E- Jati Furniture

E- Jati Furniture

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from E- Jati Furniture, Sentul Utama, Kuala Lumpur.

08/06/2023

kuih bakar kedut untuk sahabat😍
semoga gembira menerimanya🌹🌹
😘😘 sudi ke anda semua jd sahabat jugak😍

☘️resepi kuih bakar☘️☘️
1 cawan telur ( x kira brapa biji telur.. boh je brapa biji sampai cukup 1 cwn)
1cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
2 cawan santan ( bersama air daun pndan.. agak2 la ye kepekatan santn yg kita nak)
sdikit garam
pewarna hijau epal
sdikit emulco pandan ( utk aroma yg sdp x boh pn x pe).. ( campur semua blend... tapis)
bijan d sangai utk tabur bila kuih bakar dh masak... ( blh je boh bila kuih dh 3/4 masak supaya x tenggelam bila masak)
bakar suhu180 ... 30 mnt @ ikut suhu masing2..
☘️bytgkhuzanika🙂☘️☘️




07/06/2023

Kek pisang merelit

Bahan-bahan

15 biji pisang kalau saiz kecil sekecil pisang lemak manis.
Kalau sebesar pisang mas 10 biji sahaja.
Kalau sebesar pisang yang orang selalu bawa gi masjid tu, cukup 5 biji saja.
4 biji telur
1 cawan @ 3/4 gula perang..(.gula putih pon boleh, tapi akak s**a guna gula perang dalam setiap masakan. )
2 cawan tepung gandum ...akak guna tepung faeza.
3/4 cawan minyak
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder double action..(guna yg double action ni menutup bau soda. )
Secubit garam.

Caranya:
Lenyekkan pisang dalam mangkuk adunan. Biarkan. (Pisang jangan blend untuk nampak urat2 pisang bila kek dah masak.)

Blend telur, minyak n gula sampai betul betul kembang. Campurkan ke dalam adunan pisang tadi.

Ambil pengayak. Ayak terus tepung, baking powder n soda ke dalam adunan tadi.

Masukkan secubit garam. Gaul sebati. Dah siap.

Ok. Biarkan 1 @2 jam dahulu sebelum di bakar @ kukus. Dua2 boleh. (Nak bakar @ kukus terus pun boleh...tapi untuk kejadian kek yg lebih cantik, kena biarkan dahulu. Bagi sebati semua bahan).
Oven akak The Baker 100 liter, guna api atas bawah, Suhu atas 150°, bawah 180° selama 50 minit. Dah masak biarkan 15 minit dulu sebelum diterbalikkan keluar dari loyang.

Dari resepi ni , Kita boleh buat kek pisang 2 benua, 4 benua , kek pisang cheese, kek keret, kek labu. Tukarkan jer pisang tu.

Kredit: Fieza Afieza

03/06/2023

Resepi Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau :

500 gram kacang hijau

2 cawan gula

1 cawan kelapa parut

1/2 cawan tepung gandum

Secubit garam

Air untuk merebus kacang hijau

* Gunakan cawan penyukat metrik s**atan 250 ml untuk sama dan tepat.

Cara Buat Resepi Kuih Kasturi :

#1: Rebus kacang hijau hingga hancur guna salah satu kaedah yang ditulis dalam tips atas. Bila dah nak nampak hancur, buang air sedikit dan keringkan sedikti sebelum masukkan bahan lain seperti kelapa parut, tepung gandum, gula dan secubit garam.

Teruskan mengacau sehingga inti kacang hijau ini betul-betul kering. Guna api kecil ya untuk elak hangit.

#2: Selepas dah kering, angkat dan sejukkan inti sebelum anda sapu tangan dengan minyak sedikit. Bentukkan bulat-bulat inti pada saiz yang hampir sama, lepas tu tekan menjadi l***r.

Ok dah siap Langkah 1, kita teruskan dengan Langkah 2 untuk bancuhan kulit luar kuih kasturi.

Sedap sungguh resepi kuih kasturi kacang hijau ni. Dengan kulit luar yang rangup, memang terbaik untuk dicuba. Kami beri tips dan resepi lengkap . Best kan.

Bahan Resepi Bancuhan Kulit Luar Kuih Kacang Hijau :

2 cawan tepung beras cap 1 gajah

1 sudu teh air kapur pekat

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

1 biji telor

Air ais untuk rangupkan kulit

Cara Buat :

#1: Bancuh semua bahan sehingga dapat kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair ya. Biarkan ianya pekat mengalir.

Panaskan minyak banyak dalam kuali. Bila dah panas, celup inti kuih kacang hijau tadi ke dalam bancuhan tepung beras dan goreng. Goreng 3-4 biji sekali gorengan.

Bila dah nampak kulit kekuningan, terbalikkan dan bila dah masak, toskan kuih.

Dah siap dah resepi kuih kasturi mudah untuk anda cuba sendiri di rumah.

Sumber: Resepi Mama

03/06/2023

RESEPI NASI GORENG DAGING

Bahan-bahan :
Nasi
Daging potong nipis.
Bawang besar tumbuk.
Bawang putih tumbuk.
Ikan bilis tumbuk.
Cili kisar.
(Nak pedas + cili padi.)
Kubis, daun kucai.
(Sayur ikut citarasa.)
Telur ikut nak buh brp biji.
Kicap.
Sedikit cili sos.
Garam secukup rasa.
Sedikit serbuk perasa.
(Tak nak buh tak apa.)

Cara-cara :
1.Tumis bahan tumbuk dgn cili kisar sampai garing.
2.Masukkan daging dan sedikit air, masak sampai daging empuk dan air kering ya.
3.Kemudian masuk telur, biar j*p sampai telur mengeras baru kacau.
4.lepas tu masukkan cili sos, kicap, garam, serbuk perasa dan sayur, kacau bagi sebati.
5.Last sekali masuklah nasi kacau kacau sama rata, sesuaikan rasa.. tutup api siap.

Credit : Che Marlyah

02/06/2023

LEMPENG NAIK:

(mkn dgn kuah kari)

4cwn tpg gandum

1paket yis mauripan

4sdb gula

garam

2biji telur

air suam

1-satukan ke semua bhn dlm bekas..masuk air sedikit2..

2-bancuh adunan sedikit pekat..

3-perap 20minit

dh perap..

4-buh minyak sedikit dlm kuali..

5-ambik sesenduk adunan masuk dlm kuali

lebarkan sedikit adunan guna senduk..

6-garing je belah bawah..terus terbalikkan...

buat sampai abis..

# jgn tekan2 adunan bila diterbalikkan ye..

Credit : Siti Nornaim Keng

02/06/2023

Tiap2 taun ikut resepi ni ja Alhamdulillah ank2 mkn sepuasnya...
nak lagi sedap potong ayam besar2 bila bakar nnti tak kecut dn kering....
Resepi asal tiada edit..
Terima kasih empunya resepi..

Resepi sate ayam merecikkk 😘
(untuk 1ekor ayam)

BAHAN2
-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan)
❗kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam)
Bhn blend
-2 labu bwg besar
-5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)
-1 labu bwg putih
-2 Inci halia
-4 btg serai
(satukan kesemua bhn n blend dgn sdikit air)

Bhn perap
-2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2)
-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)
-2 sk garam
-4 sk serbuk kunyit
-3 sb serbuk jintan manis

CARA2
-dlm bekas besar, masukkan isi ayam yg tlh ditoskan.. Masukkan bhn blend + bhn perap..
-gaul sebati..
-boleh tambah apa yg kurang, gula/garam..
-perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap blk keje smlm, ptg td baru bkr)
-bila dh perap, baru cucuk ye..
-nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh..
-lebihan perapan td,ambil sedikit, letak dlm mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya)
-sy bakar td, dlm 5min dah Masak, sbb dh perap semalaman..
-masa bakar tu renjiskan dgn bhn renjis ye.. Biar sate tu, basah je..
Mkn camtu pon dh sedap, sbb dah cukup rasa..
Selamat mencuba 😘

KUAH KACANG
Bahan2
-1 ½ cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, n blend/tumbuk separa halus. Sy blend je, jgn hlus sgt ye)
-segenggam cili kering (potong, rebus)
-2 labu bwg besar
-2 Inci halia
(blend bhn bertnda dgn sdikit air)
-1 btg serai (ketuk)
-2 kpg gula melaka
-1/2 cwn gula
-garam
-3 cwn air
-1 kotak santan
-2 kpg asam keping

Cara2
-panaskan minyak, jgn sikit sgt, jgn b*k sgt..
-tumiskan bhn blend, masukkan serai.. (tumis smpai pecah minyak)
-masukkan kacang, gaul sebati..
-masukkan air, biar mndidih.. (api slow)
-Nmpk dh kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, n asam..
-masak sampai kuah Jd pekat..
-rasakan n boleh tmbh apa yg kurang..
-siap

Klu xnk letak santan pon Xpe, just guna air je..
Klu sy, sy s**a ltk santan..

Kredit resepi
Siti Norizan sahabat MAHN

02/06/2023

Resepi Roti Canai Gebu

Bahan-bahan-
1 sudu besar gula*
1 sudu besar susu pekat*
1 sudu besar planta* (cairkan dalam kuali)
1 sudu kecil KFC garam*
1 cawan air sejuk dari peti*
4 cawan gandum

Cara penyediaan:-

1. Sebatikan semua bahan bertanda untuk bagi gula larut.

2. Kemudian, masukkan gandum sedikit-sedikit sambil uli.

3. Uli sehingga doh jadi licin. Kemudian bulatkan mengikut saiz yang dimahukan. Agak-agak sahaja.

Tips: Pemilik resipi buat dapat 10 biji. Mahu lebih besar, boleh buat 8 biji sahaja.

4. Kemudian, sapu minyak. Sebenarnya minyak tersebut sedikit sahaja, tapi apabila sudah tengelam roti tersebut nampak macam banyak.

5. Dalam 3-4 jam sudah boleh goreng. Semasa tebar dengan goreng minyak sudah tidak perlu guna banyak sangat

Kredit: Rohani Ibrahim

01/06/2023

Layan Air soda laici herb...sedap sgt😋SeMangkok besar buat...ank2 asyik ulang alik buka peti ais 😂

Bahan bahan yang diperlukan:
*1 botol besar air aiskrim soda.
*1 tin laici /guna longan pun boleh.
*2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
*1 biji lemon ~ dihiris nipis.
* asam boi putih.
ais batu secukupnya.

Cara caranya:
-Cuci semua bahan hingga bersih.
-Hiriskan lemon nipis nipis.
-Letakkan daun pudina.
-Masukkan lemon yang telah dihiris.
-Diikuti asam boi putih.
-Masukkan 1 tin buah laici / longan.( tmsk airnya)
-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
-mskkan ais batu
-perah ckit lemon agak dlm stgh bj msk dlm
-Akhir sekali masukkan serai yg telah diketuk

Sumber : Sue Fiysya

22/05/2023

B U T T E R P O T A T O GRILLED

Anak tak nk mkan nasik..
Tapi sebab nk bagi diorg kenyang
Bakor je la kentang ni banyak2..senang...
Diorg lapar makan ni jer.. buat mcm snacks ...
Tapi kenyang.. Ok la kan...

BAHAN :
10 bj kentang Holland/India
(Saiz kecik comel je tau, potong 4)
5 ulas bwg putih (cincang halus)
3@4 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk cukup rasa (atau boleh guna 1 kiub pati ayam)
1 sudu besar gula
2 sudu besar chili flakes (kalau nk pedas la)
1 sudu besar daun parsley/dry rosemary
1. Gaul semua bahan
2. Susun dalam dulang
3. Bakar suhu 180c (25 - 30 minit) - lagi garing lagi sedap
Kitorang makan sekali dengan kulit, tak buang pun 😋

Credit : Elle Izani Ellanie

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Sentul Utama
Kuala Lumpur
51000