20/03/2026
Gambar anak bulan pada 29 Ramadan semalam tak dapat. Alhamdulillah hari ini 30 Ramadan dapat dengan jelas. Gambar diambil selepas matahari terbenam pada jam 7:38 malam.
Sebagai perbandingan gambar semalam, sekiranya anak bulan kelihatan mungkin seperti di dalam gambar pada posisi yang diletakkan anak panah. Namun apakan daya, kedudukan bulan semalam sangat sukar untuk kelihatan ditambah p**a dengan gumpalan awan kelam di ufuk.
03/03/2026
Fenomena Gerhana Bulan Penuh:
14 Ramadan 1447H, 3 Mac 2026 (Selasa).
Kota Bharu, Kelantan.
Alhamdulillah, fenonema gerhana bulan penuh berjaya dirakam sebelum tamat tempoh fasa maksimum dari lensa kamera BCKB.
Terima kasih juga kepada semua yang hadir memeriahkan suasana semasa cerapan dilakukan.
Jom Mencerap Semua,
ADMIN BCKB
02/03/2026
🌕 Pengumuman Fenomena Astronomi: Gerhana Bulan Penuh pada 3 MAC 2026 :
Adalah dimaklumkan bahawa satu fenomena astronomi yang bakal berlaku, iaitu Gerhana Bulan Penuh, akan dapat disaksikan di seluruh Malaysia pada waktu maghrib 3 mac 2026 esok.
Fenomena ini berlaku apabila Bulan berada dalam bayang penuh Bumi (umbra), menyebabkan permukaannya kelihatan kemerahan, yang mana dikenali sebagai gerhana bulan penuh.
📅 Tarikh: 3 mac 2026
🕐 Kemuncak Gerhana: 7:33 malam (waktu Malaysia)
📍 Kawasan Liputan: Seluruh negara
🔭 Kaedah Pemerhatian: Boleh dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan alat optik
Orang ramai digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi serta mendalami ilmu astronomi melalui pemerhatian langsung. Fenomena ini bukan sahaja memberi pengalaman visual yang menakjubkan, malah turut membuka ruang kepada pemahaman tentang pergerakan jasad-jasad cakerawala.
Selain itu, AMAT sangat disarankan/digalakakan untuk mendirikan Solat Sunat Khusuf (gerhana bulan) semasa berlaku gerhana bulan ( 7.33 - 9.17 mlm ).
📸 Ambil gambar, kongsi pengalaman, dan jadikan malam ini satu kenangan seumur hidup anda!!!!!
Jom Mencerap Semua,
ADMIN BCKB.
09/02/2026
ANTARA GAMBAR2 TOMPOK MATAHARI / SUAR / SEMARAK YANG BERJAYA DIRAKAM PADA PETANG 21 DISEMBER 2025 TAHUN LEPAS (4 -5.00 PETANG) / AHAD @ BCKB
Jom Mencerap Semua
ADMIN BCKB
09/02/2026
Planet Jupiter bersama 2 buah bulannya yang berjaya dirakam dari teleskop BKCB pada malam 29 januari 2026 yang lepas.
Admin BCKB
02/12/2025
TOMPOK MATAHARI / Sunspot
10.47 PAGI 02 DISEMBER 2025 / SELASA
@ BCKB
Jom Mencerap Semua
ADMIN BCKB
01/12/2025
PLANET ZUHAL / SATURN
23.05PM
BALAI CERAP KOTA BHARU
Alhamdulillah, imej planet zuhal berjaya dirakam walaupun dalam suasana musim monsun timur laut di kawasan negeri pantai timur.
Walaupun agak mencabar untuk merakam ketika planet ini dicerap,namun hasil selepas editing gambar dibuat agak memuaskan , walaupun kurang dari segi 'image sharpening ' kerana keadaan atmosfera agak bergelora ketika cerapan dibuat.
Untuk info lanjut mengenai planet zuhal ini boleh rujuk disini :
https://falakonline.substack.com/p/terpaling-nipis-peluang-melihat-gelang
ADMIN BCKB,
Jom Mencerap Semua.
23/09/2025
ALHAMDULILLAH, HILAL 1 RABIUL AKHIR 1447H BERJAYA DICERAP DARI BALAI CERAP KOTA BHARU, SALOR, KOTA BHARU, KELANTAN.
CUACA SEMASA CERAPAN ADALAH BAIK , NAMUN SEDIKIT BERAWAN DIBAHAGIAN UFUK BARAT. IMEJ INI ADALAH HASIL DARIPADA SELEPAS EDITING.
Hilal 1 R.Akhir 1447H
JAM : 7.14 pm
TELESKOP :RASA 11” | MOUONT : SKYWATCHER EQ8 PRO
KAMERA : CANON EOS Ra
SETTING : f/2.2 | 1/8000 | ISO 3200
ALTITUD BULAN :2° 13'
Umur bulan : 15.24jam
Peratus cahaya (fasa): 0.42%
JOM MENCERAP SEMUA,
ADMIN BCKB
20/09/2025
Komet C/2025 (SWAN) mula menampakkan ekornya melibas ke arah planet Marikh di belakang. Atau apakah nanti Marikh akan mengejar komet ini? Jom sama-sama saksikan hari Rabu ini.
20/09/2025
Comet C/2025 R2 (SWAN ) yang berjaya dirakam dari lensa balai cerap kota bharu
20 / 9 /2025
8.11pm
jom mencerap semua,
ADMIN BCKB.
08/09/2025
Alhamdulillah, dibawah ini adalah merupakan antara gambar2cerapan gerhana bulan penuh untuk kali ini yang berjaya dirakam walau pun cuaca ada ketika baik kadang2 berawan.
Cerapan kali ini dilakukan bersama kerjasama dengan MYSA, Planetarium Negara dan beberapa balai balai cerap lain di seluruh negara.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan cerapan kali ini.
JOM MENCERAP SEMUA!!! ,
ADMIN BCKB.