20/11/2023
Wajah baru logo Tanjak Uwais
Menjual dan menerima tempahan tanjak kanak-kanak dan dewasa
20/11/2023
Wajah baru logo Tanjak Uwais
12/06/2023
Bismillah...
Assalammualaikum..
Alhamdulillah...
PEMBUKAAN DAN PERASMIAN GELANGGANG SILAT PSSPPAM CAWANGAN PAHANG
Assalamualaikum Tuan / Puan. Kami dari Persatuan Seni Silat Pukulan Pusaka Alam Malaysia menjemput sesiapa sahaja yang berkelapangan untuk hadir ke acara pembukaan gelanggang silat bertempat di FELDA KG. AWAH, TEMERLOH, PAHANG. Majlis akan berlangsung pada :-
Tempat : DEWAN SERBAGUNA FELDA KG. AWAH
Tarikh : 17 JUNE 2023
Waktu : 9.00 Malam - 11.30 Malam
Ringkasan tentatif program:
9.00pm
- Ahli2 masuk mengambil tempat
- Jemputan masuk mengambil tempat
- Ketibaan perguruan2 jemputan kehormat
- Ketibaan Tetamu VIP
9.30pm
- Aluan pengerusi majlis
- Bacaan doa
- Ucapan aluan Guru kanan PSSPPAM
- Ucapan perasmian (Vip)
- Penyampaian cenderahati kepada perasmi
- Ucapan penutup oleh guru adat PSSPPAM
- Demo silat
- Buka gelanggang
- Pelebat
- Tempur dll
- Persembahan perguruan jemputan
- Tutup gelanggang
- Jamuan ringan
- Pendaftaran ahli (baru) gelanggang
- Taklimat ringkas kepada ahli baru
- Doa penutup
11.30pm
- Bersurai
Sehubungan dengan itu, kami membuka pendaftaran pengambilan ahli kepada sesiapa sahaja yang berminat. Lelaki ataupun perempuan, dewasa mahupun kanak-kanak dan tiada had umur
Antara kelebihan menyertai Persatuan Seni Silat Pukulan Pusaka Alam Malaysia:
- Menjadi ahli gelanggang yang berdaftar dan layak mengikuti segala latihan fizikal di seluruh gelanggang silat yang berdaftar dengan PSSPPAM.
- Berpeluang untuk menjadi Gurulatih Silat sepenuh masa yang bertauliah dan layak mengajar dengan Silibus PSSPPAM.
- Layak menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh PSSPAM seperti Pertandingan Silat Tempur, Hari Keluarga, Kursus Silibus, Kursus Gurulatih dan pelbagai lagi.
SILA HUBUNGI UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
014 - 619 5227 ( En. Adam )
014 - 617 3612 (Tn. Rofli )
03/04/2023
TEMPAHAN TANJAK RAYA MASIH DIBUKA
Assalammualaikum, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini khususnya buat sahabat² Tanjak Uwais dan buat seluruh umat muslimin muslimat amnya..
Bagi yang ingin kelihatan segak dan kacak di pagi raya nnt, boleh menambahkan aksessori kekacakan busana raya anda dengan tanjak sentuhan dan solekkan drpd Tanjak Uwais🤭. Selesa dan sesuai dipakai diacara apapun, In Syaa ALLAH...
Kami akan membuat COD sekitar Temerloh dan untuk pelanggan² kami di Selangor dan KL COD akan dibuat dihujung minggu (sabtu/ahad) sahaja. Bagi yg jauh, boleh guna khidmat abam postomen...
Tekan https://wa.me/message/EJOQY3CVLAB2O1 untuk tempahan dan pertanyaan. Kami juga memgalu²kan bagi yg berminat untuk menjadi egent. In Syaa ALLAH...
28/05/2022
Tempahan tanjak untuk hari raya aidiladha kini dibuka. In Syaa ALLAH..
28/05/2022
Alhamdulillah.. In Syaa ALLAH..
Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami.. In Syaa ALLAH
28/05/2022
Alhamdulillah.. Selesai menyelesaikan tempahan tanjak pelanggan kami drpd sekitar Maran. Terima kasih di atas kepeecayaan yg diberikan kepada kami.. In Syaa ALLAH..
28/05/2022
Alhamdulillah.. Selesai menyiapkan tempahan tanjak pelanggan kami drpd Temerloh. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami.. In Syaa ALLAH...
28/05/2022
Selesai menyiapkan tempahan tanjak untuk pelanggan kami daripada Bera. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami.
08/03/2022
Dua sekawan, ayah dan anak. Songket sampin juga dihantar oleh pelanggan untuk di solek.
08/03/2022
Tanjak berasaskan kain batik. Kain dihantar pelanggan utk disolek.
08/03/2022
Assalammualaikum... Setelah sekian lama tidak menyolek tanjak. Alhamdulillah, mendapat tempahan tanjak kali ini yg mana hampir menghabiskan kesemua patern tanjak yg kami ada. Memang mengasah jari jemari memandangkan skill menyolek pun sudah menumpul akibat terlalu lama tidak menyolek tanjak. Fokus kepada bidang pembikinan perabot berasaskan kayu pine sahaja mutakhir ini. Ditambah lagi kesukaran untuk mendapatkan kain songket yg mampu untuk dijual di kawasan ini menyebabkan sy menghentikan sementara tempahan tanjak songket. Tempahan yang ini customer hantar kain songket...