04/06/2026
[SELAMAT DATANG PEMBANTU FELO BAHARU SESI 2025/2026]
Kolej Kediaman Keempat (Bestari) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengalu-alukan kehadiran Encik Afiq Adha bin Azman sebagai Pembantu Felo Baharu Kolej Kediaman Keempat (Bestari) bagi sesi 2025/2026.
Semoga pelantikan ini membawa semangat baharu dalam usaha memperkasa kebajikan, pembangunan sahsiah serta kecemerlangan warga Bestari. Pihak kolej amat berbesar hati menerima kehadiran felo baharu dan berharap agar kerjasama yang terjalin nanti akan terus memantapkan pengurusan serta aktiviti kolej.
Selamat menjalankan amanah dan selamat datang ke keluarga besar Bestari!

01/06/2026
[DIRGAHAYU TUANKU]
Warga Kolej Kediaman Keempat (Bestari), Universiti Malaya merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan, kemakmuran dan keberkatan.
Daulat Tuanku.

26/05/2026
[SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026]✨
Kolej Kediaman Keempat (Bestari) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh warga Universiti Malaya terutamanya warga Kolej Kediaman Keempat.
Semoga raya kali ini lebih bermakna, bukan sekadar meriah di luar, tapi penuh tenang di dalam. Semoga yang jauh didekatkan, yang renggang dieratkan, dan yang lama tersimpan, akhirnya terucap dengan ikhlas.