tidak ada sahabat yang sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.

11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

12. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.

13. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai.

14. Teknologi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.

15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.

Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada di dalam lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'aa. 🤲

آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَ الْعَالَمِيْنَ

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.

Hamba Allah

Photos from Masjid Al Muttaqin's post 24/01/2025

Masjid Nabawi, atau dikenali sebagai Masjid Nabi, adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Ia terletak di Madinah, Arab Saudi, dan diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi, sejurus selepas penghijrahan baginda (Hijrah) dari Mekah ke Madinah.

Ciri-Ciri Utama:
Rawdah (Riyad ul-Jannah): Kawasan di antara rumah Nabi (yang kini menjadi makam baginda) dan mimbar baginda dikenali sebagai taman daripada taman-taman syurga. Umat Islam sangat mengidamkan untuk solat di sini kerana dipercayai doa lebih mudah diterima di kawasan ini.

Kubah Hijau: Kubah hijau ikonik ini menandakan tempat persemadian Nabi Muhammad SAW bersama dua sahabatnya, Abu Bakar dan Umar r.a.

Perluasan: Sepanjang sejarah, pelbagai khalifah, sultan, dan raja telah memperluaskan dan memperindahkan masjid ini. Perluasan moden, terutamanya di bawah pemerintahan Arab Saudi, menjadikan masjid ini salah satu yang terbesar di dunia, mampu menampung berjuta-juta jemaah terutama pada musim Ramadan dan Haji.

Keindahan Seni Bina: Masjid ini adalah gabungan seni bina Islam tradisional dan teknologi moden, dengan payung boleh lipat di kawasan luar dan ruang berpenyaman udara untuk keselesaan para jemaah.

Kepentingan dalam Islam: Menziarahi Masjid Nabawi adalah sangat digalakkan tetapi tidak wajib. Ia memberikan pengalaman rohani yang mendalam dan menghubungkan umat Islam dengan warisan Nabi Muhammad SAW.

Pernahkah anda berkunjung ke sini atau bercadang untuk ke sana?

05/01/2025

Berikut adalah senarai sunnah Rasulullah SAW yang boleh diamalkan dalam pelbagai aspek kehidupan:

Sunnah Harian

1. Menjaga Kebersihan:
- Berwuduk sebelum solat dan tidur.
- Mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
- Menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi.
- Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari dan mandi sunat pada hari Jumaat.
- Memotong kuku setiap Jumaat.
- Memotong rambut dan mencukur bulu ketiak dan bulu kemaluan.

2. Adab Makan dan Minum:
- Membaca Bismillah sebelum makan dan Alhamdulillah selepas makan.
- Makan dengan tangan kanan.
- Makan dalam keadaan duduk dan tidak bersandar.
- Makan dalam tiga suapan, mengunyah dengan baik, dan tidak meniup makanan panas.
- Tidak mencela makanan.
- Menggunakan tiga jari semasa makan jika boleh.
- Minum dengan tiga kali teguk dan tidak bernafas dalam bekas minuman.

3. Solat Sunat:
- Solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu).
- Solat tahajjud.
- Solat dhuha.
- Solat witir.
- Solat sunat sebelum subuh (fajar).

4. Amalan Harian:
- Membaca Al-Quran setiap hari.
- Berzikir dan berdoa selepas solat.
- Mengamalkan doa dan zikir pagi dan petang.
- Mendoakan kebaikan untuk orang lain.
- Memberi salam ketika bertemu sesama Muslim.
- Mengerjakan puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis, puasa putih (13, 14, 15 hari bulan Islam), dan puasa enam hari di bulan Syawal.

5. Adab Berpakaian:
- Menutup aurat dengan sempurna.
- Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
- Memakai wangi-wangian.
- Memakai serban atau kopiah (lelaki).

6. Amalan Sosial:
- Mengunjungi orang sakit.
- Menziarahi kubur.
- Menyantuni jiran dan keluarga.
- Memberi sedekah kepada yang memerlukan.
- Melayan tetamu dengan baik.
- Berbuat baik kepada binatang.

7. Peribadi dan Akhlak:
- Bersikap lemah lembut dan tidak cepat marah.
- Bersikap adil dan jujur.
- Sabar dan tabah dalam menghadapi ujian.
- Sentiasa senyum dan menyebarkan kebaikan.

8. Aktiviti Kesihatan:
- Tidur awal dan bangun awal.
- Beriadah dan bers**an.
- Menjaga pemakanan yang seimbang.
- Mengambil tidur siang (qailulah) sebentar sebelum Zohor.

Sunnah Mingguan dan Bulanan

1. Amalan pada Hari Jumaat:
- Mandi sunat pada pagi Jumaat.
- Memakai pakaian terbaik dan wangi-wangian.
- Membaca Surah Al-Kahfi.
- Memotong kuku.
- Bersegera ke masjid untuk solat Jumaat.
- Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

2. Puasa Sunat:
- Puasa Isnin dan Khamis.
- Puasa putih (13, 14, 15 hari bulan Islam).
- Puasa enam hari di bulan Syawal selepas Aidilfitri.
- Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi yang tidak menunaikan haji.
- Puasa pada hari Asyura (10 Muharram) dan sehari sebelumnya atau selepasnya (9 atau 11 Muharram).

Sunnah Tahunan

1. Amalan di Bulan Ramadan:
- Berpuasa sepanjang bulan Ramadan.
- Solat Tarawih.
- Membaca dan mengkhatamkan Al-Quran.
- Qiamullail terutama pada malam-malam ganjil di 10 hari terakhir Ramadan.
- Memberi makan kepada orang berpuasa.

2. Hari Raya:
- Mandi sunat pada pagi Hari Raya.
- Memakai pakaian terbaik dan wangi-wangian.
- Makan sebelum keluar untuk solat Aidilfitri.
- Bertakbir dari malam raya sehingga sebelum solat Aidilfitri dan Aidiladha.
- Menyembelih korban pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik.

Mengamalkan sunnah-sunnah ini dapat membantu memperbaiki kualiti kehidupan dari segi fizikal, mental, dan rohani serta membawa keberkatan dalam kehidupan sehari-hari

Photos from Masjid Al Muttaqin's post 30/12/2024

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saudara-saudari Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Mari Bersama Membangun Rumah Allah

Masjid Al Muttaqin adalah wujud cinta kita kepada Allah SWT dan generasi masa depan. Saat ini, kami tengah memulai pembangunan masjid yang diharapkan menjadi pusat ibadah, pendidikan, dan kegiatan sosial bagi masyarakat sekitar.
Namun, pembangunan ini tidak dapat terwujud tanpa dukungan dari Anda.

Apa yang Kami Perlukan?

Kami memerlukan dana untuk:

- Pembangunan ruang utama masjid.
- Menyediakan fasiliti wudhu dan tandas.
- Menyediakan kelengkapan ibadah seperti mihrab, karpet dan pembesar suara.
- Menyediakan kipas dan penghawa dingin
- Menyiapkan pagar sekeliling masjid
- Pembelian tanah untuk ruang parkir dan taman.

Sasaran Dana

RM2,000,000.00 , dan setiap ringgit yang Anda sumbangkan akan menjadi saham akhirat Anda.

✨ Keutamaan Bersedekah untuk Masjid

Allah SWT berfirman:

“Barang siapa yang membangun masjid karena Allah, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di surga.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Salurkan Infaq dan Sedekah Anda melalui:

Nama Bank : RHB Bank
No. Akaun: 2530 2500 0254 53
Nama : Masjid Al Muttaqin

Informasi lebih lanjut:

Haji Hilman Rashid 019-323 9649

Masjid Al Muttaqin
Lot 1314 Kampung Chetok
Mukim Beta Hulu
15150 Kota Bharu
Kelantan

https://masjidmuttaqin.com

Jangan Lewatkan Kesempatan Beramal Ini!

Semoga Allah memberkahi harta dan kehidupan Anda. Aamiin.

゚viralシfypシ゚viralシalシ

30/12/2024

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saudara-saudari Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Mari Bersama Membangun Rumah Allah

Masjid Al Muttaqin adalah wujud cinta kita kepada Allah SWT dan generasi masa depan. Saat ini, kami tengah memulai pembangunan masjid yang diharapkan menjadi pusat ibadah, pendidikan, dan kegiatan sosial bagi masyarakat sekitar.
Namun, pembangunan ini tidak dapat terwujud tanpa dukungan dari Anda.

Apa yang Kami Perlukan?

Kami memerlukan dana untuk:

- Pembangunan ruang utama masjid.
- Menyediakan fasiliti wudhu dan tandas.
- Menyediakan kelengkapan ibadah seperti mihrab, karpet dan pembesar suara.
- Menyediakan kipas dan penghawa dingin
- Menyiapkan pagar sekeliling masjid
- Pembelian tanah untuk ruang parkir dan taman.

Sasaran Dana

RM2,000,000.00 , dan setiap ringgit yang Anda sumbangkan akan menjadi saham akhirat Anda.

✨ Keutamaan Bersedekah untuk Masjid

Allah SWT berfirman:

“Barang siapa yang membangun masjid karena Allah, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di surga.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Salurkan Infaq dan Sedekah Anda melalui:

Nama Bank : RHB Bank
No. Akaun: 2530 2500 0254 53
Nama : Masjid Al Muttaqin

Informasi lebih lanjut:

Haji Hilman Rashid 019-323 9649

Masjid Al Muttaqin
Lot 1314 Kampung Chetok
Mukim Beta Hulu
15150 Kota Bharu
Kelantan

https://masjidmuttaqin.com

Jangan Lewatkan Kesempatan Beramal Ini!

Semoga Allah memberkahi harta dan kehidupan Anda. Aamiin.

゚viralシfypシ゚viralシalシ

30/12/2024

Bila kita belajar agama, belajarlah juga tentang kemanusiaan.

Supaya kita tidak hanya pandai beribadah tapi juga pandai menghargai orang lain.

Kalau diukur tentang soal alim, iblis lebih alim daripada manusia.

IBLIS ITU SANGAT ALIM

Jika engkau bertanya tentang Al-Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit.


Jika engkau bertanya tentang ilmu hadis kepada iblis, dia akan menjelaskannya,
kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadis itu.


Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dapat menceritakannya kerana dia sudah ada sejak nabi Adam masih berada dalam syurga.

Iblis ahli QUR'AN.
Iblis ahli HADIS.
Iblis ahli RIWAYAT.
Iblis ahli IBADAH.
Iblis ALIM/pandai dalam segala ILMU.


Tapi iblis TIDAK PERNAH menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat.

“AKU LEBIH BAIK DARI KAMU”


Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala di hati kita tidak menjadikan kita SOMBONG dalam segala urusan.

Kita juga faham bahawa ilmu tak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh serta dikasihi Allah.


Yang aku takut...
Hati ini kian mengeras dan s**ar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati orang lain.

Yang aku takut...
Kita merasa paling benar,
sehingga merendahkan yang lain.

Yang aku takut...
Ego terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.

Yang aku takut...
Kita lupa mencermin diri sendiri, namun sibuk bersangka buruk kepada yang lain.

Yang aku takut...
ILMU membuat kita jadi sombong dengan memandang yang lain lebih rendah dari kita.

Yang aku takut...
Lidah ini makin lincah membaca aib orang, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

Yang aku takut...
Kita hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam perbuatan. 😞😔

Yang aku takut...
Kita hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.


Yang aku takut...
Kita membenci dosa orang lain, namun bila kita sendiri yang membuat dosa kita tidak p**a membencinya.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa menyedarkan kita sehingga kita lebih rajin menilai kelemahan dan keburukan diri kita sendiri daripada menilai keburukan orang lain.

Allahumma aameen ya rabbal aalaameen ya mujeeb.

SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI APAKAH IMAN MASIH DI SITU?

Hamba Allah

Photos from Masjid Al Muttaqin's post 29/12/2024

7 Doa Mustajab Para Nabi Dalam Al Quran📿

25/12/2024

30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

1. Gelisah walaupun tiada masalah.

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.

4. Tidak amanah dan mungkir janji.

5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.

6. S**a mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. S**a menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.

11. Menyampaikan ilmu dengan riak.

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.

14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. S**a menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.

17. Solat yang tidak khusyuk.

18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.

23. S**a bergosip dan menabur fitnah.

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. Pendendam.

27. Penting diri dalam semua hal.

28. Berpura-pura dan s**a membodek.

29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.

30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.

Hamba Allah

14/12/2024

AJK Penaja Masjid Untuk Di Hubungi

Hj Md Hilman bin Abd Rashid
Pengerusi
019-3239649

Mohd Nazri bin Abdullah
Setiausaha
011-59051320

Azrul Kaswadi bin Mohd Nor
Bendahari
014-9100369

Saari bin Yaacob
AJK Pembangunan
014-2949259

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Lot 1314 Kampung Chetok, Mukim Beta Hulu
Kota Bharu
15150