PKPP Plantation SDN. BHD.

Call Directions Website Contact the business

PKPP Plantation SDN. BHD. PKPP Plantation mula beroperasi pada 1 hb April 2017. Dahulunya dikenali sebagai LKPP Timber Sdn Bhd

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-6931 Ogos 2026 | Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiKemerdekaan bukan sekadar ...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan amanah untuk terus membina sebuah negara yang bersatu, sejahtera, maju dan berdaya tahan.

Dengan semangat Malaysia MADANI, marilah kita memperkukuh perpaduan, menghargai kepelbagaian dan bersama-sama menyumbang kepada kemajuan Malaysia.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik-baik teladan dalam segenap aspek kehidupan,...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.
Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik-baik teladan dalam segenap aspek kehidupan, termasuklah keperibadian mulia, kejujuran, dan dedikasi. Mari kita jadikan akhlak Baginda sebagai panduan utama dalam membina kecemerlangan diri dan organisasi.
Sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di hari kelak.
Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Seluruh Warga Perkhidmatan PKPP Plantation Sdn. Bhd.

Seluruh warga kerja PKPP Plantation Sdn. Bhd. merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat sempena Ula...
30/07/2026

Seluruh warga kerja PKPP Plantation Sdn. Bhd. merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta terus memayungi negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh kebijaksanaan, kemakmuran dan keberkatan.

Daulat Tuanku.

SEKITAR PROGRAM LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI PKPP KE LADANG PKPP SUNGAI CHALIT, RAUB.23 Julai 2026 | KhamisTelah berlang...
24/07/2026

SEKITAR PROGRAM LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI PKPP KE LADANG PKPP SUNGAI CHALIT, RAUB.

23 Julai 2026 | Khamis

Telah berlangsung Program Lawatan Pengurusan Tertinggi PKPP ke Ladang PKPP Sungai Chalit, Raub, Pahang yang disertai oleh YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim bersama Pengurusan Tertinggi PKPP bagi meninjau secara langsung perkembangan operasi ladang.

Lawatan ini diadakan bagi meninjau pelaksanaan operasi ladang serta mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai isu-isu semasa yang memberi impak kepada pengurusan ladang, khususnya berkaitan serangan pisang hutan dan pencerobohan kawasan.

Hasil daripada lawatan ini, beberapa langkah strategik telah dikenal pasti bagi memperkukuhkan kawalan aset, meningkatkan keberkesanan pemantauan, mempertingkat kecekapan operasi ladang serta mempercepatkan tindakan penyelesaian terhadap isu pencerobohan melalui pendekatan yang bersepadu, konstruktif dan berhemah.

Salam Maal Hijrah 1448HSelamat Menyambut Awal Muharam 1448H kepada seluruh umat Islam.Semoga kedatangan tahun baharu Hij...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuhkan keimanan serta meningkatkan azam dan usaha ke arah kehidupan yang lebih baik.

Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dengan menanam semangat perubahan, perpaduan dan istiqamah dalam setiap perkara yang dilakukan.

"Hijrah Membawa Berkat, Muhasabah Membina Ummah."

Taklimat Penggunaan Automated External Defibrillator (AED)Telah berlangsung dengan jayanya Taklimat Penggunaan Automated...
16/06/2026

Taklimat Penggunaan Automated External Defibrillator (AED)

Telah berlangsung dengan jayanya Taklimat Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) kepada kakitangan Ibu Pejabat. Taklimat ini telah disampaikan oleh Velkan daripada Medishield First Aid Supplies Sdn Bhd.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman kepada kakitangan mengenai penggunaan AED sebagai langkah awal menyelamatkan nyawa ketika menghadapi situasi kecemasan.

Terima kasih kepada semua kakitangan yang telah hadir serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi taklimat berlangsung.

Mesyuarat Jawatankuasa Risiko Bil. 07 (01/2026), Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Bil. 08 (01/2026) dan Mesyuarat Jawa...
12/06/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Risiko Bil. 07 (01/2026), Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Bil. 08 (01/2026) dan Mesyuarat Jawatankuasa MSPO Bil. 23 (01/2026) telah diadakan pada 9 Jun 2026 di Zenith Hotel Cameron yang melibatkan penyertaan ahli jawatankuasa yang dilantik di peringkat ibupejabat dan ladang. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan serta menilai isu-isu berkaitan pengurusan risiko syarikat, pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) dan pematuhan terhadap keperluan pensijilan MSPO.

Perbincangan tertumpu kepada status risiko utama organisasi, keberkesanan langkah kawalan dan mitigasi risiko, inisiatif pemerkasaan integriti serta budaya anti rasuah, di samping meneliti aspek pematuhan dan penambahbaikan berterusan bagi memenuhi keperluan pensijilan MSPO. Mesyuarat ini turut menjadi platform untuk menyelaraskan tindakan serta memperkukuh komitmen organisasi ke arah urus tadbir yang berkesan, berintegriti dan mampan.

Daulat TuankuMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Muli...
31/05/2026

Daulat Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keafiatan dan dilimpahi rahmat serta hidayah Allah SWT dalam memayungi negara dan rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku

30/05/2026
Salam Aidiladha 1447HSelamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga pengorbanan, keikhlasan dan ...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dipupuk pada hari mulia ini membawa keberkatan serta mengeratkan silaturahim sesama kita.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan dirahmati Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.”

Ikhlas daripada kami,
Selamat Hari Raya Aidiladha.

Address

B56 & B58, Jalan Kurnia Jaya 2
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:15
Tuesday 08:15 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:15
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:15 - 17:15

Telephone

+6095319797

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPP Plantation SDN. BHD. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PKPP Plantation SDN. BHD.:

Shortcuts

Share