18/05/2025
𝗣𝗘𝗡𝗔𝗙𝗜𝗔𝗡
Berikutan tersebarnya hebahan WhatsApp mengenai Permohonan Senarai Nama Pelajar Cemerlang Huffaz melalui link Google Sheet iaitu https://docs.google.com/spreadsheets/d/1gAFY0JRTpH9w5ov3Tn_7lP4S0ggdc6QDo3mDXvsCmgw/edit?usp=sharing dengan menggunakan nama Young Talent Development Programme (YTP), ia adalah TIDAK SAH dan MARA TIADA KAITAN LANGSUNG dengan perkara tersebut.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak memberi sebarang maklumat peribadi atau terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab.
Orang awam diminta melayari www.mara.gov.my atau ikuti laman laman media sosial rasmi MARA di https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat.
24/07/2024
Assalamualaikum
Let's go to Education Fair on 24 July 2024 at Alexandria and 27 July 2024 at Cairo. Opportunity to get information in order to further study at top universities in Malaysia... Hurry up, don't miss this opportunity.
فرصة مميزة لأولادك للدراسة بالخارج!
حدث الدراسة في ماليزيا هو خطوة مهمة في طريق البحث عن فرصة للدراسة بالخارج!
دلوقتي ابنك يقدر يحضر الايفينت ويستفاد من فرص مختلفة للدراسة، وده لوجود مجموعة من افضل الجامعات في ماليزيا هيساعدوا ابنك على معرفة التخصصات والكليات المتاحة، كمان هيكون في منح مموله بالكامل وخصومات.
خلال اليوم هتتعرف على الثقافة الماليزية عن قرب ومميزات وعيوب السفر لماليزيا وده لوجود قصص ملهمة لناس سافرت بالفعل، هيقدروا يقدموا نصيحة من واقع خبرتهم وتجربتهم.
الاسكندرية: يوم 24 يوليو - هيلتون جرين بلازا
القاهرة: يوم 27 يوليو - جراند نايل تاور
تقدر تسجل لابنك دلوقتي من خلال اللينك: https://shorturl.at/sSPW9
06/01/2024
Assalamualaikum wbt.
Semoga dipermudahkan segala urusan mahasiswa dan mahasiswi yang akan menduduki peperiksaan. Semoga melakar kejayaan yang membanggakan keluarga dan Negara...
13/10/2023
Assalamualaikum wbt.
MARA sedang membuka permohonan pinjaman pelajaran kepada mahasiswa/i yang sedang menuntut di IPT terpilih di Malaysia.
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗔𝗥𝗜 (𝗧𝗘𝗦𝗣) 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔!
MARA mengalu-alukan pelajar lepasan asasi/STPM/STAM dan Diploma yang ditawarkan pengajian peringkat ijazah pertama dalam kursus dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP).
24/08/2023
Assalamualaikum wbt..
Jom pakat-pakat datang. Platform terbaik bagi yg s**a kan cabaran baru atau sedang mencari bidang kerjaya yg baru.. Boleh berjumpa dengan pihak industri bagi mendapatkan maklumat selain peluang pekerja dalam pelbagai bidang tersedia untuk ditawarkan. So, jangan lepaskan peluang ini..
KARNIVAL KERJAYA MARA ZON TENGAH
CAREER CRAFTING - CENTRAL CHAPTER 2023
Tarikh : 25 - 27 Ogos 2023
Masa. : 9 pagi hingga 6petang
Tempat : Tingkat 6, Ballroom Hotel Premiera KL.
✔︎ Berita baik untuk graduan serta pelajar tahun akhir.
✔︎ Peluang kerjaya menanti anda. Sertai CAREER CRAFTING 2023
✔︎ 30 syarikat GLC dan multi nasional akan menyertai karnival kerjaya ini. Hampir 2,000 peluang pekerjaan di tawarkan kepada anda.
✔︎ Anda juga berpeluang menyertai forum, taklimat dan laluan kerjaya oleh industri serta temuduga terbuka sepanjang program berlangsung.
✔︎ Jom sertai kami dengan mendaftar awal di bawah:
https://forms.office.com/r/G5yVhzu1Z1
Jumpa anda di sana!!!
31/07/2023
MAJLIS GRADUASI FAKULTI PERGIGIAN UNIVERSITI ISKANDARIAH 2023
Tahniah dan syabas diucapkan kepada graduan sempena Majlis Graduasi Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah 2023 di Dewan Bibliotheca Alexandrina, Iskandariah yang diadakan pada 28 Julai 2023. Majlis graduasi ini bagi meraikan seramai 125 orang graduan secara keseluruhannya dengan 64 orang pelajar Malaysia selain graduan dari, Kuwait, Arab Saudi dan Mesir.
Dalam majlis majlis graduasi yang gemilang ini, turut diumumkan pelajar terbaik keseluruhan dimana saudari Nur Aisyah Afifah Binti Mohammad Aris dinobatkan sebagai 'Valedictorian' (Pelajar Terbaik Ke-2) serta saudari Nafisa Binti Zailan Affiyah dan saudari Siti Nurul ‘Afiyah Binti Shaikh Ahmad Jafni sebagai 'Valedictorian' (Pelajar Terbaik Ke-3), yang mana ketiga-tiga mereka merupakan pelajar tajaan MARA. Satu detik bersejarah turut dicatatkan memandangkan seramai 16 orang dikalangan pelajar yang diraikan merupakan batch terakhir pelajar tajaan MARA dalam bidang Sains Kesihatan di bumi Republik Arab Mesir.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai dari Education Malaysia Egypt (EME), Atase Pendidikan MARA dan Atase Pendidikan Pahang serta bersama-sama ahli keluarga para graduan bagi meraikan detik bermakna ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), EME dan Pejabat-Pejabat Atase Pendidikan Negeri atas sokongan dan khidmat bantuan yang dicurahkan kepada para graduan sehingga mereka berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Kejayaan yang diraih tidak dapat dicapai dengan mudah tanpa pengorbanan, usaha dan komitmen yang tinggi serta berkat doa ibu bapa graduan semua. Semoga dengan kejayaan ini para graduan akan menjadi doktor yang kompeten dalam mencurahkan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara Malaysia.
19/07/2023
Salam Maal Hijrah 1445H
Salam Maal Hijrah, 1 Muharam 1445 Hijrah
Semoga tahun mendatang ini membawa limpahan keberkatan untuk kehidupan yang lebih baik.
18/07/2023
Assalamualaikum wbt.
Semakan permohonan program YTP 2023 boleh dibuat di laman web rasmi MARA.
Sekian, terima kasih.
𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗬𝗢𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗟𝗘𝗡𝗧 𝗗𝗘𝗩𝗘𝗟𝗢𝗣𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠𝗠𝗘 (𝗬𝗧𝗣) 𝟮𝟬𝟮𝟯
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar boleh menyemak keputusan permohonan Young Talent Development Programme (YTP) 2023 bermula jam 3.00 petang, 17 Julai (Isnin) 2023 hingga 11.59 malam, 21 Julai 2023 (Jumaat).
Layari semakan keputusan YTP 2023 >> https://educationloan.mara.gov.my
Bagi calon yang berjaya, sila klik butang TERIMA/TOLAK TAWARAN selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 21 Julai 2023.
11/07/2023
Assalamualaikum
Berita baik bagi pelajar cemerlang yang masih mencari pinjaman pelajaran bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama (degree) dlm bidang-bidang strategik di Universiti terkemuka dunia.
Boleh layari laman web rasmi MARA untuk maklumat lanjut & permohonan..
Cepat.. Jangan lepaskan keeamasan ini..
Program Pinjaman Pelajaran Ke Universiti Terbaik Dunia (WTU) 2023
Sila layari Portal MARA di www.mara.gov.my
>>> Garis Panduan Permohonan Program
https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/07/Garis-Panduan-Permohonan-Program-WTU-2023-v2.pdf
>>> Garis Panduan Permohonan Pinjaman MARA
https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/07/Panduan-Permohonan-Pinjaman-Pelajaran-MARA-WTU-2023-v2.pdf
>>> Syarat Kelayakan Program
[versi pdf] :https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/07/Syarat-Kelayakan-WTU-2023-v2-Versi-PDF.pdf
[versi infografik] : https://online.anyflip.com/shdgj/vdmf/mobile/index.html
>>> Soalan Lazim
https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/07/FAQ-WTU-2023-v2.pdf
>>> Permohonan Online
https://educationloan.mara.gov.my
>>> Manual Sistem
https://online.anyflip.com/shdgj/smwv/mobile/index.html
Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 11 Julai 2023 hingga 21 Julai 2023 (11:59 malam)
23/02/2023
Asssalamualaikum wbt.
MARA telah menyediakan satu platform kepada pelajar tajaan MARA untuk memaklumkan keputusan akademik.
Semoga salah satu usaha untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan ini dimanfaatkan oleh semua pihak.
Teeima kasih MARA
PANDUAN PENGHANTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER BAGI PELAJAR TAJAAN DALAM DAN LUAR NEGARA
Pelajar hendaklah menghantar keputusan peperiksaan setiap semester/ tahun ke Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan diumumkan / diterima.
Kandungan emel perlu dinyatakan maklumat berikut:
(a) Nama pelajar
(b) No kad pengenalan
(c) No MARA
(d) Nama institusi
(e) Program Penajaan MARA (contoh: TESP-UA, TESP-IPTS, TESP-IPMA, GREP, WTU, YTP,
PRO-P dll)
(f) Keputusan peperiksaan (GPA & CGPA)
(g) Sesi pengajian
(h) Semester terkini
CONTOH:
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN_MUHAMMAD BIN ALI_UKM_TESP-UA
Nama pelajar : Muhammad bin Ali
No kad pengenalan : 123656-78-9101
No MARA : 330312345678
Nama institusi : Universiti Kebangsaan Malaysia
Program Penajaan : TESP-UA
Keputusan peperiksaan : GPA 3.90 & CGPA 3.97
Sesi pengajian : Sem I Sesi 2021/2022
Semester terkini : Semester 4/8
B. Sila lampirkan slip keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh institusi (dalam bentuk .pdf).
Nota:
Pelajar juga boleh menghantar keputusan peperiksaan sama ada secara serahan tangan atau pos ke Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA melalui alamat berikut:
Unit Pengurusan Bakat Dalam & Luar Negara
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
No. 21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
( Nyatakan nama Institusi, Kursus dan Peringkat Pengajian)