Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Share

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) merupakan organisasi yang diberi tanggungjawab mengurus kutipan zakat dan agihan zakat di dalam negeri Kedah.

Photos from Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman's post 11/05/2026

π‘΄π’‚π’π’ˆπ’ˆπ’‚ π‘―π’‚π’“π’–π’Žπ’‚π’π’Šπ’” π’Žπ’‚π’π’Šπ’” π’…π’Š π’π’Šπ’…π’‚π’‰ πŸ₯­. π‘Ίπ’„π’‚π’Ž π’‘π’‚π’‰π’Šπ’• π’”π’‚π’Žπ’‘π’‚π’Š π’Œπ’† π’‰π’‚π’•π’Š.

Berhati-hati dengan tawaran yang memerlukan anda memuat turun ’aplikasi pembayaran’ kerana ini mungkin fail APK berbahaya untuk mencuri maklumat anda.

Kredit Kepada Bank Negara Malaysia

11/05/2026

Ramai pelajar tak tahu sebenarnya mereka layak memohon agihan zakat untuk meneruskan pengajian.

Tonton video ini sampai habis untuk semak kelayakan dan syarat permohonan agihan zakat bagi pelajar di negeri Kedah.
Dengarkan penjelasan daripada Ustaz Shazril Hanis bin Salmi, Ketua Divisyen Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

10/05/2026

🚐 π—žπ—Ÿπ—œπ—‘π—œπ—ž π—•π—˜π—₯π—šπ—˜π—₯π—”π—ž π—Ÿπ—­π—‘π—ž π—žπ—˜π— π—•π—”π—Ÿπ—œ π— π—˜π—‘π—˜π— π—¨π—œ 𝗔𝗑𝗗𝗔!

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menjemput orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan melalui Klinik Bergerak LZNK yang akan hadir di lokasi berikut:

πŸ“ 10 Mei 2026 (Ahad)
Masjid Batu 14 (Al Islah), Simpang 3 Sungai Daun
Mukim Sala Besar, 06860 Kota Sarang Semut, Kedah
πŸ•™ 10.00 pagi – 4.00 petang

πŸ“ 12 Mei 2026 (Selasa)
Masjid Jamek Kepala Batas (As-Shahab)
Mukim Bukit Tinggi, 06200 Jitra, Kedah
πŸ•™ 10.00 pagi – 4.00 petang

πŸ“ 14 Mei 2026 (Khamis)
Masjid Paya Kelubi (Jamiur Rahman)
Kg Tempoyak, Mukim Air Puteh, 06700 Pendang, Kedah
πŸ•™ 10.00 pagi – 4.00 petang

βœ… PERCUMA untuk Penerima Agihan LZNK
πŸ’³ Bayaran hanya RM5.00 untuk orang awam

Ayuh hadir dan manfaatkan perkhidmatan ini!

Photos from Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman's post 10/05/2026

π—›π—Ÿπ—• π—œπ—¦π—Ÿπ—”π— π—œπ—– 𝗗𝗔𝗑 π—Ÿπ—­π—‘π—ž π— π—˜π—‘π—¬π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ 𝗔𝗦𝗑𝗔𝗙 π—¦π—˜π—₯𝗧𝗔 π— π—˜π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—£π—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—¨π—‘π—”π—‘

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menerima kunjungan delegasi Jawatankuasa Syariah HLB Islamic pada 9 Mei 2026 bagi sesi lawatan penanda aras dan perkongsian berkaitan pengurusan zakat serta pembangunan asnaf.

Delegasi HLB Islamic diketuai oleh Puan Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic bersama Prof. Datin Dr. Rusni Hassan yang mengetuai Ahli Jawatankuasa Syariah HLB Islamic, manakala pihak LZNK diketuai oleh Puan Hartini Binti Haliza, Ketua Pegawai Kewangan.

Sepanjang lawatan, delegasi turut berkesempatan menyantuni rumah-rumah asnaf di sekitar daerah Yan dengan menyampaikan kit makanan dan agihan wang tunai kepada penerima yang terlibat.

Selepas itu, delegasi dibawa melawat beberapa projek pembangunan asnaf antaranya Kilang Padi Projek Hassan dan Projek Solar Dryer Dome (SDD), Desa KEDA Sungai Udang, Yan. Delegasi juga berpeluang melihat secara langsung proses pemprosesan beras serta perkembangan projek usahawan asnaf yang dibangunkan oleh LZNK.

Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan strategik serta membuka lebih banyak ruang kerjasama dalam memperkasa pembangunan ekonomi dan kesejahteraan asnaf.

Lembaga Zakat Negeri Kedah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.

Photos from Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman's post 10/05/2026

π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π—¦π—œπ—π—œπ—Ÿ π— π—¨π—­π—”π—žπ—žπ—œ π—¦π—˜π—₯𝗧𝗔 π—Ÿπ—’π—šπ—’ 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 π—­π—”π—žπ—”π—§ π—žπ—˜π——π—”π—›

Lembaga Zakat Negeri Kedah, melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar telah mengadakan kunjungan hormat serta menyerahkan Sijil Muzakki dan Logo Sahabat Zakat Kedah di beberapa premis iaitu :-

β€’ SYAMSYILA FOODSTATION, KAFE KMC
β€’ BELLADOL ENTERPRISE
β€’ NABILAH BAHRIN GROUP (NB) SDN. BHD.
β€’ SAFIAH RAHMAT & CO
β€’ RUBY BEAUTY ENTERPRISE
β€’ SARA BEAUTY & HEALTH LEGACY

TAHNIAH diucapkan kepada semua di atas pengiktirafan sebagai Sahabat Zakat Kedah. Pengiktirafan ini merupakan sebuah inisiatif LZNK untuk membantu pembayar zakat di Kedah mempromosikan servis, produk, restoran atau perniagaan mereka seterusnya memberikan keyakinan kepada para pengguna dan pelanggan.

Jom beri sokongan kepada mereka yang memiliki Logo Sahabat Zakat. Semoga usaha mereka terus maju jaya dan dapat memberi manfaat kepada Ummah, InsyaAllah 🀲🏻✨

Terima Kasih kepada semua pembayar Zakat Kedah πŸ‘πŸ»

Photos from Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman's post 07/05/2026

TAKLIMAT TAKSIRAN ZAKAT PENDAPATAN BERSAMA WARGA KERJA SMK TANAH MERAH PENDANG

Telah berlangsung Taklimat Taksiran Zakat Pendapatan bersama warga kerja SMK Tanah Merah Pendang.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman yang jelas berkaitan kaedah pengiraan zakat pendapatan agar ibadah zakat dapat dilaksanakan dengan yakin, tepat dan berlandaskan syariat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pembayar zakat yang sentiasa istiqamah menunaikan kewajipan ini. Sumbangan anda bukan sekadar menyucikan harta, malah menjadi sinar harapan buat asnaf serta menggerakkan pembangunan ummah di negeri Kedah.

Semoga setiap rezeki yang dizakatkan diberkati dan digandakan ganjarannya oleh Allah SWT.




06/05/2026

Warga Pendang dan kawasan sekitar, jangan lepaskan peluang esok πŸ‘‡

πŸ“ Masjid Jamek Sultan Abdul Halim
πŸ—“ Khamis | 07 Mei 2026
⏰ 10.00 pagi – 4.00 petang

πŸ’Š Perkhidmatan kesihatan untuk anda seisi keluarga
πŸ’° Bayaran hanya RM5 untuk orang awam
πŸ†“ PERCUMA untuk penerima agihan LZNK

Datang awal, jaga kesihatan anda.
Jumpa kami esok! 🀝

Photos from Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman's post 06/05/2026

π—¦π—˜π—π—”π—¨π—› 𝗠𝗔𝗑𝗔 π—ͺπ—”π—žπ—”π—™ π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π— π—˜π—‘π—šπ—¨π—•π—”π—› 𝗠𝗔𝗦𝗔 π——π—˜π—£π—”π—‘ π—˜π—žπ—’π—‘π—’π— π—œ 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛?

Bengkel Wakaf dan Ekonomi Kitaran membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam tentang peranan wakaf dalam landskap ekonomi semasa. Program yang diadakan pada 6 Mei 2026 ini turut mengetengahkan bagaimana wakaf mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan berimpak jangka panjang.

Bengkel ini dilaksanakan di peringkat Wilayah Utara, melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta para penyelidik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Turut hadir menyampaikan ucapan dan perkongsian, Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, yang menekankan kepentingan memperkasa peranan institusi Islam dalam mendepani cabaran pembangunan mampan masa kini.

Perkongsian ilmu disampaikan oleh Dr. Ishkandar Baharin, Pengamal Ekonomi Kitaran, serta Profesor Dr. Amir Shaharuddin, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam, ISRA Institute, INCEIF University. Kupasan yang dibawakan bukan sahaja membuka perspektif baharu, malah memberi gambaran jelas tentang potensi sebenar wakaf dalam menyokong ekosistem ekonomi masa hadapan.

Bengkel ini bukan sekadar sesi perkongsian, tetapi satu langkah ke hadapan dalam memperluas pemahaman bahawa wakaf mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan memberi impak jangka panjang kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

06/05/2026

Alhamdulillah, sebanyak RM63.36 Juta agihan zakat telah diagihkan kepada asnaf Fisabilillah pada tahun lepas.
-Ustaz Shazril Hanis bin Salmi, Ketua Divisyen Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

06/05/2026
04/05/2026

🚐 π—žπ—Ÿπ—œπ—‘π—œπ—ž π—•π—˜π—₯π—šπ—˜π—₯π—”π—ž π—Ÿπ—­π—‘π—ž π—žπ—˜π— π—•π—”π—Ÿπ—œ π— π—˜π—‘π—˜π— π—¨π—œ 𝗔𝗑𝗗𝗔!

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus komited membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada masyarakat melalui Klinik Bergerak LZNK.

πŸ“ 05 Mei 2026 (Selasa)
Masjid Sg Daun Tengah (Ar-Ridhwan)
Sg Limau, Mukim Sala Besar,
06800 Kota Sarang Semut, Kedah

πŸ“ 07 Mei 2026 (Khamis)
Masjid Kampung Sematang
Mukim Gunung, 06250 Alor Setar, Kedah

βœ… PERCUMA untuk Penerima Agihan LZNK
πŸ’³ RM5 sahaja untuk orang awam
πŸ•™ 10.00 pagi – 4.00 petang

Ayuh hadir dan manfaatkan peluang ini untuk pemeriksaan kesihatan anda dan keluarga. Kesihatan adalah amanah, jom sama-sama kita jaga.

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

https://jom.zakatkedah.com.my/, https://sadaqah4ummah.com.my/, https://waqaf4ummah.com.m

Address


Menara Zakat, Jalan Telok Wanjah
Alor Setar
05200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 16:30