Akademi Binaan Malaysia ( Wilayah Selatan )

Akademi Binaan Malaysia ( Wilayah Selatan )

Share

Peluang Latihan & Kerjaya Dalam Industri Pembinaan, Petroleum & Gas Negara

Photos from Akademi Binaan Malaysia ( Wilayah Selatan )'s post 19/06/2026

๐Ÿ“ข JAWATAN KOSONG | PENGAJAR / PENOLONG PENGAJAR

Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan) mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi untuk menyertai organisasi kami.

๐Ÿ”น Jawatan: Pengajar / Pen Pengajar
๐Ÿ”น Status: Kontrak
๐Ÿ”น Lokasi: Johor Bahru, Johor

๐Ÿ“… Tarikh Tutup Permohonan: 15 Julai 2026

๐Ÿ“ง Hantar resume dan dokumen berkaitan ke: [email protected]

Sertai kami dalam membangunkan tenaga kerja mahir dan memperkasakan industri pembinaan negara.

13/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Sr Ahmad Farrin bin Mokhtar atas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuat kuasa pada 8 Jun 2026. Semoga terus cemerlang dalam menerajui organisasi ke arah kecemerlangan, inovasi dan pembangunan industri pembinaan negara yang mampan.

Ikhlas daripada
Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja
Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan)

12/06/2026

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Sr Ahmad Farrin bin Mokhtar atas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuat kuasa 8 Jun 2026.

Semoga pengalaman luas serta kepimpinan yang dimiliki menjadi pemangkin dalam memacu pemodenan industri pembinaan, meningkatkan standard keselamatan, seterusnya membawa CIDB terus melakar kecemerlangan dalam sektor pembinaan negara.

Selamat maju jaya dan selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Warga Kementerian Kerja Raya.




Photos from RELA Negeri Johor - Laman Rasmi's post 07/06/2026
05/06/2026

๐Ÿ“ข JAWATAN KOSONG | PEMBANTU PENTADBIRAN

Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan) mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi untuk menyertai organisasi kami.

๐Ÿ”น Jawatan: Pembantu Pentadbiran
๐Ÿ”น Status: Kontrak
๐Ÿ”น Kekosongan: 2 Jawatan
๐Ÿ”น Lokasi: Johor Bahru, Johor

๐Ÿ“… Tarikh Tutup Permohonan: 20 Jun 2026 (12.00 tengah hari)

๐Ÿ“ง Hantar resume dan dokumen berkaitan ke: [email protected]

Sertai kami dalam membangunkan tenaga kerja mahir dan memperkasakan industri pembinaan negara.

05/06/2026

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan yang memberi fokus kepada pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan pelajar, tenaga pengajar serta penyelidikan dan inovasi.

Sebagai Pusat Latihan dan Penilaian CIDB Malaysia yang matlamat penubuhannya untuk memenuhi keperluan bagi pembangunan dan peningkatan kemahiran pekerja binaan, ABM dilihat memberi tumpuan kepada melengkapkan personel binaan dengan kompetensi yang sesuai mengikut standard oleh industri.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/moumoa/umpsa-dan-abm-wilayah-selatan-memperkukuh-kerjasama-strategik-dalam-teknologi-binaan-dan

01/06/2026

Menjunjung Kasih dan Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Ikhlas daripada
Pengurusan & Seluruh Warga Kerja
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan

Photos from Akademi Binaan Malaysia ( Wilayah Selatan )'s post 26/05/2026

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (MPSA) dan ABM (Wilayah Selatan) memperkukuh kerjasama strategik menerusi pemeteraian MoU dalam pembangunan TVET, teknologi binaan, penyelidikan, inovasi serta pembangunan pelajar dan tenaga pengajar.

Majlis yang berlangsung pada 25 Mei 2026 di ABM (Wilayah Selatan) menyaksikan acara menandatangani MoU yang disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha mewakili universiti dan pihak ABMJ diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan), Tn Hj. Mohd Zaidi Rahmat dan Pengurus Bahagian Latihan ABM (Wilayah Selatan), Mohd Fairoz Mohd Saad.

Menurut @ Hj. Mohd Zaidi Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan), "Kita mewujudkan kerangka kerjasama dengan harapan agar ABMWS & UMPSA mempunyai kerjasama yang jelas bagi memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihakโ€.

Inisiatif ini dilihat mampu memperkukuh agenda TVET negara dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri masa kini dan masa hadapan.

Photos from UMPSA Malaysia's post 26/05/2026
Photos from Akademi Binaan Malaysia ( Wilayah Selatan )'s post 26/05/2026

๐ŸŽ“ HARI PENDIDIK TVET PERINGKAT ABMWS 2026

โ€œPendidik TVET Pemacu Kemajuan Industriโ€

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWS) telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Pendidik TVET Peringkat ABMWS yang berlangsung pada 25 Mei 2026 dengan penuh meriah dan bermakna.

Majlis ini menjadi simbol penghargaan kepada para pendidik TVET yang menjadi tulang belakang dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi menyokong pembangunan industri negara.

Dalam ucapan En. Mohd Zaidi bin Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif ABMWS mengumumkan bahawa sambutan ini akan dijadikan acara tahunan yang akan diraikan setiap 25 Mei sebagai tanda penghargaan berterusan kepada warga pendidik TVET.

Terima kasih kepada semua pendidik TVET atas dedikasi, komitmen dan sumbangan dalam membentuk masa depan industri yang lebih berdaya saing.




Want your business to be the top-listed Furniture Store in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 05:00