Selayang Hospital

Selayang Hospital

Share

Disclaimer : This is an official pages for Selayang Hospital. This hospital provides secondary and selected national tertiary care services.

Selayang Hospital is a fully government hospital with 960 inpatient beds and 20 clinical disciplines located in Selayang in the Gombak District, Selangor, Malaysia. Located in Batu Caves, Malaysia.

Photos from Jabatan Kesihatan Negeri Selangor's post 21/08/2026
Photos from CPK Negeri Selangor's post 21/08/2026

PERANAN JABATAN KECEMASAN & TRAUMA

Jabatan Kecemasan & Trauma berperanan memastikan pesakit menerima rawatan berdasarkan tahap dan keperluan klinikal.

โฑ๏ธ Pesakit kritikal diutamakan bagi memastikan rawatan segera diberikan kepada mereka yang berada dalam keadaan mengancam nyawa.

Terima kasih atas kefahaman dan kerjasama semua. ๐Ÿ’™

Photos from Selayang Hospital's post 21/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEMANGAT MERDEKA, JIWA BERSAMA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sambutan Hari Kemerdekaan & Perhimpunan Bulanan Hospital Selayang bagi Bulan Ogos 2026 berlangsung dengan penuh semangat dan bermakna di Auditorium Hospital Selayang.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang dipimpin oleh Team Choir daripada Unit Kejururawatan, menyemarakkan suasana dan menyatukan warga Hospital Selayang dalam semangat kecintaan kepada tanah air. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽถ

Antara pengisian menarik yang turut mewarnai program ialah Kahoot Merdeka, yang menguji pengetahuan warga hospital berkaitan sejarah dan kenegaraan, diikuti dengan penyampaian sijil dan anugerah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. ๐Ÿ‘๐Ÿ†

Perhimpunan turut diserikan dengan perkongsian daripada Jabatan Pediatrik, selain pembentangan simulasi Code Blue yang menekankan aspek kesiapsiagaan, koordinasi dan tindakan pantas dalam pengurusan situasi kecemasan.

Pengisian yang pelbagai ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, malah menjadi platform untuk warga Hospital Selayang berkongsi ilmu, menghargai pencapaian serta memperkukuh semangat kerja berpasukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Hospital Selayang yang telah bersama-sama menjayakan serta memeriahkan sambutan pada kali ini.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semangat Merdeka terus disemai, kecemerlangan perkhidmatan terus digapai.







19/08/2026

BELAJAR DARIPADA ALAM: โ€œCROWN SHYNESSโ€ DI HOSPITAL SELAYANG

Pernahkah kita memerhatikan fenomena Crown Shyness pada pokok Dryobalanops aromatica?

Dahan-dahannya tumbuh tinggi dan saling membentuk kanopi, namun uniknya, dahan-dahan tersebut tidak bersentuhan antara satu sama lain. Seolah-olah setiap dahan memahami ruang, batas dan kedudukannya โ€” namun tetap tumbuh bersama untuk membentuk sebuah ekosistem yang indah.

Begitu juga dalam organisasi Hospital Selayang.๐ŸŒฟ

Kita hadir daripada pelbagai disiplin, jawatan, unit dan latar belakang. Ada yang bekerja di hadapan, ada yang di belakang tabir. Ada yang merawat, ada yang mengurus, ada yang menyokong dan memastikan setiap urusan berjalan lancar.

Kita mungkin berbeza peranan, tetapi kita berkongsi satu tujuan โ€” memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan memastikan Hospital Selayang terus cemerlang.

Fenomena crown shyness mengajar kita bahawa hormat-menghormati tidak semestinya memerlukan kita sentiasa dekat, tetapi memerlukan kita memahami batas dan ruang antara satu sama lain.

Dalam kesibukan bekerja, marilah kita belajar untuk:
๐ŸŒฑ Menghormati peranan dan tanggungjawab rakan sekerja.
๐ŸŒฑ Memahami bahawa setiap orang mempunyai cabaran dan beban tugas yang berbeza.
๐ŸŒฑ Bekerjasama tanpa perlu menjatuhkan atau menenggelamkan peranan orang lain.
๐ŸŒฑ Memberi ruang untuk setiap individu berkembang dan menyumbang dengan kemampuan terbaik.

Kerana sebuah hospital tidak mungkin berdiri dengan satu profesyen sahaja.

Doktor memerlukan jururawat.
Jururawat memerlukan penolong pegawai perubatan.
Setiap klinikal memerlukan sokongan bukan klinikal.
Dan setiap warga kerja memerlukan antara satu sama lain.

Jika pepohon mampu tumbuh bersama, saling menaungi dan menghormati ruang masing-masing sehingga membentuk kanopi yang begitu indahโ€ฆ

Apatah lagi kita sebagai manusia.

๐ŸŒณ Berbeza dahan, satu kanopi.
Berbeza peranan, satu matlamat.
Berbeza pandangan, tetap saling menghormati.
Bersama kita mengukuhkan Hospital Selayang.

Kerana organisasi yang hebat bukan tentang siapa yang paling tinggi, tetapi tentang bagaimana setiap โ€œdahanโ€ saling menyokong untuk membentuk sebuah โ€œkanopiโ€ yang kukuh.

Photos from Selayang Hospital's post 19/08/2026

19 Ogos 2026 | Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Hospital Selayang hari ini berkesempatan mengadakan lawatan rasmi Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi sesi libat urus dan perbincangan berkaitan pengurusan perkhidmatan perubatan kepada kakitangan dan pesara FRIM.

Rombongan Hospital Selayang telah disambut dengan penuh mesra oleh YBrs. Tuan Mahmudin Saleh, Timbalan Ketua Pengarah FRIM, bersama warga kerja FRIM.

Selain sesi perbincangan, rombongan turut diberi peluang menikmati keunikan khazanah alam FRIM melalui pengalaman menerokai flora dan fauna, Forest Skywalk serta beberapa tarikan lain yang menyerlahkan keindahan persekitaran hutan penyelidikan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak FRIM atas sambutan dan layanan istimewa yang diberikan. Semoga hubungan strategik dan kerjasama antara Hospital Selayang dan FRIM terus diperkukuh serta dapat dikembangkan pada masa hadapan demi manfaat bersama.

Memperkasa kerjasama, memperkukuh perkhidmatan kesihatan.

Photos from Selayang Hospital's post 18/08/2026

๐ŸŒน SAMAWAR 2026 | SEMINAR KELUARGA BAHAGIA ๐ŸŒน
โ€œSakinah Mawaddah Warahmahโ€

Alhamdulillah, Seminar Keluarga Bahagia (SAMAWAR 2026) telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Hospital Selayang.

Program anjuran Unit Spiritualiti & Hal Ehwal Islam, Hospital Selayang dengan kerjasama rakan-rakan strategik ini menghimpunkan barisan penceramah jemputan yang berkongsi ilmu, pengalaman dan panduan dalam membina keluarga yang harmoni, bahagia dan sejahtera.

Antara penceramah yang menjayakan seminar ini ialah Datoโ€™ Ustaz Kazim Elias, Tuan Hairuddin, Puan Adlil Rajiah dan Tuan Fadzli Aziz, dengan perkongsian yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan berkeluarga.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat dijadikan panduan dalam membina rumah tangga berteraskan Sakinah, Mawaddah dan Warahmah, serta memberi manfaat berpanjangan kepada semua peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penceramah, rakan kerjasama, urus setia serta semua peserta yang bersama-sama menjayakan SAMAWAR 2026. โค๏ธ

Keluarga bahagia, asas kesejahteraan kehidupan.

16/08/2026

Hadiah terbaik yang boleh kita berikan adalah harapan. ๐Ÿซถ๐Ÿป

Jangan lepaskan peluang untuk ikuti sesi Facebook Live
"Derma Organ: Peluang Kedua Bagi Penerima" pada esok pagi, 17 Ogos 2026, jam 10 pagi.

Sama-sama kita tingkatkan kesedaran dan beri sokongan!

See you there! ๐Ÿ‘‹

Photos from Selayang Hospital's post 14/08/2026

PERASMIAN SAMBUTAN PENUTUP MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2026 PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG

Hospital Selayang telah menganjurkan Sambutan Penutup Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026 pada 14 Ogos 2026, bertemakan:

โ€œPenyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari: Perkukuhkan Amalan Yang Berkesanโ€

Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang, dan diserikan dengan persembahan pembukaan oleh para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Nilam.

Sambutan ini menjadi wadah dalam memperkukuhkan kesedaran dan komitmen terhadap kepentingan penyusuan susu ibu sebagai amalan terbaik dalam memberikan permulaan kehidupan yang sihat kepada bayi, di samping menyokong kesejahteraan ibu dan keluarga.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Jabatan Pediatrik serta seluruh Jawatankuasa Rakan Bayi Hospital Selayang atas komitmen, usaha dan dedikasi dalam menjayakan sambutan ini. ๐Ÿ‘๐Ÿ’ช๐Ÿ’โค๏ธ

Bersama memperkukuh amalan penyusuan susu ibu demi generasi yang lebih sihat dan masa depan yang lebih lestari. ๐ŸŒฑ๐Ÿคฑ








13/08/2026

๐Ÿ’š CAHAYA HIJAU, SIMBOL HARAPAN DAN KEHIDUPAN ๐Ÿ’š

Bersempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 dan sambutan Hari Pendermaan Organ Sedunia, Hospital Selayang bersama-sama menyokong usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ.

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif ini, Hospital Selayang diterangi dengan pancaran cahaya berwarna hijau pada 13 Ogos 2026, melambangkan harapan, kehidupan dan peluang kedua buat mereka yang memerlukan.

Pendermaan organ merupakan satu nilai kemanusiaan yang mampu memberi sinar baharu kepada kehidupan insan lain. Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran, memahami kepentingan pendermaan organ dan menyebarkan mesej yang tepat kepada masyarakat.

๐Ÿ’š Satu ikrar, sejuta harapan.
๐Ÿ’š Derma Organ, Demi Kehidupan.








Photos from Selayang Hospital's post 13/08/2026

๐Ÿฉบ MASTERING CLINICAL GUIDELINES 2026 | DERMATOLOGY

Jabatan Dermatologi, Hospital Selayang akan menganjurkan Mastering Clinical Guidelines 2026, sebuah program ilmiah yang memberi fokus kepada Psoriasis Clinical Practice Guidelines dan Dermatology Clinical Guidelines.

๐Ÿ“… 15 November 2026 (Ahad)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Auditorium, Hospital Selayang
๐Ÿ… 8 Mata CPD

Program ini menghimpunkan perkongsian daripada pakar-pakar dalam bidang dermatologi dan disiplin berkaitan, merangkumi pengurusan psoriasis serta pelbagai topik dermatologi klinikal.

Yuran Penyertaan:
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Doktor Kerajaan โ€“ PERCUMA
๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ Jururawat/Penolong Pegawai Perubatan Kerajaan โ€“ PERCUMA
๐Ÿฅ Doktor/Jururawat Swasta โ€“ RM80

๐Ÿ“Œ Tarikh tutup pendaftaran: 30 Oktober 2026

Jangan lepaskan peluang untuk memperkukuh pengetahuan dan mengikuti perkembangan terkini dalam pengurusan dermatologi berasaskan garis panduan klinikal.

Daftar sekarang melalui kod QR yang tertera pada poster.

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Hospital Selayang, Lebuh Raya Selayang-Kepong, Batu Caves
Rawang
68100