05/06/2015
We are a vocal advocate for the hungry and displaced. We travel to every corner of the globe to help children and families in need.
We are accepting volunteers from all over the region to expand the team for our numerous programmes listed. Like our page and register through Be Our Volunteer to get more update from us.
Best regards,
Darshini.S
APBM Johor 16
Founder, The People's Foundation
The People's Foundation - Yayasan Rakyat
We are a local advocate for the hungry and displaced. We travel to every corner of the globe to help
05/02/2015
Gud evening,
We are launching our 2nd mission to Temerloh and Kelantan with an aim to help 388 families with electrical supplies, Al-Quran, School Items, Household items.
The mission will be carried on 19-22Feb (during CNY). Departure from KL.
We are in need for more hands to help us to make this as a success. Currently we have about 12 volunteers in charge of various section.
Please let us know if you are keen to join us. We are receiving more goods and cash from Singapore again for our people 🙏
Thanks & GBU.
Regards,
Darshini
Ahli Parlimen Belia Malaysia
Founder, The People's Foundation
0164140687/0173673490
19/01/2015
Parlimen Belia Malaysia (PBM) yang baru sahaja bersidang beberapa minggu yang lalu telah mendapat liputan yang meluas dari kalangan media cetak mahupun elektronik dan menjadi buah mulut dikalangan pengguna media sosial dan anak muda walaupun jarang sekali mendapat tempat di hati makcik-makcik felda mahupun abang pemandu teksi ataupun Mad yang berkerja sebagai penoreh getah di Kampung Parit Karjan. Disamping itu, PBM mendapat pujian kerana keberadaannya sebagai salah satu program belia sebagai mana program belia yang lain seperti Program Rakan Muda dan 1M4U. Meskipun dianggap sebagai lonjakan baru mengenai kepekaan kerajaan terhadap golongan muda dan menjadi platform bagi melahirkan pemimpin masa hadapan, terdapat beberapa perkara yang saya kira boleh diperbaiki dalam menjalankan PBM.
1) Siaran lansung untuk setiap kali persidangan demi memberikan gambaran sebenar prestasi APBM di dalam Parlimen.
2) usul dan isi perbahasan harus dilaporkan oleh pihak media sebagai maklumat kepada masyarakat khususnya golongan belia dalam berdepan dengan isu belia.
3) segala usul yang diluluskan haruslah dibawa dan dibincangkan bukan sahaja di dalam mesyuarat kabinet tetapi juga ke dewan parlimen.
4) sistem pembahagian APBM kepada beberapa jawatan kuasa boleh disemak semula untuk memantapkan lagi kualiti perbahasan.
5) usul yang dibawa tidak semestinya menjadi tanggungjawab jawatankuasa tertentu semata-mata atau berkenaan dengan bidang jawatankuasa yang dianggotai oleh APBM itu sahaja.
6) perlantikan tambahan buat wakil daripada pelajar sekolah menengah kerana umur minimum untuk menjadi APBM adalah 18 tahun sedangkan umur minimum bagi belia adalah 15 tahun.
Shahril Muhamad
Koordinator Pi Johor
18/01/2015
Minggu lepas : Praktikal Idealis Johor telah mengadakan perbincangan Hala Tuju Pi Johor 2015 bersama Darshini Sitharam, Ahli Parlimen Belia ( Johor ) , Shahril Muhammad ( Koordinator Pi Johor ) , Wan Amir ( Pen. Koordinator Pi Johor ) dan Shaqib Shahril di Le Grandeur palm Resort Hotel, Johor.
Stay Tuned !
22/12/2014
Official: sahabat kita dari Praktikal Idealis yang mewakili kerusi negeri JOHOR telah mendapat mandat daripada Kementerian Belia dan Sukan sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Shaliny Rajaram atas lantikan tersebut.
21/12/2014
Tuan/Puan,
Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) sedang menganjurkan kutipan derma dan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.
Berbesar hati kami kiranya tuan/puan dapat membantu usaha murni ini demi meringankan beban saudara kita yang sedang dilanda musibah.
Sumbangan dalam bentuk wang boleh disalurkan melalui Tabung Sumbangan Dana Bencana APBM melalui akaun bank 01014010056124 (Bank Islam) atas nama Pertubuhan Perundingan Johor.
Sumbangan dalam bentuk barangan juga dialu-alukan melalui Ahli Parlimen Belia negeri masing-masing atau tuan/puan bolehlah menghubungi sdr Aidil di talian 0189886453 dan Darshini 0164140687 untuk maklumat lanjut.
19/12/2014
Official: sahabat kita dari Praktikal Idealis yang mewakili kerusi negeri JOHOR telah mendapat mandat daripada Kementerian Belia dan Sukan sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Darshini Sitharam atas lantikan tersebut.
08/11/2014
Perbincangan antara kami tentang hala tuju selepas PBM
01/11/2014
Kami di Praktikal-Idealis Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan undian semua kepada calon-calon kami. Alhamdulillah, pemilihan PBM sudah melabuhkan tirai.
Di pihak kami, seramai 13 calon hasil gabungan Praktikal Idealis Malaysia, BITARA, Suara Belia N9, MatRodi , Moderate dan Sahabat berjaya terpilih sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia yang pertama.
Tanggungjawab Ahli PBM yang pertama amat berat. Untuk merelevankan institusi ini bukan tugas yang mudah apatah lagi dengan statistik undian dan pendaftaran yang rendah. (Hanya 0.1%-0.2% dari jumlah populasi belia di Malaysia). Dengan komposisi kaum yang tidak seimbang (92% Melayu,2% india,1 % cina, 5% lain-lain), moga ahli PBM cekal memperjuangkan suara anak muda.
Moga agenda pencerahan akan berjaya menarik lebih ramai anak muda untuk meraikan perbezaan serta membudayakan ilmu.
Terima kasih sekali lagi. Dari kami, Praktikal Idealis Malaysia.