JKKK Kg.Cempaka Sari

JKKK Kg.Cempaka Sari

Share

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK )

19/11/2015

Assalamualaikum semua Ahli JKKK Cempaka Sari di jemput ke Mesyuarat Jawatankuasa tarikh & masa seperti di bawah:-

Trkh : 20/11/2015 Jumaat
Masa : Jam 3.00 ptg
Tmpt : Dewan KOMUNITI
Cempaka Sari

Semua JKKK di kehendaki hadir sebelum pkl 3.00 ptg
- Shamsuri Ahmad
Setiuasaha JKKK
Cempaka Sari

20/10/2015

AWALI PAGI DENGAN DOA

Oleh: Dr Abd Basit Abd Rahman

Setiap pagi, Nabi sallallahu alaihi wasallam selalu membaca doa ini:

اَللَّهُمَّ إنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, dan amalan yang maqbul (diterima)”

(HR. Ahmad (6/322)

Catatan:

Terdapat hubungan yang kuat antara makna yang terkandung dalam doa di atas dan waktu untuk membacanya.

Ummu Salamah meriwayatkan bahawa doa tersebut dibaca oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam setelah mengucapkan salam pada solat subuh, di mana pada waktu tersebut setiap orang memulai aktiviti hariannya.

Tiga perkara yang dipinta dalam doa di atas seolah menggambarkan sasaran utama yang harus dicapai seorang muslim dalam kehidupan sehariannya.

Seolah-olah dengan membaca doa di atas dia telah menentukan sasaran yang harus dicapai olehnya pada hari itu, sehingga dirinya terdorong untuk merealisasikan semua itu dibawah taufiq dan bimbingan Allah.

Berbeza dengan orang yang tidak memulai paginya dengan doa diatas. Langkahnya tidak menentu, hidupnya seolah-olah tidak memiliki arah tujuan yang pasti.

Wallahu a’lam

Selamat menjalankan aktiviti harian anda.

Photos from JKKK Kg.Cempaka Sari's post 18/10/2015

Mesyuarat KOSPEN bersama JKKK Tebing Tinggi, JKKK Cempaka Sari, JKKK Kuala Pari, JKKK Pasir Puteh & JKKK Sri Kinta di DOR Tebing Tinggi 18/10/2015 Ahad.

17/10/2015

SUCI DLM DEBU - IKLIM

Engkau bagai air yang jernih
🔹Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

Di dalam bekas yang berdebu
🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

Zahirnya kotoran itu terlihat
🔹Sifat manusia s**a melihat keburukan orang lain

kesucian terlindung jua
🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

Cinta bukan hanya di mata
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

Cinta hadir di dalam jiwa
🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

Biarlah salah di mata mereka
🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

Biar perbezaan terlihat, antara kita
🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

Kuharap engkau kan terima
🔹Bermunajat agar di terima Ilahi

Walau di pandang hina
🔹Sebagai hamba yang hina

Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
🔹Di alam akhirat

Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

Debu jadi permata, hina jadi mulia
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

Bukan khayalan, yang aku berikan
🔹Kitab Al Quran

Tapi keyakinan yang nyata
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya..😔😊

12/10/2015

"SALAM MAAL HIJRAH"

Assalamualaikum

Pesanan utk semua .....

Hari ni kita berada di penghujung tahun Hijrah. Esok adalah hari terakhir utk tahun ini.

Jgn lupa... Slps Asar esok baca Doa Akhir tahun dan perbanyakkan baca Istighfar sehingga masuk maghrib.

Slps solat maghrib baca doa Awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak.

InsyaAllah kita akhir kan tahun ini dgn Istighfar dan mulakan tahun baru dgn Selawat.

Selamat Maal Hijrah, insya Allah semoga Allah terima semua amalan kita pada tahun ini & semoga tahun baru kita sama2 bhijrah unt membentuk keperibadian yg lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat yg semata2 hanya kerana Allah swt, menjaga kedua ibu bapa dgn yg termampu kita laksanakan, membina/mengukuh & menjaga silaturahim antara ahli keluarga dgn lebih baik & semoga kita diberikan taufik, hidayah & sentiasa dlm rahmat oleh Allah swt..aamiin

Photos from JKKK Kg.Cempaka Sari's post 11/10/2015

"HARI SUKAN NEGARA"

Mobile uploads 09/10/2015

"HARI SUKAN NEGARA"

08/10/2015

"HARI SUKAN NEGARA"

JKKK Kg.Cempaka Sari akan mengadakan program "Hari Sukan Negara"

Tarikh : 10/10/2015 Sabtu
Masa : Jam 7.00 pagi
Tmpt : Dewan KOMUNITI Kg. Cempaka Sari.

Acara : > Senam Robik
> Berjalan 10,000 Langkah
> Bowling Padang
> Ceramah Kesihatan (KOSPEN)

Semua Penduduk Kampung di jemput hadir bersama-sama bg menjayakan program tersebut.

Shamsuri Ahmad
Setiausaha JKKK

08/10/2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sahabat2 yg di rahmati Allah ingin saya mengingati diri saya dan sahabat2 semua jgn lupa di petang 29 Zulhijjah 1436 adalah akhir tahun pd semua umat Islam. Oleh itu sama2 lah kita membaca yassin dan berdoa serta bacaan yassin Awal Tahun. Memandangkan pd 14/10/2015 dah masuk tahun baharu Hijrah, elok kita membaca yassin dn berdoa Serta Solat Hajat mlm nye bg menzahirkan rasa syukur kita ke hadrat Allah SWT dan juga memohon mendapat kerahmatan dan perlindungan Allah SWT kpd seluruh Pemimpin serta Ahli Umno secara khusus dan Negara secara amnya.

Sekian, terima kasih..
dr. Pemimpin Kerdil

20/08/2015

INFO KESIHATAN

Ramai di kalangan kita tak tahu cara sebenar utk minum madu yg dikatakan sebagai syifa'. Di sini adalah tips cara minum madu,

1⃣ Kalau nak sejukkan badan, letak madu dulu dlm cawan baru dituangkan air
2⃣ Kalau nak panaskan badan, letak air baru disusuli dgn madu
3⃣ Kalau nak badan seram sejuk boleh try bermadu.. confirm seram sejuk..😁😁😁😁

14/07/2015

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN"

Kami JKKK Cempaka Sari menyusun jari sepuloh memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dn silap selama hari ini mentadbir kampung ini. Kami berharap semua penduduk kampung dpt memaafkan kami.

Dr kami jawatankuasa JKKK Kg.Cempaka Sari.Ipoh.

06/07/2015

Majlis IFTAR
(Moreh Umno Bhg.Ipoh Timor).

Di Jemput Semua Ajk Cawangan Cempaka Sari 4 Peringkat & JKKK Cempaka Sari ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Umno Bhg.Ipoh Timor di Surau Al-Tolabiah Kg.Cempaka Sari pada hari Isnin 6/7/2015.
Semua dijemput hadir.

- Shamsuri Ahmad
Setiausaha Caw & JKKK

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Pejabat JKKK Kampung Cempaka Sari
Ipoh