Kenali Jaya

Kenali Jaya

Share

Kenali Jaya Enterprise (KT0344117-X)

Email : [email protected]
No Tel : +60139593003

Mobile uploads 16/11/2023

TAK MASUK AKAL!

Dalam usaha agama anda akan jumpa banyak hadis, firman atau nasihat yang tak masuk akal. Especially berkaitan rezeki. Orang tabligh memang selalu kena taji dengan org ramai pasal hal ni. Skrip biasa yang kami dengar antaranya:

"Ni tak keje ke? Hari2 duk masjid je."

"Tinggal anak bini lama lama ni siapa jaga?"

"Mcmana nak maju ekonomi Islam kalau asik duduk masjid je mcm korang?"

"Allah suruh kita cari rezeki.. Bukan duduk masjid saja tunggu rezeki datang.."

"40 hari? Korang ni zalim ngan keluarga sebenarnya.."

"4 bulan? Aku rasa ko balik bini ko dah kena kebas dek orang lain dah.."

Astarghfirullah.. Kalau ada terlintas dihati anda soalan2 begini, saya cadang anda istighfar banyak2.

Saya tanya anda balik.

"Kenapa bila kentut kena amik wudhu semula? Basuh muka basuh tangan, tapi lubang dubur tak basuh pun?"

Tak logik kan?

Ya.. Memang amal agama memang tidak bersangkut langsung dengan logik akal. Allah SWT tidak bekerja dalam kerangka logik. Jadi kalau kita fikir logik dalam iman dan amal, maka kita akan jadi susah. Iman dan amal ialah satu bentuk gerak fikir yang dipacu oleh "yakin". "Iman inside, Yakin Driven".

Jadi, untuk dapat "yakin" dengan janji Allah, satu bentuk sacrifice atau mujahadah diperlukan untuk translate dari "perkataan yakin" kepada "perasaan yakin".

Contoh; Anda tahu pemanah handalan dari luar negara ini memang tidak pernah miss targetnya walau seinci pun. Memang anda sendiri saksikan aksinya dimerata tempat. Itu adalah information yang kuat, cukup untuk anda gunakan buat bahan bercerita pada kawan2 betapa dia ini handal memanah. Namun untuk mendapat "perasaan yakin", anda perlu buat praktikal. Segala information tentang pemanah handalan dan kehebatannya anda sudah tahu secara teori. Tapi untuk membuktikan teori itu, anda perlu jalani praktikal. Maka, beranikah anda mengigit sekeping syiling dihujung gigi anda dan minta pemanah handalan tadi memanahnya? Anda sendiri saksi kehebatanya. Memang tidak sekali pun dia miss walau seinci target. Sekarang target itu ialah sekeping syiling dihujung gigi anda. Dia akan memanahnya dari sisi anda dan akan memastikan syiling itu jatuh dan tidak mencederakan anda.

Anda yakin? Hahaha

Jadi begitu juga dengan hal amal agama. Anda tahu teori bersedekah menambahkan rezeki 10 x ganda. Diberitahu p**a oleh seorang Nabi yang anda iktiraf dan agamanya anda anuti seluruh hidup. Namun, adakah yakin anda sekadar teori atau sekadar information? Jika guna logik akal, keluarkan duit kita untuk bagi pada orang akan menyusutkan jumlah duit kita kan? Mcmana nak tambah balik?

"Ehh.. Kita kena beriman dan yakin dengan hadis itu. Sebab itu sabdaan baginda SAW" kata anda.

Baik, kita beriman dan yakin. Jadi skrng kenapa tanya soalan pasal kenapa tinggal keluarga? Kerja? Ekonomi tak maju? Dan sebagainya bila sudah ada ayat Jaminan dari Allah SWT sendiri untuk orang yang bermujahadah semata mata kerana agama? Kenapa masih bertanya tanya jika sudah wajib kita beriman dengan Al-Quran dan hadis Nabi SAW?

Kalaulah meninggalkan keluarga 40 hari itu jadi isu yang besar, kenapa tak dipersoal anggota MALBAT yang keluar 6 bulan ke negara luar untuk khidmat UN? Mereka juga berkeluarga, mereka juga ada anak bini yang terbiar selama ketiadaan mereka kan?

Kalaulah meninggalkan keluarga 40 hari itu satu isu besar, kenapa tak tanya pada jurukimpal pakar, engineer offshore dan berbagai lagi yang ambil project luar negara sampai 7-8 bulan? Mereka juga berkeluarga dan anak bini terbiar juga selama ketiadaan mereka kan?

"Itu lain bro.. Tu duit masyukkk.."

Jadi jelaslah skrng, yakin iman anda ialah pada duit. Jika pasal duit, apa bentuk pengorbanan pun sanggup dilalui. Tapi kalau berkenaan perkara ghaib, tak nampak, akhirat.. Kita rasa liat sikit. Atau rasa mcm rugi. Buang masa, rugi, tak maju, makin mundur, tak berdaya saing.. Mcm mcm.

Sedangkan Allah Taala janji, sempurnakan iman kamu, Aku akan sempurnakan dunia kamu!

Nabi SAW jamin, sesiapa yang keluar dijalan Allah, Allah akan pelihara harta dan keluarganya.

Banyak sangat lah fadhilat pasal mujahadah dijalan Allah ni dan ganjarannya. Begitu juga ancaman utk yang tak mahu keluar. Kefahaman akan mendatangkan yakin, tapi utk dptkan kefahaman memerlukan pengorbanan. Lagi banyak anda korban dijalan Allah, lebih faham anda akan setiap janji dan perintah Allah. Allah SWT akan bagi faham.

Contoh; anda ada baca manual mcmana nak pandu kereta. Kemudian anda berkorban masa dan perasaan takut... anda cuba pandu sekali. Anda berjaya! Tapi takkan sama pemanduan pertama kali dengan pemanduan kedua kali. Anda sudah faham sedikit dari pemanduan pertama tadi. Jadi pemanduan kedua anda sudah jadi lebih baik sebab anda seudah faham kereta itu serba sedikit. Pada pemanduan anda yang ke 20 kali, anda sudah 20 kali isi minyak, sudah berjam jam anda korban masa untuk pandu, anda sudah mahir, sudha boleh pandu laju dna cekap. Ini kerana kefahaman anda tentang kereta itu sudah meningkat asbab pengorbanan anda berikan utk pandu kereta dari segi wang dan masa. Kalau anda hanya tahu teori memandu dari buku, manakan sama dengan kefahaman setelah 20 jam bawa kereta kan? Akhirnya dengan korban masa, wang, perasaan, pergi belajar lagi, asah kemahiran lagi.. Anda berjaya pandu kereta rally dan berlumba dipersada dunia!

Begitulah juga dengan agama kita.
Begitulah juga dengan perintah Allah.
Begitulah juga dengan sabdaan Nabi.

Kalau kita tahu teori, kita ingat kita ada yakin.. Belum tentu lagi. Belum lagi tuan tuan.. Belum try belum tau. Allah jamin akan bagi dunia ini pada orang Islam jika agama diamalkan sempurna mengikut cara Nabi SAW oleh SEMUA ORANG ISLAM.

Buktinya? Arab jahiliyyah yang rome dan parsi tak hingin langsung nak takluk dek disebabkan perangai jahil diorang dah tahap kronik dan takut berjangkit ke empayar mereka.

Bila Allah lahirkan Nabi SAW dari kalangan itu, dan mereka menerimanya, mengamalkannya sesempurna habis habisan (i'tiba' Rasul) maka Allah bagi 2/3 dunia ini kepada Orang Islam. Dan itulah zaman kegemilangan Islam yang kita duk kenang kenang hari ni dengan rasa pelik kenapa umat Islam makin mundur sekarang. Tanpa kita sedari sebenarnya kemunduran itu ialah disebabkan kita tidak amalkan agama sempurna seperti zaman Nabi dengan dakwaan itu zaman "kolot". Semua para sejarah agama pun s**a menceritakan kisah 10 tahun kegemilangan Islam di Madinah dan sedikit sekali bercerita tentang pengorbanan 13 tahun mengembangkan Islam di Mekah. Part susah takmo cerita. Nak hebat, cerita yang hebat je.

Umat kita ni dah takde jalan tuan2.. Ini je jalannya. Kembali kepada Sunnah dan kerja Dakwah Nabi SAW. Ini zaman survival dari fitnah Dajjal. Memegang dan menghidupkan Sunnah akan menjamin kita dari menjadi pengikut Dajjal. Bila dia keluar nanti, dia akan berkuasa dan dia akan sekat makanan. Jika nak makan, kena mengaku dia tuhan. Waktu itu Nabi SAW bgtahu, umat yang menghidupkan Sunnah dan yakin akan dpt survive dengan berzikir sahaja. Allah hilangkan kelaparan dengan zikir sahaja.

Logik? Memang sepatah haram pun tak logik. Yakin? Terp**anglah.. Fikirlah sendiri dan letaklah diri anda sendiri ditempat yang anda rasa anda nak jadi.

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Kalaulah hukum-hukum agama ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian bawah khuf itu lebih afdhal berbanding atasnya.

Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Daruqutni, al-Baihaqi. Ibnu Hajar mengklasifikasikan sanadnya sebagai sahih. Dan al-Albani turut mensahihkannya di dalam al-Irwa, m/s. 103)

Jadi, untuk saya dan teman2 yang buat usaha dakwah ni. Bagi kami, kami yakin Allah SWT pemberi rezeki. Allah SWT tidak pernah mungkir janji. Bila kami beri kepada Allah, PASTI Allah akan beri lebih lagi kepada kami. Insya-Allah.

21/02/2022

Rupanya pada tahun 1921, sudah pun ada manusia dibayar gaji sebanyak satu juta dolar setahun. Iaitu bersamaan 3 ribu dolar sehari.

Untuk rekod, pada zaman tu, income tax masih belum wujud. Maksudnya berapa gaji yang diberi, banyak itulah yang boleh dijoli. Dan rata-rata orang yang bergaji 2000usd sebulan, sudahpun kaya nak mampus.

Lelaki ini bernama Charles Schwab. Dia dilantik menjadi CEO sebuah syarikat besi di Amerika pada usia 38 tahun. Power kan?

Bila ditanya kepada founder syarikat tu,

“Kenapa kau sanggup bayar Schwab sebanyak tu? Adakah Schwab ni seorang genius? Atau dia ni terer sangat buat besi?“

Jawabnya,

“Dua-dua bukan. Schwab adalah manusia yang paling pandai berurusan dengan manusia.”

Fuyoo. Cenggitu je?

Orang pun kajilah, apa benda semua ni? Terer tara mana Schwab ni, sampai orang sanggup bayar mahal gitu.

Akhirnya, Schwab sendiri buka mulut. Dia cerita,

“Aku ada kelebihan yang orang lain takde. Di bawah aku, semua orang jadi lebih semangat untuk bekerja.”

Huh? Berlagaknya.

Sabar sat. Dengar dulu apa Schwab nak kabo ni.

“Sebenarnya, senjata paling berbisa yang aku gunakan hanya dua. Iaitu

1- Appreciation (Penghargaan)
2- Encouragement (Dorongan)

Kau tahu? Takde benda yang boleh membunuh cita-cita seseorang melainkan kritikan daripada boss dia sendiri (terpakai juga untuk pasangan ataupun ibu bapa).”

I see. Nampaknya Schwab ni ada kemahiran luar biasa untuk memenangi hati manusia. Bukan takat bagi pickup line tu. Schwab juga akui,

“Aku tak pernah kritik sesiapa, sama ada di depan publik mahupun secara personal. Kerja aku, mencari sekecil-kecil kebaikan dan aku takkan cari kelemahan sesiapa."

Jadi, bila ada sekecil apa pun kerja seseorang, aku akan lambung setinggi-tingginya. Malah, aku sampai jadi gian nak puji orang.

Dan hasilnya, keuntungan berlipat kali ganda untuk syarikat yang aku terajui!”

Untuk rekod, selepas dari syarikat besi ni, Schwab diberi tanggungjawab menaikkan semula sebuah syarikat lain. Syarikat tu hampir pupus ditelan kerugian, tapi berjaya menjadi “most profitable company” di Amerika.

Sebenarnya memang dah ada kajian solid beratus tahun dulu, mengenai

1- kenapa isteri/suami lari dari rumah?
2- kenapa prestasi anak merudum?
3- kenapa anak-anak tak dengar cakap?
4- kenapa student lemau dalam kelas?

Dapatan hanya menghala ke satu arah,

“Tidak mendapat pujian yang sepatutnya, malah herdikan yang tidak henti.”

Semoga kisah ini memberi inspirasi dan motivasi diri kepada kita semua supaya menjadi insan yang lebih bermakna dalam kehidupan insan lain terutama dalam keluarga sendiri.

08/01/2021

Berapa banyak selebriti dengan instafamous yang follow dia, sampai level Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir pun boleh jadi voice over untuk video masa bulan puasa haritu.

Paling best bila dia buat video 30 hari resepi sepanjang bulan puasa. Terkeluar anak-anak tekak orang yang puasa waktu tu sebab terliur tengok video masakan dia, termasuk aku 😆

Untuk compress semua proses memasak dalam masa video durasi 1 minit is not easy. Nampak je senang, alah satu minit je pun. Tapi guys, tengok kualiti video pun dah tau tu bukan kerja mudah.

4 tahun dia invest masa, tenaga, idea, nak masak, nak edit. 4 tahun weh buat benda sama. Ko rasa?

Apa yang aku perhatikan, perkara pertama yang paling penting bila buat sesuatu adalah sabar dan fokus pada sesuatu benda yang kita nak.

Jangan kejap buat itu, kejap buat ini. Kita rasa jadi dropship benda ni tak bagus, kita tukar produk lain. Lepas tu kita rasa produk tu tak boleh jual, kita tukar produk lain p**ak. Bulan ni produk lain, bulan depan produk lain. Lama-lama orang pun confuse dengan identiti kita, dia ni jual apa sebenarnya?

You cannot win all, if you are a beginner, just choose one. Fokus buat satu benda tu je dulu, tapi buat bersungguh-sungguh sampai jadi. Nanti lama-lama bila dah expert jual lah 5-10 benda pun. Tapi untuk permulaan, paling penting sabar dan fokus.

Siapa je yang boleh sabar sampai 4 tahun buat video memasak durasi 1 minit. Most of us will stop half way and give up. 4 tahun bukan masa yang singkat. Tapi Khairul Aming boleh. Dari bawah dia mula, perlahan-lahan dia mendaki, selepas 4 tahun baru sampai puncak.

4 tahun ni sebenarnya, semua video-video masakan yang dia share resepi secara percuma, sedar tak sedar, itu adalah perkongsian ilmu (sedekah) yang dia bagi dekat follower dia selama 4 tahun. Banyak cara kan sebenarnya kita nak bersedekah. Bukan sedekah duit sahaja.

Pernah aku baca dekat komen dia orang berterima kasih sebab dia share resepi dan minta dia halalkan resepi sebab orang tu guna untuk buat berniaga. Itu baru satu yang aku baca. Dan aku percaya ramai sebenarnya yang guna resepi dia untuk berniaga dan ramai yang mendoakan kebaikan dia.

Dan dengan terjualnya 10,000 unit Sambal Nyet Berapi dalam masa 54 minit, it is all worth it. Terbayar semua penat lelah 4 tahun dia bina nama.

And yes,
Sambal Nyet Berapi dia sedap dan berkualiti!

“Man Jadda Wajada”
Siapa yang berusaha, dia dapat hasilnya. 🤍

Kredit Pemilik fb : Nur Syahirah Yaakub

18/11/2020

Lawan hingga hilang

23/02/2019

👉Yg nak tengok...tengoklah dulu...
👉Yg nak pikir...pikirlah dulu...
👉Yg nak tunggu...tunggu lah dulu...
👉Yg tak nak...tak apa...ramai lagi yg nak...
👉Yg tak percaya tak apa...
👉Yg b*k alasan...teruskan dgn alasan...
👉Yg sibuk tak ada masa nak dengar
peluang ini...teruskan lah dgn sibuk...
👉Yg negatif...teruskan dgn negatif yang tak
bawa apa apa faedah...
👉Yg nak putus asa...teruskan saja dengan
putus asa...yang tak akan ubah apa apa
didalam kehidupan...
👉Akhir kata...
😳TAK ADA SIAPA YG TAHU DUIT DALAM
AKAUN BANK KITA ADA BERAPA?
😳TAK ADA ORG TAHU HUTANG KITA B*K
MANA...
😳TAK ADA SIAPA NAK BANTU KITA KALAU
KITA TAK ADA DUIT NAK BELI BERAS &
SUSU ANAK...NAK BAYAR HUTANG
RUMAH, KERETA DAN SEBAGAINYA...
😳KESIMPULANNYA...Kita saja yg TAHU
BUKAN ORANG LAIN.-

FIKIR FIKIR DAN RENUNG RENUNGKAN..

PELUANG BUKAN DATANG SELALU 😄😄

Nak join bisnes TANPA MODAL CUCKOO⁉️ klikk www.wasap.my/60139463547/cuckooejen

Cuckoo International (M) Sdn Bhd

Cara Membuat Iklan Menggunakan IG Ads 27/01/2019

Cara Membuat Iklan Menggunakan IG Ads Aku biasa buat RM60 minimum per day. Sebab hasil sangat ok. Sehari aku run iklan RM60, sales masuk RM 500-1k. Berbaloi dan cukup untuk aku.

17/07/2018
Want your business to be the top-listed Furniture Store in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kubang Kerian
Kota Bharu
16150