Hafizan Enterprise

Call Directions Website

Hafizan Enterprise Pm tepi kalau nak order 01119598562
Kalau nak walkin lagi best sebenarnya taip je gudang bos ijan okey
(1)

03/10/2026

Kalau duduk baru kenapa ia selalu sold saja

03/10/2026

Orang nampak barang sold, orang nampak lori keluar masuk… tapi tak semua nampak penat di sebaliknya.

Ada hari panas, ada hari hujan, ada perjalanan yang jauh sampai badan terasa letih. Tapi bila teringat customer sedang menunggu, Bos Ijan tetap jalan.

Sebab setiap barang yang dibawa bukan sekadar perabot. Itu amanah dan kepercayaan orang kepada kami.

Selagi diberi kesihatan dan rezeki, insya-Allah Bos Ijan akan terus buat yang terbaik untuk setiap customer.

Terima kasih kepada semua acik yang masih percaya dan terus menyokong Gudang Bos Ijan.

Kalau pernah Bos Ijan hantar barang sampai rumah acik, tinggalkan satu kenangan di ruangan komen.

30/09/2026

Barang baru sampai dekat Gudang Boss Ijan

Satu-satu Angel buka packing, memang tak sabar nak tengok hasil depan mata. Kadang dalam kotak nampak biasa je, tapi bila dah buka, susun dan nampak keseluruhan set… terus lain macam seri dia.

Inilah part paling seronok bila stok baru sampai gudang. Penat buka kotak pun hilang bila tengok barang cantik macam ni.

Acik-acik kalau nampak depan mata, rasa nak angkut balik yang mana satu dulu?

29/09/2026

WAJAH BARU HQ GUDANG BOSS IJAN

Dari sebuah gudang yang serba sederhana, sedikit demi sedikit kami cuba ubah menjadi lebih baik.

Bukan sehari dua perjalanan ni. Bertahun-tahun kami berniaga, jatuh bangun, belajar daripada kesilapan dan cuba bertahan walaupun bukan semua hari berjalan seperti yang dirancang.

Hari ini, bila tengok HQ Gudang Boss Ijan dengan wajah baru, rasa macam tak percaya sejauh mana perjalanan yang dah kami lalui.

Kami renovate bukan semata-mata nak nampak cantik atau mewah. Kami nak acik-acik yang datang rasa lebih selesa, lebih seronok tengok perabot dan rasa macam datang ke rumah sendiri.

Setiap perubahan yang acik nampak hari ini datang daripada sokongan customer yang tak pernah putus. Ada yang baru pertama kali datang, ada yang repeat bertahun-tahun, dan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak cari perabot jati dengan kami.

Terima kasih kepada semua yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan Gudang Boss Ijan.

Wajah boleh berubah, showroom boleh berubah, tapi satu benda kami tak nak berubah — cara kami menghargai setiap customer yang datang.

InsyaAllah ini baru permulaan.

Acik yang pernah datang HQ dulu, kalau datang sekarang masih kenal lagi tak tempat ni?

02/09/2026

Ilmu pasal kayu jati dari Boss Ijan

28/08/2026

Bukan semua meja makan dicipta sekadar untuk tempat kita makan

Ada yang bila masuk sahaja ke ruang rumah, terus jadi benda pertama yang orang pandang

Set Meja Makan Europe ini memang dibuat untuk mereka yang s**akan gaya mewah, klasik dan penuh karakter

Daripada kerawang yang nampak gah, sentuhan warna gold sampailah keseluruhan rekaannya, memang ada aura tersendiri yang susah nak dapat pada meja makan biasa

Harga 18 ribu lebih mungkin bukan untuk semua orang, tapi untuk mereka yang memang mencari sesuatu yang lain daripada yang lain, set macam ni bukan sekadar meja makan

Ia boleh jadi centerpiece rumah yang kita tengok dan gunakan bersama keluarga bertahun-tahun

Kadang-kadang bukan soal murah atau mahal

Tapi soal apa yang kita rasa setiap kali balik rumah dan tengok sesuatu yang memang kita pilih sebab kita betul-betul s**a

Kalau set Europe Gold ni berada dekat rumah korang, korang rasa lagi cantik letak dekat ruang makan moden atau rumah konsep klasik mewah?

23/08/2026

Korang rasa berapa jam perjalanan acik pahang ke sini

22/08/2026

Acik ni dari Kelantan, tapi sofa bernilai empat puluh empat ribu ni acik beli secara online sahaja.

Tak pernah datang gudang, tak pernah tengok depan mata. Semuanya hanya melalui video dan kepercayaan yang acik beri kepada Boss Ijan dan team.

Bila nilainya bukan sedikit, kami tahu bukan mudah nak buat keputusan hanya melalui telefon. Sebab tu bila acik cakap yakin dan terus buat pilihan, Angel sendiri rasa sebak. Besar betul kepercayaan yang acik letakkan pada kami.

Jauh di Kelantan, tapi kepercayaan itu sampai ke sini.

Terima kasih acik kerana percaya. InsyaAllah dari gudang sampai ke rumah, amanah ini kami jaga sebaik mungkin.

Kalau korang, sanggup tak beli sofa bernilai puluhan ribu hanya melalui online?

22/08/2026

Geng rasa apa reaksi acik bila terima bouquet dari kami

19/08/2026

Hari ni kami datang bukan sekadar nak hantar barang customer

Dalam diam kami dah siapkan satu surprise untuk acik tanpa dia tahu apa apa

Sepanjang perjalanan terfikir juga macam mana reaksi acik nanti sebab kadang benda yang nampak kecil bagi kita mungkin cukup besar untuk buat seseorang rasa dihargai

Bila sampai depan rumah dan tengok wajah acik masa terima surprise tu terus rasa sebak

Kita tak pernah tahu apa yang seseorang sedang lalui dalam hidup dia sebab tu selagi masih ada peluang buatlah orang lain tersenyum walaupun hanya sekejap

Barang boleh dibeli tapi perasaan bila seseorang ingat dan menghargai kita tu susah nak dibayar dengan duit

Kalau korang jadi acik dan tiba tiba dapat surprise macam ni depan rumah korang boleh tahan air mata tak?

Address

Perabot Baru Dan Terpakai Murah
Batu Pahat
83500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hafizan Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category