21/04/2026
Alhamdulillah hampir siap pemasangan kabinet dapur rumah Encik Irfan. Lokasi di Pasir Puteh.
Encik Irfan memilih warna ala ala cream oatmeal + coklat kayu (woodgrain) tone gelap. Merecikkk π¦ material semuanya laminated formica & carcass blockboard
Free dish rack gantung, spoontray, drawer β
β
Maaf kak kak abe abe, slot sebelum raya kita penuh doh. Kita open slot pemasangan lepas raya deh, pm slaluh tuk booking π
19/03/2026
π Selamat Hari Raya Aidilfitri π
Maaf Zahir dan Batin.
Dalam perjalanan kami membina SAF One Furniture, setiap sokongan daripada pelanggan, baik yang lama mahupun yang setia bersama kami, amat kami hargai. Terima kasih kerana terus mempercayai hasil kerja dan servis kami.
Di penghujung Ramadan yang penuh keberkatan ini, kami memohon keampunan atas segala kekurangan dan kekhilafan. Semoga segala amal diterima, dan hati kita semua terus dipenuhi ketenangan.
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan rezeki yang melimpah buat anda sekeluarga π€²π»β¨
18/03/2026
Assalamualaikum pelanggan dan followers Saf One Furniture π
Untuk makluman, Saf One Furniture akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula Jumaat, 19 Mac 2026 hingga Isnin, 22 Mac 2026.
Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada Selasa, 23 Mac 2026.
Segala urusan dan tempahan akan ditangguhkan sementara sepanjang tempoh cuti. Terima kasih atas sokongan anda β€οΈ
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Hati-hati di jalan raya dan selamat pulang ke kampung halaman bersama insan tersayang.