07/04/2026
PENGAMBILAN PELAJAR BARU KE PUSAT JAGAAN DARUL SAKINAH ANGKASA 2026/2027
Syarat-syarat kemasukan:
1) Lelaki
2) Berumur 9-11 Tahun
3) Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Asnaf Faqir Miskin.
Keistimewaan kepada Penghuni:
1) Pelajar akan tinggal di Pusat Jagaan Darul Sakinah tanpa sebarang yuran dikenakan.
2) Pelajar akan didaftarkan disekolah berdekatan dengan PJDS dan semua kos untuk persekolahan ditanggung termasuk kos yuran, pakaian sekolah, alat tulis dan yuran aktiviti dan program disekolah.
3. Pelajar akan diberikan program-program tambahan seperti kelas tambahan akademi, latihan nasyid dan latihan sukan
4. Aktiviti lawatan dan sukan turut disediakan secara percuma.
Alamat:
Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA, No 20 Jalan Nuri 7/8 Seksyen 7, 47810 Kota Damansara, Selangor.
UNTUK PERTANYAAN DAN MEMOHON BORANG PENDAFTARAN SILA HUBUNGI :
017 963 5506 》Encik Muhamad Ridhwan Bin Abdul Munir
(https://wa.me/60179635506?text=Permohonan.PJDS)
014-5343761 》 Encik Muhammad Aisy Ajwad Bin Samsul
(https://wa.me/60122934307?text=Permohonan.PJDS)
011-16700700 》 Encik Zulkernain Abd Aziz
(https://wa.me/601116700700?text=Permohonan.PJDS)
29/03/2026
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan. Inilah masa terbaik untuk kita melipatgandakan amalan, khususnya amalan bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan.
Rasulullah SAW merupakan insan yang paling pemurah, dan Baginda menjadi lebih pemurah lagi apabila tiba bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bahawa bersedekah pada bulan ini mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Dalam hadis lain, Baginda SAW juga bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang tersebut sedikit pun.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Pusat Jagaan Darul Sakinah menjemput anda untuk bersama-sama membantu anak-anak yatim dan asnaf . Sumbangan anda, sama ada dalam bentuk wang, makanan, pakaian, atau keperluan asas, amatlah dihargai. Jom hulurkan tangan, ringankan beban. Setiap kebaikan yang anda beri menjadi saham akhirat.
Untuk sumbangan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 0122934307 . - En Aisy
📍 No 20 Jalan Nuri 7/8 Seksyen 7 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor
💰 CIMB BANK- 8602733918
Semoga Allah membalas dengan ganjaran berlipat ganda. Aamiin!
29/03/2026
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Baba Nyonya atas sumbangan baju raya serta barang keperluan harian yang amat bermakna ini. Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban, malah menceriakan sambutan Aidilfitri kepada kami.
Keprihatinan dan kemurahan hati pihak tuan/puan jelas mencerminkan semangat perpaduan dan kasih sayang dalam masyarakat kita. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan keberkatan, rezeki yang melimpah, serta kebahagiaan yang berpanjangan.
Terima kasih sekali lagi atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.
29/03/2026
Alhamdulillah Terima kasih kepada penyumbang makanan menu sahur Semoga rezeki melimpah ruah dipermudahkan segala urusan amin Semoga dengan sumbangan ini dapat meringan beban dan memberikan kegembiraan kepada anak-anak PJDS.
Pusat Jagaan Darul Sakinah menjemput anda untuk bersama-sama membantu anak-anak yatim dan asnaf . Sumbangan anda, sama ada dalam bentuk wang, makanan, pakaian, atau keperluan asas, amatlah dihargai. Jom hulurkan tangan, ringankan beban. Setiap kebaikan yang anda beri menjadi saham akhirat.
Untuk sumbangan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 0122934307 . - En Aisy
📍 No 20 Jalan Nuri 7/8 Seksyen 7 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor
💰 CIMB BANK- 8602733918
Semoga Allah membalas dengan ganjaran berlipat ganda. Aamiin!
25/02/2026
Terima kasih kepada Mee Hiris Elmina kerana sudi meraikan anak-anak Pusat Jagaan Darul Sakinah semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ☺️ Alhamdulillah 🤲
31/12/2025
🌙 Tazkirah Ringkas: Jangan Lupa Zakat 🌙
Zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi satu ibadah yang menyucikan harta dan jiwa. Dengan menunaikan zakat, kita berkongsi rezeki yang Allah pinjamkan kepada kita dengan mereka yang memerlukan.
Allah SWT berfirman:
“Ambillah zakat daripada harta mereka, untuk membersihkan dan menyucikan mereka.”
(Surah At-Taubah: 103)
Harta yang dizakatkan tidak akan berkurang, malah bertambah dengan keberkatan. Jangan berlengah apabila cukup syarat dan haulnya.
Semoga setiap rezeki yang kita miliki menjadi asbab keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. 🤲✨
Pusat Jagaan Darul Sakinah menjemput anda untuk bersama-sama membantu anak-anak yatim dan asnaf . Sumbangan anda, sama ada dalam bentuk wang, makanan, pakaian, atau keperluan asas, amatlah dihargai. Jom hulurkan tangan, ringankan beban. Setiap kebaikan yang anda beri menjadi saham akhirat.
Untuk sumbangan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 0122934307 . - En Aisy
📍 No 20 Jalan Nuri 7/8 Seksyen 7 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor
💰 CIMB BANK- 8602733918
Semoga Allah membalas dengan ganjaran berlipat ganda. Aamiin!
31/12/2025
Amalan Bersedekah ✨
Tahukah kita, sedekah tidak pernah mengurangkan harta, bahkan menambah keberkatan hidup.
Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada tiap-tiap tangkai itu seratus biji.”
📖 (Surah al-Baqarah: 261)
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sedekah itu adalah bukti keimanan.”
📚 (Riwayat Muslim)
Sedekah bukan hanya wang ringgit.
✔ Senyuman
✔ Bantuan kecil
✔ Kata-kata baik
✔ Menghilangkan kesusahan orang lain
Semua itu juga adalah sedekah.
Jangan tunggu kaya untuk memberi.
Memberilah, kerana dengan memberi Allah akan menambah.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang ringan tangan, ikhlas bersedekah dan mendapat ganjaran di dunia serta akhirat. 🤲
Pusat Jagaan Darul Sakinah menjemput anda untuk bersama-sama membantu anak-anak yatim dan asnaf . Sumbangan anda, sama ada dalam bentuk wang, makanan, pakaian, atau keperluan asas, amatlah dihargai. Jom hulurkan tangan, ringankan beban. Setiap kebaikan yang anda beri menjadi saham akhirat.
Untuk sumbangan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 0122934307 . - En Aisy
📍 No 20 Jalan Nuri 7/8 Seksyen 7 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor
💰 CIMB BANK- 8602733918
Semoga Allah membalas dengan ganjaran berlipat ganda. Aamiin!
31/12/2025
Al-Qur’an sebagai Petunjuk Hidup
Hadis Rasulullah ﷺ:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi berpegang kepadanya: Kitab Allah dan sunnahku.”
(Riwayat Malik, al-Hakim)
Hadis ini menegaskan bahawa keselamatan dan kejayaan umat Islam terletak pada:
• Berpegang teguh kepada Al-Qur’an
• Mengikuti sunnah Rasulullah ﷺ
Selagi umat Islam menjadikan dua sumber ini sebagai panduan utama, mereka akan berada di atas jalan yang lurus dan diredai Allah.
Pusat Jagaan Darul Sakinah menjemput anda untuk bersama-sama membantu anak-anak yatim dan asnaf . Sumbangan anda, sama ada dalam bentuk wang, makanan, pakaian, atau keperluan asas, amatlah dihargai. Jom hulurkan tangan, ringankan beban. Setiap kebaikan yang anda beri menjadi saham akhirat.
Untuk sumbangan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 0122934307 . - En Aisy
📍 No 20 Jalan Nuri 7/8 Seksyen 7 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor
💰 CIMB BANK- 8602733918
31/12/2025
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PELAJAR KOLEJ VOKESIONAL 💪