02/09/2026
9 hari lagi sebelum tirai Festival Budaya Malaysia rasmi dibuka โผ๏ธ
Semua dah ready ke tu?
๐ Tarikh: 11 - 16 September 2026
โฐ Masa: 9.00 pagi - 12.00 malam
๐ Tempat: Padang Serbaguna, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur
JUMPA KAMI DI RERUAI LAMAN PESTA PERMAINAN TRADISIONAL ๐๐๐
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Festival Budaya Malaysia Politeknik.kolejkomuniti
31/08/2026
๐๐ข๐จ๐ก๐ง๐๐ข๐ช๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐จ๐๐! ๐ญ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐!
Jom bersedia untuk kemeriahan Festival Budaya Malaysia 2026 โผ๏ธ
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keseronokan di LAMAN PESTA PERMAINAN TRADISIONAL DI RERUAI POLYCC!
Pelbagai permainan tradisional, aktiviti interaktif dan pengalaman penuh nostalgia menanti anda!
๐
11 โ 16 September 2026
๐ Padang Serbaguna Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
10 hari lagiโฆ dah ready untuk bermain? ๐
Politeknik.kolejkomuniti
Festival Budaya Malaysia
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
30/08/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฏ๐ญ ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฒ๐พ
Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air dengan penuh bangga.
Ayuh kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, memperkukuh perpaduan dan terus melangkah maju membina Malaysia yang lebih gemilang.
Malaysia MADANI โ Kesejahteraan Dinikmati
28/08/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ข๐๐ข๐ก๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ข๐ ๐ & ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ง๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ก ๐๐ข๐๐๐ ๐๐ข๐ ๐จ๐ก๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐ ๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฌ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐จ๐๐!
Nak sambung pengajian dalam bidang TVET? Inilah peluang untuk anda melangkah lebih jauh dan membina masa depan bersama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC)!
โจ Permohonan terbuka kepada:
๐น Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
๐น Lulusan Sijil Politeknik
๐น Lulusan Sijil Kolej Komuniti
๐น Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Tahap 2 & 3
๐น Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
๐น Lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi
PERDA
๐น Lulusan Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM)
๐น Lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia
๐น Lepasan Program Vokasional Menengah
Atas (PVMA), KPM
๐
Tarikh Permohonan: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ Mulai jam 5.00 petang
๐ Mohon secara dalam talian melalui:
๐ https://ambilan.mypolycc.edu.my
๐ Jangan tunggu lagi !
Kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang sedang mencari peluang untuk menyambung pengajian.
Pilih laluan TVET.
Pilih POLYCC.
Bina masa depan anda!
28/08/2026
๐ฉ๐๐ฅ๐ง๐จ๐๐ ๐๐ก๐ก๐ข๐ฉ๐๐ง๐๐ข๐ก & ๐๐ก๐ง๐ฅ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐๐๐ฃ ๐๐ข๐ข๐ง๐๐๐ ๐ฃ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
โFrom idea to impact: Innovate, Build & Pitch"
BANTING, 27 Ogos 2026 โ Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang (KKKLCS) telah menganjurkan program Virtual Innovation & Entrepreneurship Bootcamp 2026 sempena program Business & Innovation Pitching Competition ( BIPC) 2026. Program ini dilaksanakan secara dalam talian sebagai platform perkongsian ilmu dalam bidang inovasi dan keusahawanan.
Program yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang ini mendapat penyertaan seramai 180 orang peserta, terdiri daripada para pelajar KKKL, KKKLCS serta pelajar daripada institusi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang lain.
Bootcamp ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai proses membangunkan idea inovasi dan perniagaan secara sistematik, pegenal pasti masalah dan peluang perniagaan, membangunkan business model, seterusnya memahami aspek smart innovation, commercialization serta teknik menghasilkan high-impact presentation menggunakan AI Tools.
Program turut mengetengahkan perspektif antarabangsa menerusi slot International Knowledge Sharing: Innovation & Entrepreneurship Across Borders, sekali gus memberi peluang kepada peserta melihat perkembangan inovasi dan keusahawanan dari sudut yang lebih luas.
Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Sharifah Jamilah Binti Syed Salim, Jurulatih HRDC & ICF serta Dr. Sri Retnaning Sampurnaningsih, MSc, Pensyarah Universitas Pamulang, Tangerang Selatan, Banten, Indonesia.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan keyakinan para peserta dalam menterjemahkan idea kepada inovasi yang mempunyai nilai komersial selaras dengan aspirasi melahirkan generasi TVET yang kreatif, inovatif serta berdaya saing.
28/08/2026
๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐ ๐๐ฆ๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ @ ๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ก๐๐๐ก, ๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ฌ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ
KUALA LANGAT , 27 Ogos 2026 - Kolej Komuniti Kuala Langat berbesar hati menjadi lokasi pelaksanaan Kursus Mesra Malaysia anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Selangor.
Kursus ini melibatkan 53 pelajar Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL) dan 2 peserta daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Para peserta didedahkan kepada aspek hospitaliti, komunikasi, khidmat pelanggan dan budaya layanan mesra yang menjadi elemen penting dalam industri pelancongan.
Inisiatif ini turut menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama antara MOTAC, MPKL dan KKKL, di samping memberikan nilai tambah kepada pelajar SPL melalui pendedahan kepada amalan profesional industri.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nasarudin bin Mustapha, Timbalan Pengarah (Pengurusan) KKKL, manakala kursus disampaikan oleh Encik Mohd Alfey bin Abdul Rahim, Penceramah Bertauliah Mesra Malaysia.
Turut mencuri perhatian ialah kehadiran Saudari Nur Alia binti Che Zamani, alumni SPL KKKL yang kini berkhidmat melalui MySTEP di MOTAC satu contoh inspirasi bahawa laluan TVET mampu membuka peluang kerjaya dalam sektor awam dan industri pelancongan.
Turut hadir bersama , Puan Yusrinah Binti Hidrus (Ahli Majlis MPP Zon 16, Majlis Perbandaran Kuala Langat), Encik Mohamad Shahril bin Mohd Ali (Ketua Unit Pembangunan Industri, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Selangor), Puan Romaiza binti Abu Hasib (Pegawai Pelancongan, Unit Pembangunan Industri, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Puan Noranira Binti Maamin (Ketua Program Sijil Pengembaraan Pelancongan, Kolej Komuniti Kuala Langat)
Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta terbaik yang disempurnakan oleh Encik Mohamad Shahril bin Mohd Ali, Ketua Unit Pembangunan Industri, MOTAC Negeri Selangor.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta pihak yang terlibat! Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk melahirkan tenaga kerja pelancongan yang profesional, berkeyakinan dan mengutamakan pengalaman terbaik buat setiap pelancong.
KKKL terus komited memperkukuh kolaborasi strategik dalam melahirkan bakat TVET yang berkualiti untuk industri pelancongan negara.
28/08/2026
๐ฆ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ฅ!
๐๐ป๐ถ ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฟ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ถ๐ป๐ฎ๐ปโฆ
๐๐ก๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ง๐!
Sempena Festival Budaya Malaysia 2026, Reruai Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) menjemput semua untuk menyertai Pertandingan Permainan Tradisional di Laman Pesta Permainan Tradisional POLYCC.
Antara permainan yang dipertandingkan:
๐ฏ Lompat Getah
๐ฏ Congkak
๐ฏ Boling Kelapa
๐ฏ Dam Ular
๐ฏ Chapteh
๐ฏ Tapak Gajah
๐ฏ Batu Seremban
๐ฏ Dam Aji
Kategori 1
โ
Sekolah Rendah
โ
Sekolah Menengah
Kategori 2
โ
Agensi Kerajaan
โ
Agensi Swasta
โ
IPTA/ IPTS
โ
Orang Awam
๐
12 โ 16 September 2026
๐ Padang Serbaguna, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
๐ Ayuh sertai dan rasai kemeriahan permainan tradisional sambil mengenali, menghargai dan memelihara khazanah warisan budaya Malaysia.
๐ฒ Imbas QR atau Klik link untuk pendaftaran!
Kategori 1 : https://l1nk.dev/qkp69yd
Kategori 2 : https://l1nk.dev/lur2zed
Jom bermain, jom berbudaya, jom lestarikan warisan Malaysia! ๐ฒ๐พ
Politeknik.kolejkomuniti
Festival Budaya Malaysia
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia