03/05/2024
Dengan hormatnya, dijemput semua untuk menghadiri majlis jamuan Aidilfitri kami. Sila bersama-sama dengan keluarga dan teman-teman untuk berkongsi kegembiraan di hari yang berbahagia ini.
Tarikh: 4 Mei 2024 (Sabtu
Masa: 11.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Padang RPT Jelapang Baru, Manjoi
Kami berharap anda dapat menyertai kami dalam suasana penuh keceriaan dan kebahagiaan.
Terima kasih dan selamat Hari Raya Aidilfitri!
YB Arafat - ADUN Hulu Kinta
22/09/2022
Tahukah anda bahawa Menteri selepas Dr Maszlee Malik tidak meneruskan usaha ini?
BERMULA 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA
Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.
Sehubungan itu, bermula tahun 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.
YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
16/09/2022
Angkatan Muda HARAPAN lengkapkan jelajah, dengar keluh kesah akar umbi
Angkatan Muda HARAPAN akan melengkapkan siri jelajah 2022 ke seluruh negara untuk mendengar sendiri keluh kesah anak muda di peringkat akar umbi. Hal itu dipersetujui bersama oleh pimpinan Angkatan Muda HARAPAN dalam mesyuarat pengukuhan gerak kerja pilihan raya pada 13 September lalu. "Angkatan Mud...