11/02/2023
Penilaian Akhir SKM Modular tahap 2.
4/4 calon TERAMPIL CEMERLANG (Competent)
ASAS ROTI (Bakery Production)
8 FEBRUARI 2023 dinilai Dan disahkan oleh PPL Pn Mesraliza.
Tahniah semua calon.
menjual roti dan donat pelbagai jenis dari murid permata bakery
11/02/2023
Penilaian Akhir SKM Modular tahap 2.
4/4 calon TERAMPIL CEMERLANG (Competent)
ASAS ROTI (Bakery Production)
8 FEBRUARI 2023 dinilai Dan disahkan oleh PPL Pn Mesraliza.
Tahniah semua calon.
28/10/2022
Tempahan 1400 psc bun sosej....
Banyak oooi seribu roti sampai x sempat ambil gambar yg cantik2. Alhamdulillah syukur.
Kami Cuba, kami cabar diri ambil tempahan banyak ni... Peluh weh...
Tunggu Q berderet untuk sauna. Selesai 5.15pm.
Simpan kenangan anak2 Permata Bakery PPKI SMKKJ
06/10/2022
Aktiviti Permata Bakery Hari ini.
Gembirakan mereka dengan garlic bread & mashroom soup yang kami buat bersama.
05/10/2022
Tempahan program PPPU.
Terima kasih Pn Wan Aida support produk Permata Bakery PPKI SMKKJ.
Rezeki aiman Dan Jastin dapat upah ❤️
28/09/2022
Task:
30 pax roti Arab kari ayam.
15 pax roti (3 keping)
5kg (tepung HP+ tepung gandum + tepung gandum penuh)
Cg Jue GM (Pendaftaran Calon SKM Modular)
Tq anak2 Permata, cg Nora, Ika,Linda
27/09/2022
Produk baru Permata Bakery
-Roti arab
Assalam.
Resepi donat Chef Khairi Mansor TAC SMK Kelana Jaya.
Resipi donut yg biasa saya gunakan..🍩🍞🥯
500gm tepung hp
15gm yeast
10gm kfine cream
50gm gula castor
5gm garam
75gm butter
20gm susu tepung
300gm (air sejuk + 2bj telor B + 4bj ice kiub)(total 300gm utk campuran air/ais/telor)
* X faham sila tanya..
* Gunakan campuran minyak masak + shortening utk menggoreng.(1:1)
* Pic - doh 40gm
* Doh yg telah d bentuk, diletak d atas tray yg telah d lapik plastik & berminyak. (Taburan tepung jdkan permukaan donut kering & mmbuat minyak gorengan cepat kotor)
* Pic - gunakan gula castor tanpa campuran gula icing
* Insyaallah dgn teknik yg betul, donut mampu bertahan lembut sehingga lebih dr 24 jam. 🍩
*Kfine cream boleh dptkn dr agent @ kedai2 bahan bakeri terdekat.
*kfine cream - kombinasi softener, improver & ubat tahan.
23/09/2022
Alhamdulillah
Donat Permata Bakery boleh dijual kembali di Koperasi SMKKJ.
28/08/2022
Tempahan 650psc bun kacang merah. ✅
30/06/2022
Pizza Permata Bakery