M14 Wood Design

M14 Wood Design

Share

Custom art solid wood. Modern contemporary. Create most aesthetic product furniture.

Photos from M14 Wood Design's post 13/05/2026

Okay siap office pantry. Ukuran panjang 6 kaki saja. Tak perlu besar pun tak mengapa. Jadi ada la ruang sedikit untuk letak apa-apa saja dekat atas kabinet dan dalam ruang kabinet.

Tinggal takda bahagian dapur ja. Kalau ada, mahu hari-hari staf masak dekat office. Gurau saja 🤭.



Photos from M14 Wood Design's post 06/05/2026

Siap satu lagi display rack. Bolehlah letak segala jenis manisan, roti, dan sebagainya. Pelanggan pun mudah lihat apa yang kedai ataupun kafe sediakan.

Mudah kata pandangan secara visual di depan mata. Jadi sesuai jika kedai ataupun kafe ada satu display rack.
Client : Ban Heley Cafe📍

Photos from M14 Wood Design's post 02/05/2026

Hai orang Melaka. Jangan risau kalau dapur anda ruangnya kecil. Walaupun ruang saiz dapur kecil, tidak menjadi masalah atau halangan untuk memaksimumkan penggunaan ruang.

Sudah pasti perlu ada konsultasi dari mula sampai la akhir. Susun atur sangat penting bagi memastikan masih ada keselesaan di ruang dapur yang kecil.
Kecil-kecil cili api la orang kata 😎.

Photos from M14 Wood Design's post 14/02/2026

Apabila dalam F&B, perlu ada ruang khas untuk letak sesuatu yang ready made supaya senang untuk pelanggan yang datang dekat coffee shop dapat lihat apa yang kita jual dan sebagainya.

Solusinya, Rak display. Dari kayu nyatoh dan kayu pine. Kemasan black walnut ditutup dengan cermin transparent.

Photos from M14 Wood Design's post 23/10/2025

Okay siap. Untuk kegunaan di camp site. Boleh lipat dan terus masuk dalam beg. Ikut kesusaian saiz dan ukuran. Kebiasaanya banyak barang hendak dibawa ke camp site.

Jadi perlu ada satu perkakas khas untuk meletak barang-barang yang dibawa. Jadi selesai satu masalah dan sudah tentu mudah untuk dikendalikan.



Photos from M14 Wood Design's post 15/10/2025

Siap satu. Coffee cart dan juga signage. Masih sama dari segi ukuran dan juga material. Penggunaan corak kayu permintaan dari client. Sedia untuk digunakan.



Photos from M14 Wood Design's post 03/08/2025

Kombinasi 2 warna sudah memadai. Jika lebih pun okay juga mengikut permintaan. Coffee cart memudahkan untuk setup booth coffee di mana-mana saja tempat. Client D’rinch.

Bahagian atas daripada rubber board (kayu getah) kemasan original. Bahagian bawah p**a daripada white matt plywood kemasaan HPL milky white matt.



Photos from M14 Wood Design's post 21/07/2025

Siap untuk industrial display cabinet.Struktur rangka dari besi dan untuk bahagian rak dari rubber board. Kemasan hitam untuk bahagian rangka dan kemasan natural pada bahagian rak. Tambahan bahagian depan dari zink transparent.

Berminat boleh tekan link di bio.

Photos from M14 Wood Design's post 21/06/2025

Selesai pemasangan. Untuk kali ni client request untuk wardrobe. Material dari blockboard dan kemasan laminated HPL. 6 unit laci. Semua item bukan tutup laci dan pintu adalah soft close.

Berminat bole tekan link di bio.



Photos from M14 Wood Design's post 05/04/2025

Assalammualaikum semua. Macam dah lama sangat tak bersiaran. Dikesempatan ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 💫🌟.

Untuk unit kalini tuan rumah pinta untuk buatkan
Barndoor ✅
Partition✅
Swing Door✅
Kitchen Cabinet✅

Untuk kitchen cabinet temanya konsep industri. Kombinasi expanded metal, rubber board, hollow section. Untuk kemasan p**a ada dua jenis. Untuk rubberboard black glossy dan untuk bahagian besi p**a matte black. Tambahan untuk bahagian besi semburan anti karat sebelum matte black.

Bahagian swing door p**a. Kombinasi hollow section dan plywood. Untuk hinges pintu menggunakan hydraulic hinges. Masa tutup pintu nanti ada soft close.

Partition p**a dari kayu meranti. Untuk dapatkan lebar seperti dalam gambar, perlu cantum lagi satu batang kayu lagi. Jadi lebar kayu sesuai dengan selisih antara dinding kiri dan kanan.

Untuk barn door p**a. Kelebaran 4 kaki. Penggunan kayu pine juga dan untuk bahagian cermin p**a dipanggil flora glass. Kebiasaannya flora glass ni jarang orang guna. Jadi kalini tuan rumah berminat untuk gunakannya.

Apa-apa pun terima kasih pada tuan rumah bagi rumah dan masa untuk kami siapkan kesemuanya sebelum raya tempoh hari.



Want your business to be the top-listed Furniture Store in Bemban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Bemban

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00