Assalamualaikum wbt..
Diperlukan segera tukang besi/welder utk job di sek9 bangi.. andai sahabat ada tukang besi lebih boleh pm sy 0105404001, nk pakai dlm seminggu insya'allah.. trma kasih..
Kontraktor ffinum dhom
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kontraktor ffinum dhom, kajang, Kuala Lumpur.
assamualaikum wbt,, ada kontraktor perabot kawasan klang, puchong, bandar saujana putra, sila pm sy 0105404001 segera, ada kerja untuk dikongsi insya'allah.
12/03/2017
26/09/2016
Bagaimana CARA untuk dapatkan SCORE 3 Bintang….
============================
CARA MENGISI BORANG SCORE
============================
Saya ingin bertanya… pernahkah anda membuat PROPOSAL pinjaman atau PROPOSAL mencari dana atau FUNDER.
Sekiranya anda belum pernah buat proposal sudah pasti anda tidak tahu untuk membuat PROPOSAL..
Jangan risau saya jelaskan cara untuk buat PROPOSAL SCORE…
Apa yg perlu anda buat … Pertama sekali saya bentangkan tajuk atau isi kandungan dalam penyediaan PROPOSAL SCORE..
*************************************************
JOM MULAKAN (PROPOSAL SCORE 3 BINTANG)
*************************************************
1. Buat Surat rasmi
2. Isi kandungan
3. Pengenalan
4. Visi & Misi
5. Maklumat Syarikat
-> Detail Syarikat
-> Carta Organisasi
-> Maps Menuju ke office
-> Gambar dlm Office dan Luar Office
6. Objektif
7. Strategi Pemasaran
8. Maklumat Kewangan
(Yang Real)
-> Penyata Untung Rugi Dan Kunci kira2
-> Penyata Audit
-> Penyata Bank 3 Bulan
(Unjuran)
-> Penyata Untung Rugi Dan Kunci kira2
9. Pengurusan Kualiti
-> SOP
-> Perlaksanaan Kualiti
10. Pengurusan Risiko
11. Pengurusan Pejabat
12. Projek yg Telah di laksanakan
13. Penutup
14. LAMPIRAN
Ini lah RAHSIA NYA yang selama hari ni saya tunjuk kan…
=================================
KENAPA SAYA TUNJUKAN CARANYA
=================================
memberi ilmu pada USAHAWAN KONTRAKTOR,
lampiran TAJUK diatas ini hendaklah anda sertakan bukti dengan salinan
ISI BORANG SCORE berpandukan dari PROPOSAL.. saya jamin anda akan dapat 3 Bintang..
Setiap item dari 1-14 perlu lah anda detailkan dan lengkapkan berserta bukti. Saya percaya bukan sekadar boleh dapat 3 bintang.. untuk dapatkan LOAN pun boleh.
Kontraktor ffinum dhom :-)
26/09/2016
LESEN SPKK (SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN)
Assalammualaikum,
Buat semua yang setia mengikuti page "kontraktor ffinum dhom"
Hari ni nk citer pasal Lesen SPKK lak.Abg2 atau pakcik2 kontraktor yang x jelas apa tu lesen SPKK
mehhh sini Along nk terangkan nama glamournya SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN.
Lesen ni terbuka pada semua pemilik lesen CIDB G1-G2 hingga G7.
Sama ada BUMIPUTERA atau bukan.
Pendek kata,semua warga negara Malaysia layak memohon.Boleh digunakan untuk mendapatkan tender-tender kerajaan iye.
Bagi permohonan baru mesti la kena scoring dulu.
Apa benda score ni? Maksud nya tahap kemampuan & prestasi syarikat akan diketahui dari 7 division.
1
Prestasi perniagaan
2
Keupayaan keewangan
3
Keupayaan teknikal
4
Pengurusan projek
5
Pengurusan perolehan
6
Amalan terbaik
7
Keupayaan pengurusan
Sebenar nya terdapat 2 cara untuk kontraktor dapatkan score rating bagi syarikat masing-masing.
a) SCORING secara online ( kena jawab soalan score at web CIDB )
b) MANUAL SCORING ( yang ni kena isi borang score & preapare company profile )
SCORE terbaik setakat ni 3 STAR (sebab antara syarat wajib bila nak mohon STB/SIJIL TARAF BUMIPUTERA.
26/09/2016
COFFERDAM
Cofferdam bertindak sebagai dinding penahan sama ada dalam bentuk sementara 'Temporary'
Ianya seringkali direka untuk menahan:
1. Tanah (Bertindak untuk menahan air memasuki kawasan pembinaan)
2. Air
Supaya ruang kerja pembinaan berada dalam keadaan kering.
Cofferdam adalah sejenis pembinaan kedap air yang direka untuk memudahkan projek pembinaan di kawasan-kawasan yang biasanya ditenggelami air, seperti jambatan dan jeti. Ianya dipasang di kawasan kerja dan air dipam keluar untuk memberi ruang yang kering supaya pekerja boleh membina sokongan struktur, membuat kerja baik pulih, atau melaksanakan lain-lain jenis kerja dalam persekitaran yang kering. Di beberapa kawasan di dunia, pembinaan ini adalah lebih dikenali sebagai caisson. Bekerja di dalam cofferdam boleh menjadi berbahaya jika ia dipasang secara tidak wajar atau tidak selamat, akan tetapi kemajuan dalam bidang kejuruteraan telah meningkatkan tahap keselamatan untuk pekerja yang menggunakan persekitaran kerja yang unik ini.
Pelbagai bahan boleh digunakan untuk membina cofferdam. Walaupun ianya bertindak sebagai satu struktur sementara, ianya mestilah bertindak sebagai dinding penahan air dan juga menahan tekanan yang sangat tinggi untuk menjadikan ianya selamat dan pembinaan ini sering digunakan sebagai projek bagi jurutera untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka. Jenis yang paling asas menggunakan sheet pile. Seterusnya, pam digunakan untuk menarik air keluar daripada dinding penahan supaya ianya sentiasa kering. Ada yang dibina dari kayu atau konkrit, sementara yang lain menggunakan mekanisma yang diperbuat daripada bahan-bahan agregat di antara kedua-dua dinding.
Terdapat beberapa jenis Cofferdam yang dibina iaitu:-
1. Sheet Pile
2. Konvensional Tanah
3. Besi
4. Kayu
Sheet Pile
Pembinaan Cofferdam menggunakan Sheet Pile amat popular di buat masa kini terutama di Malaysia.
Cara - cara pembinaan adalah sama seperti dalam http://malaysiaconstructionindustry.blogspot.com/2012/04/jenis-jenis-piling-cerucuk.html
26/09/2016
SEWAGE TREATMENT PLANT (STP)
Sewerage Treatment Plant adalah biasa digunakan dalam sebuah negara perindustrian termasuk rawatan utama untuk membuang bahan pepejal, rawatan sekunder untuk mencerna bahan organik serta nitrogen nutrien dan fosforus, dan ianya termasuk pembasmian kuman untuk membunuh Bakteria patogenik. Bahan kumbahan yang dihasilkan di loji rawatan kumbahan menjalani rawatan enapcemar.
Maklumat lain berkenaan dengan STP boleh didapati di website IWK https://www.iwk.com.my/do-you-know/sewage-characteristics
Bagi pengiraan Septic Tank, Biasanya Cara Pengiraan dibuat seperti di Bawah:-
Contoh;
1 Kelas = 40 Pelajar.
Terdapat 10 Kelas di dalam sebuah Sekolah
Oleh itu, 40 x 10 = 400 Pelajar
Bahagi kan 400 dengan 8 = 50 P.E (untuk sekolah tersebut.)
STP digunakan bergantung kepada kapasiti PE (Population Equivalant). Setiap PE menggunakan Tangki yang berbeza. Pengiraan kapasiti PE adalah seperti dibawah:
26/09/2016
BEAM (RASUK)
Beam atau Rasuk kerap sangat penting dalam pembinaan bangunan.
ianya adalah Struktur horizontal elemen yang memindahkan beban disamping menampung beban mati ataupun beban hidup. Saya bukan dalam bidang Jurutera Awam. Oleh yang demikian, maklumat yang saya kemukakan hanyalah maklumat asas sahaja. (maklumat terperinci boleh rujuk dengan Engineer)
Terdapat 3 jenis beam yang digunakan di Malaysia iaitu :-
1) Beam Kayu
2) Reinforced Concrete Beam
3) Steel Beam.
4) Prestressed Concrete beam
5) Post Tension Concrete Beam
1. Beam Kayu
Beam ini banyak digunakan dalam pembinaan bangunan yang diperbuat daripada kayu seperti rumah papan, rumah kayu, atau lebih mudah rumah - rumah kampung lama. Terdapat juga jeti - jeti, jambatan kayu yang diperbuat daripada kayu. ini kerana kos pembinaannya lebih murah. Akan tetapi, daya ketahanannya tidak sekuat R.C Beam. Oleh sebab itu, ianya banyak digunakan dalam pembinaan yang akan menampung beban yang kurang. Saya belum lagi berpeluang membina bangunan menggunakan beam kayu.
2. Reinforced Concrete Beam.
Beam jenis ini banyak digunakan dalam industri pembinaan di Malaysia. Asas dalam pembinaan Beam ini adalah Concrete, Besi (Reinforcement) / Formwork (Acuan).
3. Steel Beam
Biasanya digunakan pada bangunan yang memerlukan keluasan yang besar seperti Kilang, Dewan, Tempat Letak Kereta dan sebagainya.
4. Prestressed Concrete Beam
5. Post Tensioned Beam
26/09/2016
Keluasan Lantai Kasar (Gross Floor Area - GFA)
Keluasan Lantai Kasar sangat penting dalam menentukan Sesebuah bangunan termasuklah dalam pengiraan bajet sesebuah projek. Ini kerana sebelum rekabentuk sesebuah bangunan dimuktamadkan, kos per GFA akan diambil kira terlebih dahulu bagi menentukan keberkesanan sesebuah projek.
Luas lantai kasar juga dikira berlainan bagi sesebuah tempat atau Negara. Bukan itu sahaja, cara pengiraan ini juga didapati berbeza diantara Arkitek dan juga Juruukur Bahan.
Definisi Luas Lantai Kasar:
1 : Luas lantai kasar (GFA) adalah keluasan lantai keseluruhan di dalam bangunan yang dikira termasuk dinding luar, dan tidak termasuk luas bumbung.
2 : "All covered floor areas of a building, except otherwise exempted, and
uncovered areas for commercial uses are deemed the gross floor area of the
building for purposes of plot ratio control and development charge. The gross
floor area is the total area of the covered floor space measured between the
centre line of party walls, including the thickness of external walls but excluding
voids. Accessibility and usability are not criteria for exclusion from GFA."
Sumber dari : https://www.ura.gov.sg/uol/publications/technical/dc-handbooks/handbook-on-gross-floor-area.aspx
Ini bermakna, Luas Lantai Kasar boleh dikira berdasarkan kawasan yang ditutupi oleh dinding dan tiang. Kawasan yang ditutupi oleh bumbung sahaja tidak bole diambil kira sebagai GFA.
Bagi kawasan Lopong, (Void) ianya tidak dikira sebagai GFA. Akan tetapi, pada pendapat saya, bagi kawasan Tangga, ianya dikira sebagai GFA. (Rujuk gambarajah dibawah)
10/09/2016
https://www.slideshare.net/mobile/SitiRahimahIkhsan/strategi-pembayaran-gaji-kepada-pekerja
STRATEGI PEMBAYARAN GAJI KEPADA PEKERJA Tajuk ini membincangkan tentang strategi sesebuah organisasi dalam menentukan gaji kepada para pekerjanya.
Kelemahan Sistem Gaji
Sistem gaji terdapat beberapa kelemahan juga, iaitu sistem ini kurang selamat berbanding sistem manual, kerana pelbagai virus boleh memasuki sistem tersebut.
Ini kerana sistem yang menggunakan sistema atas talian berpotensi tinggi untuk sistem tersebut diserang virus. Penipuan boleh berlaku keatas sistem tersebut, iaitu dengan seseorang yang dapat meletakkan data palsu ke dalam data tersebut.
Selain itu, apabila ketiadaan elektrik, majikan menghadapi kesukaran dalam menguruskan gaji mengikut sistem, kerana sistem ini menggunakan elktrik dan majikan terpaksa menggunakan sistem manual.
Kesimpulannya sistem gaji sangat berguna kepada pentadbir dalam proses membayar gaji pekerja dan sangat mudah digunakan berbanding sistem manual.
Kebaikkan sistem gaji
Dengan adanya sistem gaji ini dapat memudahkan majikan untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuat gaji, anataranya jumlah KWSP yang patut dipotong. Berapa lama pekerja tersebut telah berkhidmat, ia itu disitu juga dapat mempengaruhi gaji pekerja terbabit contohnya semakin lama pekerja tersebut berkhidmat di organisasi tersebut, semakin tinggi gaji pekerja itu. terdapat juga senarai kesalahan yang dilakukan opleh pekerja sekiranya ada, disitu majikan dapat memotong gaji pekerja sekiranya mendapati melakukan kesalahaan yang menyebabkan pekerja tersebut dipotong gaji, antara kesalahan yuang menyebabkan pemotongan gaji ialah ponteng atau tidak hadir kerja. Dengan adanya sistem gaji. Pembayaran gaji dapat dikira dengan lebih cepat kerana semua maklumat yang dikehendaki berakitan gaji semuanya sudah ada. Selain itu juga , dengan sistem ini dapat meminimumkan pertindihan data. Iaitu jika ada data yang telah di masukkan lebih dari sekali misalnya elaun pekerja, majikan dapat kenalpasti dan kesilapan dapat dikurangkan. Kesahihan dan ketepatan data adalah sangat tinggi kerana kebiasaan sistem ini jarang membuat kesilapan dalam menyimpan dan memeberi data berbanding penggunaan manual. Data juga dapat diselenggarakan dengan mudah kerana semua data yang dikehendaki terdapat di dalam sistem.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Website
Address
Kuala Lumpur