Raxbit - Jom Buat Mobile App & Games

Raxbit - Jom Buat Mobile App & Games

Share

RAXBIT SOLUTION SDN. BHD. (1638050 - M)

(1638050 - M) Kepakaran kami dalam Mobile App Development, Game Development & Interactive Display, dan telah menghasilkan lebih 100 Mobile App & Games di Playstore/Appstore Kami (MOBILE APP DEVELOPER) bantu membina mobile apps yang nampak PREMIUM, WOW & PRO

Kami telah bina lebih 100 Mobile App & Games di Playstore (Android) dan Appstore (Apple).

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja!

Hari ni, kita nak raikan bukan saja yang bekerja di pejabat atau di tapak binaan…

Tapi juga: Ibu bapa yang tak pernah penat berusaha untuk keluarga,
Cikgu-cikgu yang sabar mendidik anak bangsa,
Anak-anak yang rajin belajar & bantu di rumah.

Korang semua adalah pejuang! ✨
Teruskan usaha, teruskan berbakti.
Setiap peluh, setiap penat lelah, ada ganjaran besar menanti, insya-Allah

Kita semua ada peranan, dan semua peranan tu penting.
💛 Selamat Hari Pekerja dari kami untuk anda semua yang luar biasa!



01/05/2026

Murid cepat bosan dalam kelas bukan sebab mereka malas…
tapi sebab cara belajar tak engage 🎮

Ini 3 jenis gameplay yang boleh tukar cara murid belajar jadi lebih seronok & interaktif.

Kalau cikgu nak tukarkan silibus jadi game, komen NAK GAME 👇

26/04/2026

Kalau tak pandai coding… still boleh buat game? 🤔

Yes, boleh! Dengan GDevelop 5, siapa pun boleh start — tak kisah lah kita ni 👇

🎮 Beginner
Tak ada background IT? No problem. Drag & drop je, terus nampak hasil.

🎮 Solo Game Dev
Nak engine yang ringan & cepat? Fokus je pada design, level & story.

🎮 Cikgu / Educator
Nak kelas lagi fun? Tukar pembelajaran jadi game — murid confirm lebih fokus!

Kalau salah satu tu “kena” dengan anda… mungkin dah sampai masa untuk start buat game sendiri 🚀

Follow akaun ni kalau nak lagi banyak tips & idea game dev 💡

Photos from Raxbit - Jom Buat Mobile App & Games's post 20/04/2026

Ada Website Je Tak Cukup, Ini 6 Sebab Retail Perlu Mobile App

= = =

Ramai owner bisnes retail dan e-commerce rasa cukup bila dah ada website. Memang betul, website penting sebagai asas digital presence.

Tapi realitinya hari ni, persaingan makin tinggi dan behaviour customer pun dah berubah. Customer nak sesuatu yang cepat, mudah dan terus dekat dengan mereka, dan di sinilah peranan Mobile App jadi sangat penting.

Kalau kita masih bergantung 100% pada website sahaja, kita sebenarnya sedang lepaskan banyak peluang untuk tingkatkan sales dan repeat customer.

Mobile App bukan sekadar “versi lain” website, tapi satu platform yang lebih powerful untuk tarik, engage dan convert customer dengan lebih efektif.

= = =

1. Pengalaman Lebih Laju & Smooth Berbanding Website

Mobile App menawarkan pengalaman yang lebih cepat dan smooth berbanding website biasa.

Customer tak perlu tunggu loading lama atau buka browser setiap kali nak beli produk.

Bila semua dah ada dalam Mobile App, proses browsing jadi lebih lancar, dan ini sangat penting untuk elakkan customer rasa malas atau keluar sebelum sempat beli.

= = =

2. Push Notification = Sales Booster Paling Power

Salah satu kelebihan terbesar Mobile App adalah push notification. Kita boleh hantar promo, diskaun, restock atau limited deal terus ke phone customer.

Ini jauh lebih efektif berbanding email atau media sosial. Bila customer nampak notifikasi, peluang untuk mereka klik dan beli sangat tinggi.

Ini antara cara paling cepat untuk boost sales tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada ads.

= = =

3. Kurangkan Cart Abandon & Mudahkan Checkout

Dalam e-commerce, antara masalah paling besar adalah cart abandon, customer dah masuk produk dalam cart tapi tak jadi beli.

Dengan Mobile App, proses checkout boleh dipermudahkan (auto-fill details, simpan alamat, payment lebih cepat).

Lagi mudah proses, lagi tinggi peluang customer untuk complete pembelian.

= = =

4. Simpan Data Customer Untuk Retargeting

Mobile App membolehkan kita kumpul data customer dengan lebih teratur , dari segi behaviour, minat, dan history pembelian.

Data ni sangat penting untuk buat retargeting strategy yang lebih tepat.

Contohnya, kita boleh hantar promo khas kepada customer yang pernah beli produk tertentu. Ini buat marketing kita jadi lebih targeted dan efektif.

= = =

5. Tingkatkan Repeat Customer (Customer Setia)

Dengan adanya Mobile App, customer lebih senang untuk repeat order. Mereka tak perlu search website atau scroll media sosial semula, cukup buka app dan order.

Kita juga boleh tambah feature seperti loyalty program, point system atau reward untuk galakkan mereka beli lagi. Inilah cara untuk tukar customer biasa jadi customer setia.

= = =

6. Branding Nampak Lebih Premium & Trusted

Bisnes yang ada Mobile App sendiri akan nampak lebih professional dan dipercayai. Customer akan rasa brand kita lebih kukuh dan serius dalam bisnes.

Ini penting terutama kalau kita nak compete dengan brand besar. Mobile App bantu bina trust dan positioning yang lebih kuat di mata customer.

Kalau kita tengok trend sekarang, banyak brand besar dah lama gunakan Mobile App sebagai salah satu channel utama untuk jualan.

Tapi sebenarnya, peluang ni bukan untuk brand besar saja, bisnes kecil dan sederhana pun boleh guna strategi yang sama untuk grow dengan lebih cepat.

Realitinya, customer hari ni nak sesuatu yang mudah, cepat dan personalized. Kalau kita masih bergantung pada website sahaja, kita mungkin akan ketinggalan dari segi experience dan engagement.

Mobile App bagi kita kelebihan untuk berada lebih dekat dengan customer, literally dalam phone mereka setiap hari.

= = =

Kalau kita nak tingkatkan sales, bina customer setia dan kuatkan brand, kita perlukan lebih daripada sekadar website.

Dengan Mobile App dari RAXBIT, kita boleh bina platform sendiri untuk tarik customer, hantar promo, dan tingkatkan conversion, semua dalam satu sistem.

Persoalannya sekarang, kita nak terus tunggu customer datang ke website… atau kita sendiri pergi dekat customer melalui Mobile App?



Photos from Raxbit - Jom Buat Mobile App & Games's post 20/04/2026

Coach & Akademi: Macam Mana Mobile App Boleh Jadi Platform Income

Hari ni, ramai coach, trainer dan owner akademi dah mula sedar satu benda penting, ilmu bukan sekadar untuk share, tapi boleh jadi sumber income yang konsisten kalau kita susun dengan betul.

Masalahnya, masih ramai yang bergantung pada platform biasa macam WhatsApp, Telegram, FB Group atau Google Drive untuk uruskan pelajar dan content. Nampak simple, tapi sebenarnya sangat limit dan tak scalable untuk jangka panjang.

Kalau kita tengok trend sekarang, bisnes education dah mula beralih kepada sistem yang lebih tersusun, iaitu menggunakan Mobile App sendiri sebagai platform utama.

Dengan adanya Mobile App, semua content, pelajar, sistem pembayaran dan komunikasi boleh dikumpulkan dalam satu tempat. Ini bukan saja mudahkan pengurusan, tapi juga bantu naikkan value brand kita sebagai coach atau akademi.

= = =

1. Jadikan Content Sebagai Produk Digital (Recurring Income)

Salah satu kelebihan paling besar bila ada Mobile App adalah kita boleh jadikan content sebagai produk digital berbayar.

Video training, kelas rakaman atau modul pembelajaran boleh disusun dalam app dan dijual dalam bentuk subscription atau one-time payment.

Ini yang orang panggil sebagai recurring income. Kita tak perlu ajar benda yang sama berulang kali, cukup record sekali, dan sistem akan bantu jana income untuk kita secara konsisten.

= = =

2. Bina Membership Sistem Sendiri

Mobile App membolehkan kita buat membership system yang lebih tersusun.

Pelajar yang join boleh dapat akses kepada content eksklusif, update terbaru atau kelas tambahan.

Bila ada sistem membership ni, pelajar akan rasa lebih “exclusive” dan lebih engaged dengan platform kita.

Ini secara tak langsung bantu tingkatkan retention dan loyalty pengguna.

= = =

3. Progress Tracking Untuk Pelajar

Dalam bisnes education, pelajar nak nampak progress mereka.

Dengan Mobile App, kita boleh sediakan progress tracking seperti video mana dah ditonton, modul mana dah siap, dan tahap pembelajaran semasa.

Bila pelajar nampak perkembangan mereka sendiri, mereka akan lebih motivated untuk teruskan pembelajaran sampai habis.

= = =

4. Quiz, Test & Assessment Automatik

Mobile App juga boleh integrate dengan quiz, test dan assessment.

Ini sangat membantu coach untuk nilai tahap kefahaman pelajar tanpa perlu buat manual.

Semua data akan direkod dalam sistem, jadi kita boleh analyse prestasi pelajar dengan lebih mudah dan teratur.

= = =

5. Push Notification Untuk Engagement Tinggi

Dengan Mobile App, kita boleh guna push notification untuk hantar update terus ke phone pelajar.

Contohnya kelas baru, reminder belajar atau announcement penting.

Berbanding email atau WhatsApp, push notification lebih direct dan susah untuk diabaikan, jadi engagement pelajar akan lebih tinggi.

= = =

6. Nampak Lebih Professional & Premium

Bila ada Mobile App sendiri, bisnes kita akan nampak lebih professional dan trusted.

Pelajar akan rasa mereka join satu platform yang proper, bukan sekadar group biasa. Ini penting kalau kita nak scale bisnes dan tarik lebih ramai pelanggan yang serious.

Kalau kita tengok secara keseluruhan, Mobile App bukan sekadar tool tambahan, tapi satu sistem lengkap untuk bantu bisnes education grow dengan lebih tersusun.

Dari segi pengurusan, marketing, sampai ke penjanaan income, semua boleh dibuat dalam satu platform.

Realitinya, dunia education sekarang dah berubah. Ramai orang lebih prefer belajar secara fleksibel, ikut masa sendiri dan dari mana-mana sahaja.

Mobile App adalah platform yang paling sesuai untuk support gaya pembelajaran macam ni. Kalau kita masih guna cara lama, memang susah nak compete dengan mereka yang dah mula guna sistem yang lebih advanced.

= = =

Kalau kita serius nak jadikan ilmu sebagai sumber income jangka panjang, kita kena ada sistem yang betul.

Dengan Mobile App dari RAXBIT, kita boleh bina platform sendiri untuk jual content, urus pelajar dan jana income berulang, semua dalam satu tempat.

Persoalannya sekarang, kita nak terus ajar cara lama… atau nak mula bina sistem yang boleh buat duit untuk kita setiap bulan?



Photos from Raxbit - Jom Buat Mobile App & Games's post 13/04/2026

Hari ni RAXBIT diberi peluang sebagai penilai bagi FYP student IT di sini.

Moga projek adik-adik berkaitan Mobile App, Website & AR akan mendapat tempat pada kegunaan pasaran.


12/04/2026

“Susah ka sebenarnya nak buat mobile app?”

Ramai nampak macam senang… buka laptop, buat ja.
Tapi bila masuk dunia sebenar Mobile App development, baru rasa

Coding tak faham, tools banyak, proses panjang…
Tu yang buat ramai stop sebelum mula buat app.

Dalam video ni, Fit share kenapa ramai rasa susah nak buat app & apa sebenarnya jadi belakang tabir app development.

Tapi plot twist dia…
Sekarang dah ada cara lebih mudah guna konsep DIY app tanpa perlu pening coding

Kalau nak tahu macam mana nak develop app dengan cara lebih cepat & boleh publish ke Playstore & Appstore,
Tengok video ni sampai habis.

Nak mula tapi tak tahu step pertama?
Komen JOIN atau DM kami, kami guide sampai jadi.

08/04/2026

Game engine pun dah ada AI built-in?! 🤖🎮

Sekarang nak buat game dah tak macam dulu.
Bukan setakat design & coding… AI pun boleh bantu terus dalam engine.

Dalam video ni kami share 3 game engine yang dah integrate AI:
– Boleh generate objek
– Boleh bantu buat logic game
– Siap boleh train NPC jadi lebih bijak

Kalau tuan/cikpuan serius nak buat game, ini benda yang tuan/cikpuan kena tahu.

Cer drop komen, tuan/cikpuan ni team no-code atau full coding? 👇

Follow untuk lagi tips game dev

Photos from Raxbit - Jom Buat Mobile App & Games's post 02/04/2026

3 Peluang Jana Income Produk Digital/Konten Melalui Mobile App

Hari ini semakin ramai biz owner mula menjadikan konten sebagai salah satu sumber pendapatan.

Ilmu, pengalaman dan kepakaran yang kita ada sebenarnya boleh dijadikan produk digital yang bernilai.

Daripada hanya berkongsi konten secara percuma di media sosial, kita juga boleh susun dan tawarkan konten tersebut dalam bentuk yang lebih tersusun melalui mobile app sendiri.

Bila ada app sendiri, semua konten boleh dikumpulkan dalam satu platform yang lebih kemas dan mudah diakses oleh pengguna.

Mereka hanya perlu buka app untuk belajar, rujuk atau mendapatkan maklumat yang kita sediakan.

Dalam masa yang sama, biz owner juga boleh menjadikan konten tersebut sebagai produk yang memberi p**angan secara berterusan.

Berikut adalah tiga cara asas yang biasa digunakan oleh biz owner untuk menjana pendapatan melalui app jual konten.

1. Menjual Video Pembelajaran atau Kelas Online

Salah satu cara yang paling biasa digunakan ialah menjual video pembelajaran atau kelas online.

Jika kita mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, sama ada bisnes, pemasaran, kemahiran tertentu ataupun pendidikan, ilmu tersebut boleh dijadikan modul pembelajaran dalam bentuk video.

Melalui mobile app, semua video boleh disusun mengikut topik atau siri pembelajaran supaya pengguna lebih mudah mengikuti setiap langkah yang dikongsikan.

Pengguna hanya perlu log masuk ke dalam app untuk menonton video yang telah dibeli tanpa perlu mencari di pelbagai platform lain.

Pendekatan ini sangat sesuai untuk trainer, coach, cikgu atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi ilmu secara lebih teratur.

Selain memudahkan pengguna belajar, ia juga membantu menjadikan konten yang kita hasilkan lebih profesional dan bernilai.

2. Menjual Ebook, Modul atau Nota Digital

Selain video, ramai juga biz owner memilih untuk menjual konten dalam bentuk ebook, modul atau nota digital.

Konten seperti ini biasanya lebih mudah dihasilkan dan boleh dijual berkali-kali tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan seperti produk fizikal.

Sebagai contoh, cikgu boleh menyediakan nota pembelajaran, latihan atau modul ulang kaji untuk pelajar.

Bagi mereka yang terlibat dalam bidang bisnes p**a, ebook atau panduan praktikal boleh dijadikan bahan rujukan yang membantu pengguna memahami sesuatu topik dengan lebih jelas.

Dengan adanya mobile app, semua bahan ini boleh disusun dengan lebih teratur.

Pengguna yang membeli konten boleh terus membaca atau memuat turun bahan tersebut melalui app, tanpa perlu mencari fail di pelbagai tempat.

3. Menawarkan Membership Untuk Konten Eksklusif

Satu lagi cara yang semakin pop**ar ialah melalui model membership.

Dalam model ini, pengguna akan melanggan keahlian untuk mendapatkan akses kepada konten eksklusif yang hanya tersedia untuk ahli sahaja.

Contohnya, biz owner boleh berkongsi video pembelajaran baru setiap minggu, tips bisnes terkini atau perkongsian khas yang hanya boleh diakses oleh ahli.

Dengan cara ini, pengguna mempunyai sebab untuk terus kekal dalam platform kerana sentiasa ada konten baru yang boleh dipelajari.

Model membership juga membantu biz owner menjana pendapatan secara konsisten kerana pengguna membayar yuran langganan dalam tempoh tertentu.

Dalam masa yang sama, ia turut membantu membina komuniti pengguna yang lebih setia terhadap jenama atau platform yang kita bina.

Secara keseluruhannya, mobile app boleh menjadi platform yang sangat praktikal untuk menjual konten digital.

Sama ada melalui video pembelajaran, ebook ataupun membership eksklusif, semua konten boleh diurus dan disusun dengan lebih kemas dalam satu aplikasi.

Bagi biz owner, ini bukan sekadar cara untuk menjual konten, tetapi juga peluang untuk berkongsi ilmu, membina komuniti dan menjadikan kepakaran yang ada sebagai sumber pendapatan yang berterusan.

Jika kita ingin membina Mobile App sendiri untuk menjual konten seperti video kelas online, ebook atau membership eksklusif, platform seperti RAXBIT boleh membantu biz owner membangunkan aplikasi dengan lebih mudah tanpa perlu kemahiran teknikal yang kompleks.

Dengan mobile app sendiri, semua konten boleh diurus dalam satu platform yang lebih profesional untuk pengguna.



Photos from Raxbit - Jom Buat Mobile App & Games's post 02/04/2026

3 Kelebihan Syarikat/Agensi Pelancongan Melalui Mobile App

Bagi syarikat atau agensi pelancongan, mengurus tempahan dan perjalanan pelanggan bukan perkara kecil. Setiap trip melibatkan banyak maklumat seperti jadual perjalanan, butiran tempahan, pelanggan, serta komunikasi yang perlu diselaraskan dengan baik.

Tanpa sistem yang teratur, maklumat mudah berselerak dan sukar untuk diurus dengan efisien. Dengan adanya Mobile App travel untuk bisnes, syarikat boleh mengurus semua perkara berkaitan perjalanan pelanggan dalam satu platform digital yang lebih profesional.

Berikut antara kelebihan utama aplikasi travel untuk membantu operasi syarikat menjadi lebih lancar.

1) Pengurusan Tempahan Lebih Mudah

Mengurus tempahan secara manual atau melalui pelbagai platform boleh menyebabkan maklumat bercampur dan sukar dijejaki.

Dengan aplikasi travel untuk syarikat, semua butiran tempahan seperti jadual perjalanan, pakej percutian dan maklumat pelanggan boleh disusun dalam satu sistem.

Contoh, travel agent boleh lihat semua tempahan untuk trip ke Langkawi minggu depan, siapa ikut, jenis pakej, tarikh flight, dan hotel. Semuanya dalam satu dashboard. Ini pastikan tiada tempahan tertinggal atau tarikh bertindih.

Ini memudahkan syarikat menjejak setiap trip dengan lebih jelas dan memastikan tiada maklumat penting yang terlepas.

2) Maklumat Trip Lebih Tersusun

Setiap perubahan jadual atau maklumat penting perlu disampaikan dengan cepat kepada pelanggan.

Melalui aplikasi travel digital, syarikat boleh menghantar makluman, update trip atau info penting secara terus kepada pelanggan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada mesej manual.

Contoh, flight pelanggan ditunda 2 jam, aplikasi automatik push notifikasi kepada semua peserta trip, jadi mereka tahu bila perlu sampai di airport tanpa staf perlu call satu-satu.

Ini menjadikan komunikasi lebih teratur dan profesional.

3) Pengalaman Pelanggan Lebih Baik

Aplikasi travel bukan sahaja memudahkan pengurusan, malah meningkatkan pengalaman pelanggan.

Pelanggan boleh melihat jadual perjalanan, maklumat trip dan kemas kini penting terus daripada aplikasi.

Contoh, pelanggan boleh semak itinerary trip ke Cameron Highlands, termasuk aktiviti, lokasi makan dan hotel, terus dari app tanpa perlu simpan email atau print jadual. Ini buat mereka rasa lebih teratur dan selesa sepanjang perjalanan.

Ini membantu syarikat kelihatan lebih profesional, moden dan dipercayai dalam mengurus perjalanan pelanggan.

Dengan penggunaan aplikasi travel untuk bisnes, syarikat bukan sahaja dapat mengurus operasi dengan lebih cekap, malah dapat memberikan pengalaman perjalanan yang lebih teratur dan berkualiti kepada pelanggan.

Jika syarikat atau travel agent ingin menyediakan Mobile App sendiri untuk urus tempahan trip, komunikasi pelanggan dan maklumat perjalanan dalam satu platform, kami boleh bantu bangunkan aplikasi yang sesuai dengan keperluan bisnes anda.



02/04/2026

Nak buat game tapi tak reti coding?

Dengan GDevelop 5, kita boleh bina game sendiri guna sistem drag & drop, tanpa perlu tulis satu line code pun!

Dalam video ni kami share:
🔹 Cara GDevelop mudahkan proses buat game
🔹 Boleh export ke Android, iOS, Web & PC
🔹 Dan kenapa dia antara game engine terbaik untuk beginner

Sesuai untuk pelajar, beginner, atau sesiapa yang nak mula belajar game development

Kalau tuan/cikpuan minat nak belajar buat game step-by-step,
follow kami, kita belajar sama-sama

30/03/2026

Ramai owner app ingat bila dah blast noti, semua user mesti dapat.
Tapi dalam realiti mobile app development, ada beberapa faktor yang boleh buat notification tak muncul langsung.

Kadang bukan masalah app development pun,
boleh jadi setting phone, sistem device, atau timing server.

Dalam video ni Fit explain 3 sebab paling common kenapa benda ni jadi, yang selalu developer jumpa masa develop app.

Kalau hampa tengah buat app atau guna app builder / DIY app, benda ni memang penting untuk faham sebelum launch dekat Playstore & Appstore

Nak tahu kenapa notification boleh tak sampai walaupun dah blast?
Tengok video ni sampai habis.

Kalau nak buat app yang dah siap sistem push notification sekali, DM kami.

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


170A, Tingkat 1, Perindustrian Kristal Fasa II
Alor Setar
05150