NADI PPR Kg. Muhibbah

NADI PPR Kg. Muhibbah

Share

NADI PPR Kg Muhibbah mula beroperasi pada 26 Disember 2015

07/11/2025

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Tuanku Bagi Tahun 2025.

Semoga Allah Subhanahu Wa Taβ€˜ala melanjutkan usia, mengurniakan kesejahteraan dan keberkatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja Perak.

Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.

06/11/2025

Saya berbesar hati menerima kunjungan wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan .

Mereka menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa isu termasuk sindiket penipuan telefon (phone scam), serta kesan negatif permainan dalam talian Roblox terhadap kanak-kanak dan golongan belia.

Saya telah meminta mereka untuk bertemu dengan pasukan MCMC bagi mendapatkan taklimat lanjut tentang perkara-perkara yang dibangkitkan.

Saya juga menyarankan agar mereka menyertai tiga forum kandungan di bawah MCMC bagi memperkukuh kerjasama dalam memantau, menasihat dan mempertingkat kawalan terhadap kandungan digital yang berisiko, khususnya membabitkan keselamatan pengguna dan kanak-kanak.


29/10/2025

Kami merakamkan simpati dan doa kepada semua mangsa susulan banjir kilat di negeri Perak, Kedah dan Penang. Keselamatan anda dan keluarga adalah keutamaan kami. Jika anda berada di kawasan terjejas, sila ambil langkah berjaga-jaga berkaitan elektrik demi mengelakkan sebarang kemalangan.

Panduan Keselamatan Elektrik Semasa Banjir tersedia dalam 4 bahasa di sini: https://www.tnb.com.my/floodsafetytips/

Orang ramai digalakkan untuk berkongsi maklumat ini demi keselamatan bersama.

Bagi sebarang pertanyaan atau sekiranya terdapat kejanggalan berkaitan pepasangan elektrik yang terkesan akibat banjir, sila hubungi kami di talian 15454 atau hantar PM di Facebook TNB CareLine.

29/10/2025
19/10/2025

πŸ“’ MAKLUMAN PENTING πŸ“’

πŸ”΄ PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI PPR PINGGIRAN BUKIT JALIL πŸ”΄

πŸ“… Tarikh: 20 Oktober 2025 (Isnin)
πŸ›‘ Sebab: Cuti Umum Hari Deepavali
βœ… Dibuka Semula: 21 Oktober 2025 (Selasa)

Kami ingin memaklumkan bahawa NADI PPR Muhibbah akan ditutup sementara pada 20 Oktober 2025 (Isnin) bersempena dengan Cuti Umum Hari Deepavali. Segala urusan akan kembali berjalan seperti biasa pada 21 Oktober 2025 (Selasa).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :
πŸ“ž pengurus/penolong pengurus :- 019-6326632/019-6936632

Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul

25/09/2025

BUDI95 memberi hak kepada rakyat Malaysia untuk membeli petrol pada harga antara yang terendah di rantau.​

​

Banjir di Sabah: MCMC gerakkan PRIME, NADI | Edisi 9 20/09/2025

Banjir di Sabah: MCMC gerakkan PRIME, NADI | Edisi 9 SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan kemudahan komunikasi kecemasan MCMC PRIME dan perkhidmatan Internet komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kawasan banjir di Sabah. Menurut MCMC, PRIME iaitu kenderaan mudah alih dilengkapi sokongan komunikasi, telah dige...

20/09/2025

NADI menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan kepada semua yang terkesan dengan musibah ini.

Semoga urusan pemulihan dipermudahkan, dan rakyat Sabah terus diberikan ketabahan serta kekuatan.

14/09/2025

MAKLUMAN PENTING !!!

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI PPR KG MUHIBBAH
Tarikh: 15 & 16 September 2025 (Isnin & Selasa)
Sebab: Sambutan Hari Malaysia
Dibuka Semula: 17 September 2025 (Rabu)

Kami ingin memaklumkan bahawa operasi NADI PPR KG Muhibbah akan ditutup sementara pada 15 & 16 September 2025 (Isnin & Selasa) bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia. Segala urusan akan kembali berjalan seperti biasa pada 17 September 2025 (Rabu).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :
Pengurus: khairul ( 019-632 6632)
Penolong Pengurus: Sharifah (019-693 6632)
Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.

06/09/2025

πŸŽ‰ Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI πŸŽ‰

Jom ramai-ramai datang ke NADI PPR KG Muhibbah untuk sambutan istimewa sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia @ NADI

πŸ“… Tarikh: 7 September 2025 (Ahad)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Lokasi: NADI PPR KG MUHIBBAH

Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
βœ… Aktiviti 1 – Aplikasi price catcher
βœ… Aktiviti 2 – My Future Job & Budi Madani
βœ… Aktiviti 3 – Manfaat Madani
βœ… Aktiviti 4 – Saringan dan pemeriksaan kesihatan

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama kita meriahkan sambutan ini!

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Blok G PPR Kg. Muhibbah, Batu 6 1/2 Jln, Puchong
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00