09/12/2024
Membudayakan Membaca, Mendekatkan Komuniti.
Itu yang kita bawakan di Kelah Buku.
Semoga budaya membaca kita bersemarak dan komuniti setempat lebih harmoni seiring literasi membaca yang hebat.
10/06/2021
Apa yang anda mahukan dengan aktiviti perbukuan?
Bersosial + berkongsi bacaan 2021. Bercadang mahu buat pertemuan maya. Ada yang berminat?
Sembang-sembang
Kongsi-kongsi
Borak-borak
Mahu?
01/01/2021
Selamat tengah hari 2021!!!
Masih ingat lagi 2/3 tahun lepas kami ada buat Cabaran Bacaan 32 buku. Tahun ini kami ingin mengadakan aktiviti yang power ini sekali lagi.
Pendaftaran Cabaran Bacaan 32 Buku 2021 telah dibuka!!!!
Berikut adalah syarat yang perlu anda ikut
Syarat menjadi peserta adalah seperti berikut:
1. Terhad 20 Peserta, siapa cepat dia dapat. Pendaftar dibuka sehingga 12:00 tengah malam. Pengumuman peserta baru akan dibuat 2 Januari 2021.
2. Perlu beri komitmen dan tidak boleh tarik diri selepas masuk ke dalam group WhatsApp.
3. 27 buku pilihan sendiri 6 jenis buku kami tentukan (setiap satu buku satu review)
4. 1 buku perlu review secara rakaman atau live di media sosial anda.
Tamatkan 32 bacaan bersama 6 review dapat apa?
1. Kebahagiaan
2. 5 buku dari kami
3. 10 buku kalau tamatkan 50 buku.
Mesej kami segera!!!
Baca dan Bangkit!
08/11/2020
Motivasi untuk terus belajar, itu yang utama buat rakan2 kami di sekolah sekarang.
31/08/2020
Kisah di Sebalik Lagu Tanggal 31 dan Semangat Revolusi Kemerdekaan
Ramai dari kita tahu lagu ini.
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Kita sering tertanya, kenapa ada kata TANGGAL dalam lagu ini? Jika sebab perihal perhitungan atau sebutan bilangan tempoh tertentu kita sebut hari, tarikh dan sebagainya. Boleh dikatakan jarang kita guna.
Tahukah anda lagu ini asalnya dinyanyikan oleh siapa? Beliau adalah Ahmad Awab Aziz. Lahir pada tahun 1915 di Medan Indonesia dalam keluarga Melayu-Arab. Siapa Ahmad Awab Aziz ini? Beliau adalah seorang anak muda yang aktif sebagai ahli dalam Gerakan Rakjat Indonesia (GERINDO). GERINDO ditubuhkan pada 1937 yang mendokong Ideologi kiri. Namun masih bekerjasama dalam sesetengah perkara dengan Belanda. Gerakan ini mati selepas kedatangan Jepun.
Di dalam GERINDO wujud gerakan propaganda yang menyebarkan atau meniupkan semangat Nasionalis, kump**an teater Asmara Dhana yang menjadi salah satu gerakan kebudayaan GERINDO sering memainkan peranan dalam semangat anti penjajahan. Ahmad Awab Aziz diberi gelaran Cass Bara kerana semangatnya yang meluap melawan penjajah. Beliau mula dikenali sebagai Ahmad CB.
Beliau menuju ke Singapura selepas pihak Belanda memerhatikan gerakkannya. Di sana beliau mula aktif bernyanyi. Ketika perang dunia kedua sedang berlangsung, beliau bersama rakan menganjurkan persembahan amal di Sumatera Utara untuk kutipan dana pejuang kemerdekaan Indonesia (NAPINDO). Beliau kemudiannya menetap di Tanah Melayu selepas kemerdekaan Indonesia 1949.
Di Tanah Melayu beliau menamakan semula kump**annya sebagai Rayuan Asmara. Dan mendedikasikan semangat nasionalis demi kemerdekaan Tanah Melayu p**a. Selain lagu Tanggal 31, beliau juga pencipta lagu
Pemuda Melayu
Malaya Raya
Dengarkan lagu versi asal
http://bukujalanantiti.blogspot.my/2017/08/kisah-di-sebalik-lagu-tanggal-31-dan.html?m=1
https://youtu.be/dgWwgpBMSZo
Sebarkan untuk pengetahuan. Selamat Hari Merdeka 🇲🇾
Ahmad CB - Tanggal 31 Ogos
Sering kita dengar lagu ini didendangkan oleh Arwah Sudirman .... jom layan dlm versi asal oleh Ahmad CB. Dipetik dari Album Ahmad CB - Dahulu dan Sekarang (...
25/07/2020
Penulis menulis tertulis ditulis
Dewan Sastera
Peneroka Sastera Kreatif
19/07/2020
Selamat Jalan Pak atas ilmunya
23/05/2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Terima kasih bagi mereka yang baru like Fanpage ini. Awalnya kami mahu merencana beberapa aktiviti di Tasik Titiwangsa. Memandangkan tasik baru saja buka selepas beberapa tahun tutup untuk penambahbaikan. Satu saja acara sempat kami anjurkan. Corona menyerang. Maka terhentilah aktiviti sosial kita semua. Ramai rakan buat FB live, tapi kami masih belum mulakan. InsyaAllah nanti. SHRMZB
12/04/2020
Hari Puisi Sedunia? - Huxeir M.
Aku tidak tahu tarikh2 tertentu. Melainkan tarikh hari kebangsaan, hari lahir sendiri, atau dibising-bisingkan. Ramai memenuhi aktiviti dalam meraikan hari puisi sedunia. Dari golongan marhaen hinggalah ahlul politik. Aku? Aku tidak ambil pusing. Kerana hal puisi ini mungkin agak jauh dari aku.
Tapi,
Pada tahun 2016, ketika Bob Dylan dianugerahkan ANUGERAH NOBEL SASTERA. Ramai terkejut, aku pun terkejut. Malah Bob Dylan ketika menerima mesej bahawa dia terpilih, dia pun terkejut. Umpama macam ni lah, M Nasir dapat anugerah SASTERAWAN NEGARA. Meskipun tidaklah Malaysia mahu ke tahap itu. Sebab aku sendiri pun tidak hafal kesemua dan susunan sasterawan negara. Mahu eja sasterawan negara ini huruf besar di awal atau kecil pun bimbang. Adakah kata nama khas atau kata nama am. Kita letak tepi dulu hal itu.
Ada ura-ura,
Bob Dylan menolak anugerah itu, aku buka laman web The Swedish Academy. Ye sebab aku pun nak tahu cerita. Betul ke tolak. Bob Dylan merasakan tidak layak, tapi dia menerima dengan berlapang dada. Aku pun legalah dia terima. Sebab muzik dia sedap didengar. Dibuai angin petang membawa diri ke sebuah dunia alunan muzik Bob Dylan, sangat menenangkan.
Tomorrow Is A Long Time
If today was not an endless highway
If tonight was not a crooked trail
If tomorrow wasn't such a long time,
Then lonesome would mean nothing to you at all
Begitulah lebih kurang lirik lagu Bob Dylan yang menemani aku menunggu hari esok.
Tahukah anda, setiap mereka yang menerima anugerah Nobel Prize ini perlu menyediakan ucapan. Dan aku kongsikan apa yang disembangkan oleh Bob Dylan. Satu dipanggil Banquet Speech, ini diucapkan oleh pemenang ketika menerima hadiah. Satu lagi dipanggil Nobel Lecture.
Banquet Speech.
Bob Dylan sangat terharu dan kaget dan cuak kerana. Apabila dia melihat senarai penerima anugerah ini Kipling, Shaw, Thomas Mann, Pearl Buck, Albert Camus, Hemingway. Semuanya karya mereka yang pernah dibaca oleh semua pelajar sekolah. Ada ke budak sekolah baca lirik Bob Dylan? Tapi mendengar muzik Bob Dylan itu semestinya ada. Aku rasalah. Beliau merasa sangat rare apabila dianugerahkan Nobel Prize.
Nobel Lecture.
Ahlul muzik bersyarah pasal sasteranya sendiri. Itulah yang dilakukan oleh Bob Dylan. Beliau cuba mencari celah mana muziknya boleh dikaitkan dengan Sastera. Dan akan berusaha menyampaikan syarahan yang berbaloi untuk didengar (dibaca).
Ianya bermula apabila Bob Dylan mengenali Buddy Holly (ahli muzik Amerika pada waktu itu). Bagi beliau, Buddy Holly adalah seorang pemuisi. Muziknya banyak memberi pengaruh dan semangat padanya. Selain dari itu beliau menyebut, Don Quixote, Ivanhoe, Robinson Crusoe, Gulliver’s Travels, Tale of Two Cities, dan beberapa lagi karya ini adalah tipikal yang diajar disekolah. Jadi sudut pandang dunia bagi budak sekolah ditancap dari bacaan sebegitu. Termasuk Bob Dylan. Semua tema lagunya ke arah melihat kehidupan dunia, memahami dan menilai alam. Seperti orang lain. Bob Dylan mahu mencipta karya yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain.
3 Buku Pilihan Bob Dylan.
Moby Dick - All Quiet on the Western Front - The Odyssey
Kesemua tiga buku ini direview oleh Bob Dylan dalam syarahannya. Banyak p**a aku nak tulis. Tapi percayalah, ahlul muzik juga membaca dan rakan2 semua akan terkejut apabila dapat tahu mereka juga membaca novel cinta, sastera, puisi, pantun untuk mendapat idea. Sebagai penutup dan PKP yang masih panjang ini marilah sama2 kita dengarkan alunan muzik
A Hard Rains Gonna Fall oleh Bob Dylan. (Lagu ini dipersembahkan sewaktu menerima anugerah Nobel Prize - tapi bukan Bob Dylan nyanyi)
https://youtu.be/8O7heJ5ILvM
31/03/2020
...disebabkan itulah saya kembali menulis.
Sila tulis karangan yang mempunyai jumlah 500 patah perkataan yang berakhir dengan ayat di atas. 50 Markah
17/03/2020
Bermula jam 12 Malam ini.
Malaysia, berehatlah.