yg Tiada Penghujungnya
Dgn Takdir Allah💚💚
Firmaxrubyahmadagentbangi
#Firmax3lovers ZR siDc
#Beauty #Health. #Luxury
#Consultant & Stokist Mobile RF3 World
#Firmax3 Pens
20/09/2023
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*سلامت ڤاڬي*
SIFAT-SIFAT MULIA RASULULLAH SAW
Diriwayatkan daripada Sayidina Hasan bin Ali Radhiyallāhu ‘anhumā seperti yang berikut.
“Aku telah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah Radhiyallāhu ‘anhu, siapakah salah seorang yang paling mengetahui sifat mulia Nabi Sallallāhu ‘alaihi wa sallam, ‘Bagaimanakah Rasulullah SAW berbicara?” Ia pun menjawab,
“Rasulullah SAW lebih sering bertafakur dalam diam. Baginda tidak akan berbicara kecuali ada sesuatu yang perlu dibicarakan. Rasulullah SAW sentiasa menyebut nama Allah SWT ketika akan memulai dan setelah selesai berbicara. Baginda dapat menjelaskan banyak hal dengan sedikit berbicara. Baginda selalu berkata benar. Ketika menjelaskan maksud pembicaraannya, baginda tidak akan berbicara kurang atau lebih. Baginda tidak pernah berbicara kasar dan menghina siapa pun ketika berbicara.
Rasulullah SAW pasti akan mensyukuri setiap nikmat meskipun sedikit. Baginda tidak pernah mencela nikmat apa pun. Baginda tidak pernah memuji makanan atau minuman kerana rasanya enak dan juga tidak pernah mencelanya kerana buruk (baginda selalu mensyukuri nikmat-nikmat tersebut kerana rasa takzimnya kepada Allah SWT yang menganugerahkan pelbagai macam nikmat).
Dunia atau apa-apa perkara duniawi tidak akan membuatnya marah. Namun, jika suatu kebenaran tidak terpenuhi (kebenaran ditolak dan kesalahan dilakukan), baginda akan sangat marah sehingga tidak ada seorang pun yang dapat memadamkan amarahnya sampai kebenaran itu terpenuhi. Baginda tidak akan marah untuk dirinya sendiri dan tidak memiliki rasa dendam.
Ketika akan menunjuk sesuatu, Rasulullah SAW menunjuknya dengan seluruh tangannya yang mulia, bukan dengan satu jarinya.
Jika marah kepada seseorang (kerana suatu hal), Rasulullah SAW akan berpaling daripadanya (tidak marah kepadanya). Ketika berbahagia, mata baginda akan berseri-seri. Baginda ketawa dengan tersenyum (tidak terbahak-bahak), dan ketika ketawa, giginya yang mulia terlihat bagaikan mutiara.”
Jom sedekah Subuh Rm 2.00 atau seikhlasnya.
Untuk sumbangan sila tekan link 👇
⏩https://toyyibpay.com/Infaq-MTS-Banting
Atau terus bank in
⏩ Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Al Azim
⏩ Bank Rakyat
⏩ 1102125479
Untuk resit bayaran boleh hubungi 011 1659 1453
*Jazakallah khairan khathira*
*Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah*
16/05/2023
Assalamualaikum wbt
PERHATIAN IMAM MUHAMMAD RH KEPADA MURIDNYA
Imam Muhammad RH ialah seorang mujtahid dan salah seorang murid Imam A’zham RH. Beliau lahir di kota Wasith pada tahun 132 Hijriah (750 M) dan meninggal pada tahun 189 Hijriah (805 M) di kota Ray.
Imam Muhammad RH berusaha bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ilmu agama. Beliau memberikan segala bantuan jasmani dan rohani yang ada kepada pelajar yang menuntut ilmu. Salah seorang ahli fikah dari mazhab Maliki, Asad bin Furat RH, menceritakan,
“Aku pergi menemui Imam Muhammad RH untuk menimba ilmu dan membaca salah satu karya Imam Malik RH yang berjudul Al-Muwatta’.
‘Aku adalah seorang yang tinggal jauh dari kampung halaman. Aku masih kurang mendalami ilmu fikah. Kamu memiliki banyak pelajar, sedangkan aku hanya boleh mendapatkan sedikit ilmu daripadamu. Tunjukkanlah sebuah jalan kepadaku,’ kataku kepada Imam Muhammad RH.
“Pada siang hari, kamu boleh mendengarkan pelajaran bersama pelajar-pelajar yang lain. Aku akan meluangkan waktu hanya untukmu pada malam hari, dengan begitu, kau dapat mempelajari ilmu daripadaku,” kata Imam Muhammad RH.
Imam Muhammad RH menempatkanku di lantai bawah rumahnya. Pada malam hari, beliau mendatangiku dengan membawa segelas air dan mengajarkanku kitab. Malam pun makin larut, dan ketika aku mulai memejamkan mataku kerana mengantuk, beliau membangunkanku dengan memercikkan air daripada gelas itu ke wajahku. Kami terus melakukan hal ini sampai aku menyelesaikan ilmu-ilmu yang ingin aku pelajari daripadanya,” jelasku.
Suatu hari, ketika melihat diriku meminum air yang dibahagikan kepada orang-orang fakir, Imam Muhammad RH menanyakan sebabnya. “Semoga Allah SWT merahmatimu, aku pun termasuk dari golongan orang-orang yang tidak memiliki siapa pun dan tertinggal di jalan,” jawabku kepadanya.
Apabila malam tiba, seseorang mengetuk bilik tempatku tinggal. Ketika membuka pintu, aku melihat orang itu ialah pelayan Imam Muhammad RH.
“Ada salam daripada guruku untukmu. Dia tidak tahu keadaanmu semalam. Dia meminta kamu untuk mengambil ini dan menggunakannya sebagai nafkahmu,” tutur dirinya yang memberiku sebuah uncang wang yang berat.
“Dia pasti telah mengirimkan wang dirham (perak),” fikirku. Aku pun merasa senang. Setelah membuka uncang itu, aku melihat ada wang emas di dalamnya.
*Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah*
16/08/2017
FIRMAX3
Terapi Hormone Beraura
Terapi CANTIK Berseri2
Terapi Saraf
Terapi Darah
013-3737992 / 013-3641008
12/08/2017
Firmax3 merecikkk
Stok / cod firmax3
:pmto.me/60133641008
07/08/2017
/pmtepi
013 3737992 / 0133641008
26/07/2017
26/07/2017
26/07/2017
WhatsApp/PM
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
Malacca City
75150