23/03/2017
As.Salam.di jemput seluruh warga silat kuala lumpur untuk menyaksikan serta memberikan sokongan kepada team silat kuala lumpur dalam kejohanan silat 3 Wilayah yang dijadualkan pada 25hb Mac 2017 berlangsung di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak bersebelahan kompleks renang kuala lumpur bermula jam 9.00pagi hingga 11.00mlm
Datanglah beramai-ramai memberikan sokongan kepada team silat kita..
17/03/2017
Hari ini pesaka kl mengadakan sesi pemilihan atlit bagi mewakili kuala lumpur di Kompleks silat Pesaka K7ala Lumpur di Bandat Tun Razak..pemilihan ini adalah untuk ke kejohanan 3 Wilayah yang di jadualkan pada 27,28,29hb Mac ini di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak
Prsaka kuala lumpur mengharapkan yang terbaik..
Pesaka kuala lumpur mengajak semua Wargakota datang menyokong Team Kuala Lumpur..
27/12/2015
Pertanding berlangsung ...persembahan semasa majlis
Perasmian..
27/12/2015
Kejuaraan Silat Remaja Dunia ke-3 sedang berlangsung di Stadium Titiwangsa Kuala lumpur
Jom semua warga silat dan seluruh bangsa melayu jom sokong silat kejuaraan dari 26hingga 31hb Disember 2015..
18/11/2015
As.Salam. dimaklumkan bahawa pesaka kuala kumpur sedang mencari seseorang untuk mengisi jawatan kosong di Pesaka Kuala Lumpur
Pegawai penyelaras program
Jantina . Lelaki
Umur . 20thn hingga 35 tahun
Pengalam dan kebolehan
Mahir dalam IT
Ada kenderaan sendiri
Keutamaan ahli silat
Mula bertugas bulan disember 2015
Gaji Awal RM1200
Yang berminat boleh berhubung terus dengan
Cikgu Rauf Abdullah Setiausaha Agung Pesaka K L
Di no tel 016-6316076 (whatshaap)
Selamat datang ke Pesaka Kuala Lumpur
Mungkin anda yang kita cari
15/10/2015
Silat telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan yang mana pada 18hb September yang lalu Pedana Menteri YAB.Dato'Sri Najib Tun Abd.Razak telah nengistiharkan bahawa Silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Negara..Alhamdulillah..perjuangan kita lebih 30 tahun ini akhirnya berjaya..ini ada kejayaan kepada semua warga silat di seluruh Negara. Tahniah..tahniah terutama kepada kepimpinan Pesaka Malaysia..YB.Senator Tan Sri Dr.Hj.Mohd Ali bin Mohd Rustam Presiden Pesaka Malaysia dan yang kuat berusaha YB.Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omar Din. Setiausaha Agung
Pesaka Malaysia. Serta seluruh kepimpinan dan exco pesaka malaysia yang lain..tahniah
Pengiktirafan telah kita perolehi ibarat kunci sudah di tangan cuma terserah kepada kita sekarang untuk memacu kearah mana silat kini..ibarat kita baru dapat kemerdekaan maka bagaimana kita warga silat nak mengisi kemerdekaan tersebut..agar kita kearah yang lebih kukuh serta berada di landasan yang lebih tepat untuk memacu ke masa kegemilangan dan silat tidak akan layu serta pupus di bumi malaysia dan dunia amnya..
Oleh itu dengan hormat di pinta pandangan dari seluruh warga silat tidak kira lapisan peringkat umur dan kedudukan dalam persilatan atau pencinta silat atau pemerhati setia silat sila berikan pandangan dan cadangan agar silat dapat di tingkatkan serta silat juga dapat menyumbang kepada kegaikan warganya,negara dan rakyat umum anhya..
Terima kasih..
05/10/2015
Pesaka kuala lumpur sedang mempersiapkan pasukan untuk menghadapi pemilihan 3 wilayah persekutuan bagi memilih atlit SUKMA ke Sukan Malaysia Sarawak..
Bagi berumur 16 hingga 20 tahun boleh hadir ke latihan kerana masih ada kelas yang kosong terutamanya atlit putri..boleh berhubung dengan cikgu..Sharin Shukor/ Sudirman/ Cikgu Hazli Adnan/halim hamit/mazri mamat/ latihan hari isnin di Sekolah Sukan Kuala Lumpur, hari Selasa di Pesaka Kuala Lumpur, Rabu Sekolah Sukan, Khamis di Pesaka Kuala Lumpur, jumaat di Sekolah Sukan..
Jom sertai team Pesaka Kuala Lumpur..
Pemilihan Sukma pada 5hb November dan 6hb November 2015
10/09/2015
Kuala lumpur 4 layak ke separuh akhir..di kejohanan antarabangsa malaysia
Mari ramai-ramai sokong team silat kita
03/09/2015
Team pasukan kuala lumpur akan menyertai kejohanan silat jemputan malaysia dan antarabangsa pada 9hb hingga 12hb september di stadium titiwangsa kuala lumpur 24 pasukan menyertai kejohanan ini..luar dan dalam negara..jom ramai-ramai warga silat kuala kumpur turun sokong team silat kita..
12/08/2015
As.Salam kepada semua warga silat kuala lumpur dimaklumkan bahawa Pesaka Kuala Lumpur dengan kepimpinan Presiden..Y.Bhg.En.Mohamad Assri bin Ismail serta seluruh exco nenjemput semua warga Silat Kuala Lumpur hadir ke majlis Rumah Terbuka Bersama Pesaka Kuala Lumpur pada 14hb Ogos 2015 Jam 8.00 Malam di
End Lot Bistro Taman Tenaga Kuala Lumpur..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN