04/09/2026
4 September 2026 | Banting, Selangor.
Kursus Teknologi Pembuatan Perabot telah dilaksanakan pada 1 - 4 September 2026 bertempat di WISDEC 2 Banting, Selangor. Kursus ini telah disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Sepanjang empat hari kursus, peserta telah mendalami pelbagai ilmu teknikal yang praktikal dan komprehensif, antaranya:
✅ Keselamatan & Teknikal Bengkel: Memantapkan standard keselamatan penggunaan mesin di bengkel kerja kayu.
✅ Kepakaran Pembuatan: Menguasai teori pembuatan perabot, interpretasi lukisan produk, serta teknik pemilihan dan penyediaan bahan yang tepat.
✅ Aplikasi Praktikal: Latihan intensif penggunaan mesin, alatan tangan, serta teknik pembuatan dan pemasangan perabot secara profesional. Peserta telah berjaya menghasilkan produk latihan amali iaitu Meja Konsol Kayu dengan Ruang Penyimpanan.
Pihak WISDEC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tenaga pengajar jemputan Encik Mohd Hafizal Marwan atas perkongsian ilmu, kepakaran, dan bimbingan yang sangat berharga sepanjang kursus berlangsung.
Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Puan Nurul Atiqah Shaharuddin, Penolong Pengarah Kanan WISDEC. Turut hadir menyerikan majlis ialah Ts. Dr. Fazidah binti Naziri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Akademik IPGM, Encik Azli bin Harun, Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Latihan IPGM, serta Encik Mohd Ikhwan Haikal bin Ismail, Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Latihan IPGM.
WISDEC amat menghargai komitmen semua pihak dan merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Selamat maju jaya, syabas, dan tahniah diucapkan kepada semua peserta!👏🏻
Malaysian Timber Industry Board