15/09/2024
πππππππ πππππππππ ππππ ππππππππ ππππ, ππππππ ππππππ ππππππππ ππππ ππ ππππ'π πππππ.π²πΎ
Tanggal 16 September setiap tahun, kita akan menyambut hari paling bersejarah bagi negara kita selepas negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, iaitu Hari Malaysia.Malaysia mula dibentuk pada 16 September 1963 selepas Tanah Melayu dan Sabah Sarawak (kepulauan Borneo) dan Singapura bersetuju untuk bergabung bagi membentuk negara yang kita namakan sebagai Malaysia sehingga kini.
Hal ini bukan sahaja sebagai lambang penyatuan, tetapi juga semangat perpaduan yang utuh di kalangan pelbagai kaum dan budaya di Malaysia.Oleh itu, kita mestilah menjaga kepelbagaian di dalam negara kita ini.
Semoga kita terus menjaga keharmonian, keamanan, dan kebersamaan yang menjadi kekuatan negara kita. Marilah kita terus bekerja bersama-sama demi kemajuan negara, tanpa melupakan sejarah dan nilai-nilai murni yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Malaysia Madani, Jiwa Merdeka, terus melangkah maju, demi masa depan yang lebih gemilang! Selamat Menyambut Hari Malaysia daripada kami di Dhia's Decorπ²πΎ
15/09/2024
πππππ ππππππππ πππππ πππππ, ππππππ ππππππππ ππππ ππ ππππ'π πππππβ¨
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ψ§ΩΩΩΩ
Ψ΅Ω ΨΉΩΩ Ω
ΨΩ
Ψ― ΩΨΉΩΨ¦ Ψ§Ω Ψ³ΩΨ―ΩΨ§ Ω
ΨΩ
Ψ―.
Alhamdulillah, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi diberi peluang untuk menyambut Maulidur Rasul 1446H, memperingati kelahiran junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW.
Maulidur Rasul adalah waktu yang sangat bermakna untuk kita menghayati akhlak mulia, kepimpinan, dan kasih sayang baginda kepada umatnya. Baginda adalah contoh teladan yang sempurna dalam segala aspek kehidupanβdari ibadah, muamalat, hingga akhlak terhadap sesama manusia.
Pada sambutan ini, marilah kita memperbanyakkan selawat dan memperingati pengorbanan baginda dalam menyampaikan risalah Islam. Lebih daripada itu, semoga kita berusaha mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian serta menjadikan baginda sebagai contoh dalam membina diri, keluarga, dan masyarakat yang lebih baik.
Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW dan menyebarkan kebaikan serta rahmat ke seluruh alam, sesuai dengan gelaran baginda sebagai Rahmatan lil 'Alamin.
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H.
Ikhlas daripada kami di Dhia's Decor.Teruskan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
01/09/2024
πππππππ πππππππ ππππ ππππππππ ππ ππππ'π πππππ!π²πΎ
Atas permintaan yang tinggi daripada pelanggan, promosi sempena Merdeka yang sudah tamat 1 September lalu, kini dilanjutkan sehingga 15 September 2024 bersempena Hari Malaysiaπ²πΎ
Lampu kalimah Allah & Muhammad
SAW - bermula RM 119 sahaja untuk seunit!
Tilam Super Single & Tilam QueenποΈ
Tilam S.Single:
8 inci: RM 220
7 inci: RM 199
Tilam Queen:
12 inci: RM 399
8 inci: RM 219
Boleh walk in ke kedai kami di:
πNo 39-G & 39-1, Jalan Adenium 2G/8, Pusat Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor. (Bersebelahan DHL Express Adenium).
π9 pagi-6 petang setiap hari kecuali hari Selasa.
πGoogle Maps/Waze: Dhia's Decor.
Sila WhatsApp kami di wa.me/60175068957 atau boleh walk in terus ke kedai kami!
Penghantaran percuma seluruh Bukit Beruntung & Bukit Sentosa sahaja! Luar kawasan akan dikenakan cas penghantaran.π
Cepat.Promosi tamat sehingga 15 September 2024 je tau!
31/08/2024
πππππππ πππππππππ ππππ ππππππππππ ππππ ππ-ππ πππππ.ππππππ ππππππ ππππππππ ππππ'π πππππ.π²πΎ
Tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat bagi negara kita.Marilah kita hayati erti kemerdekaan.Eratkan perpaduan di antara kita dalam negara kita, Malaysia yang aman & harmoni.Sudah genap 67 tahun tanah air kita mengecapi kemerdekaan.Semoga semangat kemerdekaan terus tertanam dan berkobar di dalam jiwa seluruh anak bangsa.Pada hari istimewa ini, marilah kita semua bersama-sama meraikan semangat integrasi, kepelbagaian & kemajuan yang telah dicapai oleh negara yang kita cintai ini.Ingatilah segala jasa & pengorbanan perwira negara kita dahulu yang sanggup bermandi darah mempertahankan kedaulatan negara kita ini.Tanpa jasa & pengorbanan mereka, negara kita tidak akan merasa keamanan negara ini.Bersempena dengan tema hari kemerdekaan tahun ini "Malaysia Madani, Jiwa Merdeka", marilah kita memahami maksud yang mendalam ini.Tema ini menekankan kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif yang masih lagi tertanam dalam diri masyarakat iaitu 3 elemen ini, psikologi, iaitu emosi, pemikiran dan tindakan perlu diperkasakan.
Dalam sejarah Malaysia tercinta,
Banyak nyawa telah terkorban,
Kemerdekaan ini amat bermakna,
Lagu merdeka menjadi kebangsaan.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke-67 Tahun daripada kami di Dhia's Decor.Malaysia Madani, Jiwa Merdekaπ²πΎ