02/08/2026
⚠️ AMARAN PENIPUAN (SCAM ALERT) ⚠️
SK Furniture Trading TIDAK TERLIBAT dengan akaun yang dipaparkan dalam gambar ini.
Pihak SK Furniture Trading ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama
“S.K Furniture” serta maklumat syarikat kami
untuk melakukan penipuan secara dalam talian.
⚠️ Kami ingin menegaskan bahawa akaun Facebook, akaun bank atau kod QR pembayaran yang dipaparkan dalam gambar tersebut BUKAN milik SK Furniture Trading.
Sila JANGAN membuat sebarang pembayaran kepada pihak yang tidak dikenali sebelum mengesahkan dengan kami.
Maklumat rasmi SK Furniture Trading adalah seperti berikut:
🏢 SK Furniture Trading
No. Pendaftaran Perniagaan
• CA0074762-H (Lama)
• 200303134133 (Baharu)
📍 Cawangan Wong Ah Jang
B96 – B98, Jalan Dato Wong Ah Jang,
25100 Kuantan, Pahang.
☎️ 09-514 2655
📱 012-983 8908
📍 Cawangan Taman Tas
No. 17–19, Jalan Tas 2, Taman Tas,
25150 Kuantan, Pahang.
☎️ 09-539 3930
📱 012-989 8729
🙏 Kami memohon kerjasama semua pelanggan agar sentiasa menghubungi nombor rasmi kami untuk pengesahan sebelum membuat sebarang pembayaran atau urusan pembelian.
Sekiranya anda telah dihubungi oleh akaun yang mencurigakan menggunakan nama S.K Furniture, sila abaikan dan laporkan akaun tersebut kepada Facebook serta maklumkan kepada kami dengan segera.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada SK Furniture Trading.
Harap sebarkan notis ini supaya lebih ramai orang tidak menjadi mangsa penipuan.